TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, April 2, 2012

Home » , » Senyum Biar Ikhlas..

Senyum Biar Ikhlas..

April kini menjelma..hari pertama dalam bulan ini mengemaskini entri. April Fool? Aku lalui hari tu macam biasa, tak ada prank langsung. Rasanya entri kontroversi aku mendapat perhatian blogger-blogger lain bulan lepas. Tak mengapa, aku tak salahkan korang kalau tak puas hati dengan artikel aku, tapi jangan sampai korang bergaduh pula sesama sendiri ya. Tak suka gaduh-gaduh ni. Senyum selalu, tapi senyum tu biar ikhlas. Lama tak interframe kat blog ni. Mungkin korang dah lupa siapa pemilik blog Bluedianthus Dot Com kan. Ni aku up balik memori korang. Yang pakai spek tu adik nombor 2 aku, bakal cikgu tahun 2015 nanti. Kalau korang nak isi borang nak jadi boyfriend, sila lihat statusnya dulu ok. Nanti ada pula lebam biji mata, hehe.. Gambar ni diambil semasa pegi dinner sekeluarga di Palace Hotel, Kota Kinabalu anjuran Hospital Likas. Tapi muka nampak oren la, maklumlah kamera bukan DSLR macam korang, ada aku kisah? Hehe.. Makanan, bolehlah tahan tapi not recommended sebab dihidangkan sekaligus, jadi tak nampak eksklusif. Tapi, kena bersyukur, tak juga kebuluran macam orang kat Afrika nun. Kami menang 3 cabutan bertuah dan 3 contest (termasuk pakej lunch di Palace Hotel tu lagi, again?). Yang penting, dapat meluangkan masa bersama famili tersayang, terbaik!!
Credit to Elysta Rozzannie Musah, adik bongsu aku.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails