TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, April 5, 2012

Home » » HIDUP SEORANG BLOGGER: "Kesegaran" luar biasa...

HIDUP SEORANG BLOGGER: "Kesegaran" luar biasa...

Kadangkala satu baris kata-kata semangat dan dorongan dapat memberikan "kesegaran" yang bertenaga dan luar biasa dalam jiwa seorang blogger. Rata-rata blogger yang aku kenali suatu masa dulu kebanyakannya kini mempunyai identitinya sendiri. Lebih manis lagi, mereka juga sudah mempunyai rentak tersendiri dan berada dalam "zon" mereka yang pada aku satu peningkatan yang tidak boleh dipandang remeh. Tahniah dan syabas aku ucapkan. Ketidakbersamaan kita dari segi agama bukanlah satu penghalangn kita untuk membuat interchange dari segi pemikiran untuk sesetengah perkara. Itulah yang memotivasikan aku dan mungkin juga korang dalam dunia blogging, aku percaya..

Jadi kepada setiap blogger di luar sana, kalau blog korang masih kekurangan Faktor-X di dalamnya jangan risau sangat. Semakin lama berblogging, korang akan semakin matang dalam menulis dan memperkatakan tentang sesuatu perkara. Dan lagi, kita takkan dapat puaskan hati semua pihak. Tapi kita harus yakin dan percaya apa yang kita lakukan akan memberikan manfaat untuk kebaikan bersama. Percaya atau tidak, keyakinan diri kita juga dapat dipertingkatkan dalam penulisan kita di dalam blog. Tidak lupa aku ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang sering bertanyakan khabar kepada aku samada melalui direct message di twitter, facebook, ruangan contact dan juga email. Aku lihat korang sudah jauh dalam dunia blogging ini, dan ada di antaranya yang sudah mengalahkan aku. Tidak kiralah samada dari segi income melalui blog ataupun populari di dunia blogging. Aku akan terus mendoakan kejayaan korang. Sama-samalah kita masyuk bersama..(pinjam tagline HotFM kejap)..

p/s: Harijadi satu-satunya abang aku hari ini, moga dia sentiasa maju dalam apa jua cabaran yang dihadapinya..mudah-mudahan.. :)

Artikel Sebelumnya: Senyum Biar Ikhlas...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails