TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, May 22, 2012

Home » , , , , , » 2 Komisyen Affiliate Serentak!

2 Komisyen Affiliate Serentak!

Ok, entri kali ini ringkas saja. Pertama, aku dah dapat komisyen ke-2 untuk produk IMFlippa. Tak banyak bagi korang, tapi pada aku teramat banyak. Ada nilai sentimentalnya di situ. Fikir sendiri ya. :)
RM50 yang bermakna!

Kedua. Komisyen kedua ialah komisyen dari Team TipsPtd. Ini adalah pembayaran komisyen aku yang ketiga. Kalau korang nak tau, komisyen top affiliater mencapai 5 angka. Hanya dari jualan produk affiliate saja. Apa yang aku dapat ni, mereka takkan pandang punya, hehe.. Apapun, ada juga rezeki kali ini. Lebih baik 3 angka daripada dapat angka 0 kan? Terima kasih kepada saudara Syed Faiz yang bertanggungjawab menguruskan pembayaran. Top affiliater tak adanya main online transfer, mereka dibayar menggunakan cek. :) Affiliater kecil-kecilan macam aku ni senanglah, bayar terus secara online, sebab jumlah sebanyak tu tak buatkan sistem perbankan online jammed. Hehe...
RM375 yang bermakna.

p/s: Aku ada beli sebuah buku ni, tajuknya "Berubah Sebelum Rebah" karya Ahmad Faizal Mohamed Yusup.  Bukan Ahmad Faizal yang lelaki kacak tu ok. Saudara Faizal Yusup ni seorang Remisier untuk mereka yang minat untuk melabur dalam saham. Beliau mempunyai 16 Tahun berpengalaman dalam pasaran saham dan lulusan Analisa Pelaburan dari Universiti Nebraska, USA. Hari tu secara tak sengaja aku terjumpa blog dia. Aku baru tau yang dia ni adalah penulis buku yang aku beli tu.(Ni sebab kes aku pegi tengok balik buku tu, muka dia memang sama macam dalam blog dia, haha..) Memang dah ketentuan Tuhan aku jumpa dia kat dunia blogging ni. Hari tu aku ada hantar PM di inbox Facebook dia, tanya tentang IPO Awam. Ada juga dia jawab. Lepas tu aku tanya lagi soalan, dia tak balas dah. Otai ni janganlah kita anggap sombong kalau tak balas, sebab dia ada komitmen lain yang lagi penting. Bukan pertanyaan kita seorang saja yang perlu dijawab. Mungkin sibuk agaknya. Tak apalah, buat masa ni aku tanya kat Google saja la, hehe... :)

Artikel Sebelumnya: Bukti Kejayaan Ke-3 IMFlippa!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails