TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 23, 2012

Home » , » Ya, aku tahu...

Ya, aku tahu...

Gambar: Bersama adik bongsu, kredit untuk bakal Cikgu TESL

Ya, aku tahu aku sudah agak lama tidak menulis entri terbaru di dalam blog ini. Ya, aku tahu usia aku bertambah setahun lagi bulan April ini. Terima kasih kepada wish yang teramatlah banyaknya, sampai aku tak mampu nak balas, terharu aku sebab aku bukanlah pengguna Facebook yang tegar sampai nak mandi pun nak bagitau dalam status. Terima kasih kepada semua yang menghantarkan email bertanyakan kenapa aku dah 2 minggu tak update entri. Dan ya, aku tahu aku tak ada alasan untuk kes tak kemaskini entri kali ini. Nak kata aku sibuk, memang aku sibuk tapi taklah sampai tak boleh nak tulis entri ringkas sebab hampir setiap hari aku online. Mungkin lebih suka low profile kejap kot, perasan! Hehe... Apapun, aku akan kongsikan apa yang aku fikirkan perlu untuk aku kongsikan dengan korang semua di masa akan datang. 

Wish you happiness all the way..
p/s: Tahniah aku ucapkan untuk kakak sepupu aku yang baru selesai mengadakan majlis perkahwinannya. Semoga berbahagia selamanya..Aku? Jangan tanya..hehe.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails