TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 6, 2012

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang Mei 2012

Kemaskini Nuffnang Mei 2012

Salam hujung minggu aku ucapkan untuk semua. Hujung minggu sebelah petang ni aku ada masa sikit nak menghadap dan mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com dan  juga blog-blog aku yang lain. Untuk kemaskini Nuffnang, seperti yang aku war-warkan pada tahun lalu, hanya akan dikemaskini kalau ada Buffered Earning(BE) yang baru diterima ataupun mungkin ada pengumuman khas daripada pihak Nuffnang untuk semua Nuffnanger seperti aku di luar sana. Kalau ada yang mengikuti perkembangan blog ini, BE terakhir yang diterima adalah pada bulan Mac iaitu BE ke-65. BE yang ke-66 akhirnya dapat juga di blog ini. Sebenarnya BE ini muncul pada bulan April tapi aku yang malas nak kemaskini blog. Jadi aku kira BE ini untuk bulan Mei, senang cerita. BE ke-66 ialah DiGi Broadband Internet. Aku tau ramai di antara korang yang dapat BE juga, malah ada yang dapat BE tak henti-henti. Tahniah aku ucapkan untuk korang.
BE ke-66: DiGi Broadband Internet. Terima kasih Nuffnang!


DiGi ini memang promosi habis-habisan untuk produk dan pelan mereka. Ini adalah satu pemasaran yang memang mengagumkan aku. Aku bukanlah pengguna DiGi, aku ni pengguna tegar Celcom. Tu yang jadi Celcom Envangelist. Tak faham juga macam mana blog ni selalu dapat iklan BE dari DiGi. Setahu aku promosi terbaru mereka ni adalah mengenakan caj serendah RM1 sehari untuk pengguna pascabayar dan prabayar untuk pelan yang menggunakan tablet untuk mengakses Intermet. Selain itu korang juga boleh ke kedai online DiGi kalau korang nak dapatkan pelan DiGi dengan tabletnya sekali, pilihan yang ada Samsung Galaxy Tab dalam 3 versi di dalam 3 pelan berbeza.

Lagi cerita dari DiGi, aku tahu ada di antara korang yang menyertai DiGi WWWoW Awards, korang masih boleh mengundi blog yang menjadi pilihan hati korang di lama web rasmi www.wwwow.my. Aku tak masuk, jadi jangan cari blog aku kat sana, hehe.. :)

p/s: Aku yakin korang semua memang prihatin, jangan lupa untuk membaca artikel terbaru Nuffnang mengenai seorang pemuzik yang bernama Alda Evan Tan, sekarang ni dia tengah koma kat hospital. Mungkin ada sesuatu yang boleh korang sumbangkan.

Artikel Sebelumnya: Perkembangan Cari Duit Online

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails