TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, May 20, 2012

Home » , , , , » Bukti Kejayaan Ke-3 IMFlippa!

Bukti Kejayaan Ke-3 IMFlippa!

Hujung minggu ni aku liat sikit nak mengemaskini blog. Tak ada banyak masa yang aku habiskan depan laptop usang aku ni. Buat masa ni aku cuma rajin menyelongkar blog-blog orang lain berkaitan dengan prosedur pembelian IPO Gas Malaysia dan Pestech. Perkara ni nanti-nantilah aku cerita dengan korang. Masih lagi dalam proses pemahaman sebenarnya tentang benda ni. Motifnya, aku cuma nak menambah ilmu baru dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Itu saja.

Terbaru, untuk kali ketiga aku menjual blog kat Flippa.Com tu, berjaya juga jual walaupun hasilnya taklah memberangsangkan. Boleh baca entri ini dan ini untuk 2 bukti sebelumnya. Adalah untung sikit. Kali ini pembelinya dari India. Blog tu terjual dengan harga $55. Syukur dan berterima kasih aku atas panduan IMFlippa, bolehlah beli buku yang aku nak beli tempoh hari di Popular Bookstore. IMFlippa2 versi service website juga telah diterbitkan oleh Cikgu Hafis selepas IMFlippa ni. Aku belum buat apa-apa tindakan lagi, padahal beria  benar aku bayar RM90 semasa pra-pelancarannya. Tak berapa nak konsisten, banyak lagi benda nak dibuat. Apapun, aku dah mula sukakan website flipping ni. :)
$55 yang bermakna!

Ada sesiapa yang pergi Seminar IMFlippa tempoh hari? Bolehlah korang kongsi pengalaman korang kat bahagian komen ya.. Semoga hujung minggu korang indah nian semuanya..mudah-mudahan..

p/s: Ramai yang email aku bertanyakan IMFlippa ni, nak aku tolong buatkan blog, sales page dan yang sewaktu dengannya. Aku bukannya tak nak, cuma kekangan masa menyebabkan aku tak dapat nak berikan perkhidmatan aku yang tak seberapa ni. Aku nasihatkan sebelum korang upah orang buatkan, bukankah lebih baik korang cuba dulu untuk jual 1 website kat Flippa tu? Nanti dah la beli produk IMFlippa tu, kena lagi upah orang buatkan semua, lebih banyak kos permulaan yang terpaksa dikeluarkan. Apa kata, tunggu breakeven (balik modal) barulah buat perancangan untuk outsource. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails