TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, April 27, 2012

Home » , , , , » Perkembangan Cari Duit Online

Perkembangan Cari Duit Online

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Semoga sentiasa sihat dan bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang. Sebelum nak balik kampung petang nanti, sempat lagi aku mengemaskini blog yang menjadi pujaan hatiku, walaupun ada banyak lagi blog lain yang perlu aku selenggarakan. Itulah uniknya mempunyai blog peribadi, korang boleh berkongsi apa saja yang korang rasakan perlu. Yang penting, kita harus tahu kebebasan bersuara juga ada hadnya.

Tidak lengkap rasanya kalau aku tidak berkongsi serba sedikit mengenai dunia cari duit online yang aku lakukan sementelah aku jarang mengemaskini blog ini. Sepanjang bulan April ini, rezeki di dunia online agak murah bagi aku. Mungkin bulan kelahiran aku, jadi adalah rezeki sikit. Syukur, walaupun tak banyak tapi merasa juga menjadi sebahagian daripada mereka yang telah mendapat ribuan ringgit di dunia Internet.

Komisyen dari Team TipsPTD ini memang aku tak sangka langsung, sebab aku memang tak ada buat promosi.  Buka email je, dapat email "Tahniah, anda menerima komisyen". Tapi bila aku periksa balik, baru-baru ini ada Peperiksaan Bertulis Juruaudit W41 yang baru diadakan. Jadi mungkin blog kerjaya aku naik sewaktu carian mereka di enjin carian, cookies affiliate link aku terlekat, dan akhirnya memberikan aku komisyen. Apapun, itu semua rezeki dari-Nya. Untuk pengetahuan korang, cookies akan berada selama 24jam di dalam sistem komputer/laptop seseorang (hanya berlaku jika mereka tak clearkan cookies tu). Jadi selama 24jam tu, kalau mereka membuat pembelian, link affiliate kita masih akan dapat dikesan oleh sistem. Jadi, korang akan masyuk la jawabnya. Walaupun tak banyak macam lelaki kacak tapi aku masih dapat jualan tanpa buat apa-apa. Terima kasih Team TipsPTD. :)
RM30 yang bermakna! Syukur..

Ok, kita tinggalkan komisyen kat atas tu. Sekarang, aku nak kongsikan satu lagi pendapatan Internet aku di pasaran antarabangsa. Wah, macam global sangatlah pula kan, haha.. Ok, masih ingat dengan entri kontroversi yang aku buat? Ala, entri yang dianggap oleh seorang pengomen blog ini yang mengatakan bahawa aku hanya pentingkan komisyen semata-mata sewaktu tulis entri tu. Baca entri kontroversi ni "Teknik IMFlippa Buat Duit Dengan Blog Terbukti!" Tapi ada sorang juga yang backup aku kat situ. Tolong sikit ya, aku tak macam tu. Aku tulis entri, rezeki Tuhan yang tentukan. Nah, korang boleh lihat screenshot kat bawah ni. $400, matawang dollar lebih kurang RM1200 duit Malaysia yang aku dapat dari Flippa.Com. Walaupun tak sebanyak seperti orang lain, bagi aku ia masih merupakan pencapaian terbaik aku sebab dalam masa 13 hari dah dapat $400 ni, itupun pembelinya dari negara United Kingdom. Korang nak ke kalau aku cerita kronologi fasal bagaimana blog tu terjual? Nanti ada lagi pembaca yang cakap aku ni terlalu banyak picthing untuk menjual produk secara soft-selling.
$400 yang bermakna! Klik imej untuk lebih jelas..

Siapa kata aku buat banyak pitching untuk menjual ebook a.k.a produk tu? Aku tulis entri promosi produk orang lain, memang layak aku dapat komisyen, betul tak? Bezanya, aku menulis apa yang benar dan pengalaman yang aku dapat mengikut produk tersebut. Ingat, Testimoni dan Review tak sama. Testimoni adalah orang yang pernah menggunakan sesuatu produk atau servis, kemudian memberikan pendapat mengenainya. Manakala Review adalah ulasan daripada pembacaan produk ataupun penggunaan servis, kemudian memberikan pendapat mengenainya. Bezanya, kita bebas memberikan ulasan samada positif ataupun negatif di dalam blog kita. Kalau nak baca entri berbentuk review mengenai produk IMFLippa ni, boleh baca entri IMFlippa: Teknik Alternatif Buat Duit Dengan Blogyang ni baru entri berbentuk review sebab masa ini aku belum lagi aplikasikan produk IMFlippa ni. Teknik Cikgu Hafis berkesan, sebab aku dah guna, dan aku sebarkan keberkesananya melalui blog aku dalam bentuk testimoni, guna link affiliate aku, takkan nak guna link affiliate orang lain pula, betul kan? Kecualilah kalau aku dapat review berbayar daripada pemilik produk tu sendiri, ataupun affiliater lain yang nak aku iklankan IMFlippa guna link affiliate mereka.. Alamak, teremosi pula aku ini, minta maaflah ya... Berapa sangatlah komisyen yang aku dapat berbanding dengan ilmu yang berada dalam produk IMFlippa tu. Kalau korang tak nak bagi aku komisyen, tak apa. Boleh terus clearkan cookies sebelum buat pembelian. Kalau korang buat macam tu aku memang tak dapat buat apa, tak dapat marah korang kenapa tak beli melalui link affiliate aku, kan? Hehe...

Ini adalah satu sebab aku menunggu masa yang sesuai untuk menerbitkan entri yang ada kaitan dengan link affiliate. Satu sebab juga untuk aku tidak menulis selama 2 minggu. Ingat nak diam-diam saja buat duit secara underground. Tapi lumrah HIDUP SEORANG BLOGGER, memang tak boleh lama-lama kalau tidak menulis. Ok, ni adalah bayaran untuk aku menulis sebuah review berbahasa Inggeris, tak banyak tapi sudah cukup untuk aku membayar sewa hosting hostgator untuk sebulan. Syukur..
$11.12 yang bermakna! Terima kasih...

Ok, aku nak balik kampung ni. Minggu ni ada seorang lagi sepupu aku yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya. Ramai betul yang menamatkan zaman bujang tahun ni...huhu..

p/s: Kita semua diberikan akal fikiran melebihi semua makhluk yang ada di dunia ini. Satu perkara yang paling penting, kita semua diberikan hak keistimewaan untuk....membuat PILIHAN!

Artikel Sebelumnya: Ya, aku tahu...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails