TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, May 11, 2012

Home » , , , » Blogger Wajib Ada : Rahsia Social Bookmarking

Blogger Wajib Ada : Rahsia Social Bookmarking

Jumaat menjelma lagi. Bermula jumaat ini hingga hari Ahad ini adalah hari yang paling sibuk dalam setiap tahun. Sibuk berbuat amal kebajikan, tidak perlulah aku sebutkan secara terperinci di sini. Oh ya, jangan lupa untuk melihat dan kalau banyak duit tu, bolehlah membeli produk terbaru sahabat niaga aku di dunia perniagaan Internet iaitu saudara Razimie Shamshuddin. Beliau baru sahaja melancarkan produk terbaru yang bakal mengeggar di pasaran iaitu Rahsia Social Bookmarking hari ini. Hari Jumaat hari penuh berkat katanya. Pelancaran dah rasmi tapi laman web jualan belum nampak. Ada masalah kot, biasalah masalah teknikal kan. Tak percaya cuba korang buat sendiri. :) Korang rajin-rajinlah tengok kalau nak beli 10 unit pertama pada harga RM48. 25 unit seterusnya RM58 dan harga finale adalah RM68. Aku merupakan salah orang terawal yang mendapatkan produk beliau berbulan-bulan selepas pra-pelancaran produk tersebut. Ni memang produk wajib ada untuk para blogger.
Waktu tu aku tengah praktikkan produk Cikgu Hafis, jadi aku hanya baca dan belum praktikkan lagi. Jujur aku katakan, terlalu banyak bahagian praktikal dalam produk beliau, jenuh juga nak habiskan pembelajaran. Kalau korang tak rajin membaca dan melakukan proses try and error, aku nasihatkan korang berhenti beli sebarang panduan (terutamanya panduan buat duit online) di pasaran. Sebaik mana pun satu produk itu kalau korang tidak berusaha melakukan seperti apa yang disuruh, maka sia-sialah wang yang korang laburkan. Lagi satu, dunia make money online ni memang cepat berubah dari segi trend, yang penting cepat-cepat ambil tindakan. Kalau tidak, mungkin dalam setahun dua ni, teknik yang diberikan tidak akan berkesan lagi. Dan lagi, kalau nak baca ebook tu jangan nak lompat-lompat, mula dari asas. Ni paling penting dan jarang orang nak ambil peduli! Aku percaya, sudah banyak masa tenaga dan masa yang beliau habiskan untuk memberikan yang terbaik dalam produk beliau. Jangan lupa tengok laman web jualannya, cun habis!

p/s: Nanti nak pinjam Broadband Daddy kat kampung..Tempoh hari, sambil tunggu email loading, aku dah tertidur sampai ke pagi. Bangun pagi, ingatkan dah loading, rupanya connection failed. Nasib baik tertidur... :)

Artikel Sebelumnya: Komisyen IMFlippa: Bukan Sekadar Buat Duit Dari Blog!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails