TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 21, 2012

Home » , , , , , , , » Teknik IMFlippa Buat Duit Dengan Blog Terbukti!

Teknik IMFlippa Buat Duit Dengan Blog Terbukti!

Kepada korang yang masih ingat, aku pernah menerbitkan entri berkaitan dengan cari duit online melalui teknik flipping blog pada 7 Februari lepas. Kalau korang dah ingat-ingat lupa tu bolehlah baca review IMFlippa: Teknik Alternatif Buat Duit Dengan Blog dan aku yakin korang pasti tak senang duduk melihat ramai yang telah menjana ribuan dollar hanya dengan menjual blog di Flippa.Com. Produk sampah? Tidak sama sekali! Mengapa? Sebab aku dah ikut semua teknik yang diberikan dalam produk tersebut dan syukur, aku berjaya selepas sekali mencuba menggunakan ilmu dalam panduan ini. Korang boleh lihat sendiri transaksi di akaun Paypal aku.


$197 yang bermakna! Syukur...


Aku tahu, $197 itu bukanlah banyak mana pun untuk korang kan. Jauh sekali aku nak membangga diri dengan income kecil ini.Tapi bagi aku, satu kepuasan bila aku melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan ianya mendatangkan hasil. Blog yang aku jual tu sebenarnya aku letakkan harga yang tinggi untuk harga BIN (Buy It Now), tapi mungkin aku masih baru dalam laman Flippa tu, jadi perasaan pembeli agak was-was untuk berurusniaga. Apatahlagi secara online kan.

Benarlah kata orang, yang indah adalah perjalanannya. Sepanjang aku mengaplikasikan produk IMFlippa ini, banyak yang aku pelajari. Dan satu yang paling mengganggu konsentrasi aku ialah semasa mengeluarkan modal untuk membeli domain, melanggan hosting terbaik luar negara iaitu hostgator (yang ni pening juga nak buat keputusan sebab perlu komitmen nak bayar bulan-bulan), dan juga mengeluarkan modal untuk menyenaraikan blog di Flippa.Com untuk dijual. Macam-macam muncul dalam fikiran aku masa tu. Macam mana kalau blog tak terjual, macam mana kalau tak balik modal. Semuanya mengganggu-guggat aku untuk menjual blog kat Flippa.Com tu.

KRONOLOGI APLIKASI PRODUK IMFLIPPA
****************************************************
1. Pada 20 Januari 2012, aku membeli produk IMFlippa semasa pra-pelancarannya. Fikiran aku masa nak beli IMFlippa tu, aku cuma nampak potensi aku akan berjaya. Tanpa buang masa, terus transfer duit kepada Cikgu Hafis.

2. 23 Januari 2012, aku membeli satu domain dari Godaddy, masa tu tengah promosi harga $1++. Masa ni tak buat research sangat pasal nama domain. Hanya ambil domain yang mempunyai permintaan evergreen(high demand on market).

3. Kemudian pada 24 Januari 2012 lepas dah banyak berfikir, aku pun buat keputusan untuk melanggan hosting hostgator melalui satu link affiliate di WangCyber sebab ada tawaran menarik dan berbaloi-baloi.

3. 25 Januari 2012, sekali lagi ada promosi domain dari Godaddy, $2++. Beli lagi. Niche domain yang aku pilih ialah make money online. Aku tau banyak persaingan. Tapi aku teruskan juga niat untuk bangunkan blog tu. Berjaya atau tidak, belakang cerita, aku takut menyesal kalau aku tak cuba langsung.

4. 27 Januari 2012, aku sibuk menggodek Fiverr.com. Lepas tu keluarkan modal $10 untuk bayar service untuk buat autoblog dan satu lagi amazon store. Kemudian ada satu lagi website macam Fiverr.Com, aku lupa pula nama website tu, adoi... Boleh beli servis serendah $3.

5. 28 Januari 2012 - 15 Februari 2012. Sibuk pindahkan blog secara berperingkat-peringkat dari JomHosting.Net ke Hostgator.Com. Masa ni juga aku belajar banyak benda berkaitan dengan perkara-perkara teknikal. Pada masa ini juga kebanyakan masa aku menelaah produk IMFlippa.  Masa ni jugalah aku banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebab minta Live Support  dari pihak Hostgator sebab balik-balik dapat Error Established Database Connection masa upload database. Pening yang amat...maklumlah lambat sikit nak buat semua benda alah ni, huhu.. (Blog Bluedianthus Dot Com pun semakin merajuk dengan aku masa ni...)











6. 16 Februari 2012, dah rasa dah sampai masanya untuk jual blog. Aku kemaskini blog yang nak dijual, bagi cantik bahagian header, letak produk yang berkaitan untuk menambah nilai. Rajin kemaskini artikel untuk cantikkan ranking Alexa. 

7. 17 Februari 2012 - 23 Februari, aku sembang-sembang dan membaca ilmu dari otai-otai yang selalu dapat BIN untuk blog mereka dalam Group Rahsia IMFlippa di Facebook. Ada juga sekali-sekala aku bertanyakan soalan. Masa ni juga aku nampak ramai ahli group IMFlippa dah mula mengeluarkan jurus-jurus maut untuk menghasilkan jualan yang lebih gempak dan hebat. Aku mula rasa ketinggalan jauh ke belakang. Macam nak nangis masa ni sebab dah banyak modal keluar tapi satu listing pun belum buat lagi kat Flippa. Lagipun, dah lebih sebulan berlalu selepas aku membeli IMFlippa ni. Tak boleh jadi ni. (Nota: Semua ahli dalam Group Secret IMFlippa di Facebook sangat supportive dan sporting, korang boleh tanya dan berkongsi apa saja, tiada rahsia yang tidak didedahkan.)

8. Aku kuatkan semangat dan yakinkan diri yang aku boleh buat. 24, 25, 28 dan 29 Februari 2012, aku sibuk dengan proses mengemaskini salespage untuk promosi blog yang bakal aku jual. (26 dan 27 tu aku tak buat apa-apa sebab aku balik kampung).

9. Ingat nak listing 1 Mac untuk jual blog tapi masih ada yang aku tak puas hati dalam salespage, jadi tunda ke hari esok. Masa ni juga aku dapat tips dari ahli IMFlippa bahawa secara teorinya, di seluruh dunia orang yang bekerja makan gaji akan dapat gaji. Jadi masa terbaik untuk jual blog kat Flippa.Com adalah pada awal bulan, poket masih penuh. Secara logiknya memang macam tu kan, masa banyak duit semua orang akan mempunyai peratusan membeli yang tinggi. 

10. 2 Mac 2012, berdebar-debar sebab tengok listing dah live kat Flippa selepas bayar fee sebanyak $19. Ada satu teknik dalam IMFlippa yang aku tak ikut. Aku pun takut juga, tapi aku yakinkan diri apa yang aku buat tu lebih banyak baik dari buruk. Dah listing tu, tinggal doa sajalah yang akan ada orang yang berkenan kat blog tu dan seterusnya buat bidaan.. BID bermula $1.

11. Setelah 3 hari listing, baru ada yang membuat bidaan ke atas jualan blog aku. Cuma $1. KECEWAnya aku bukan main. Tapi ada beberapa hari lagi untuk jualan blog tu habis. Aku cuma dapat berharap.

12. Selang sehari, bidaan kedua bernilai $45. Aku mula tersenyum..sebab kalau blog ini terjual dengan harga ni sekalipun, aku dah balik modal dan ada beberapa dollar la untung. Ada beberapa orang juga yang buat bidaan tapi dibatalkan. Aku pun tak tahu kenapa.

13. Selang 2 hari selepas tu, bidaan meningkat kepada $55. Beberapa jam kemudian, bidaan sudah mencecah $100.

14. Hari terakhir jualan, aku nampak beberapa orang yang sama saling meningkatkan nilai bidaan mereka. Yang gembira pastinya aku yang hanya melihat siapa yang sanggup membuat bidaan paling tinggi. Dalam hati aku, "Bid tinggi lagi, bid higher". Bezanya aku tak payah susah-susah nak beritahu, $100 one, $100 two dan seterusnya macam dalam bidaan untuk mendapatkan tender..haha.. Perasan aku jadi businesswoman kejap.

15. Bidaan terakhir bernilai $150 (lebih kurang RM450 duit kita)


16. 14 Mac, sehari selepas harijadi Mummy aku, bayaran dimasukkan ke dalam akaun Paypal aku. Di samping tu sempat aku berkenalan dengan pembeli blog aku tu. Pembeli dari Thailand rupanya. Baik orangnya. Sempat add dalam Facebook lagi. Selepas mendapat bayaran, aku push domain ke akaunnya, hantar semua fail yang diperlukan. Katanya tak berapa pandai nak setup website tu, terpaksalah aku setupkan semuanya dari awal. Terkial-kial juga.

17. Mungkin sudah rezeki aku, pemilik baru untuk blog yang aku jual tu nak aku kemaskini artikel di dalam blognya. Bukan saja blog yang aku jual kepadanya, tetapi juga untuk blognya yang mempunyai niche yang sama dengan blog yang aku jual tu. Memang bersyukur sangat.

Bersyukur dengan apa yang aku perolehi...

Recap: 
Secara kasarnya aku telah untung sebanyak $204 hasil daripada menjual blog kat Flippa.Com. Agak banyak bagi aku yang baru bermula dalam dunia blog flipping. Lebih kurang RM612 duit kita. 
Untung bersih= Untung Kasar - Flippa Fee Listing - Flippa Fee Success - Harga Domain - Lain-lain
                     = ($204)  - ($19) - ($7) - ($2.17) - ($8)
                     =  $167.83 (Lebih kurang RM503 duit kita)

Begitulah kisah aku dengan dunia Flippa baru-baru ini. Walaupun tak seperti sasaran awal aku untuk mendapat RM1K, tapi aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi. Jadi, buat korang para blogger yang mungkin nak mencuba dalam bidang ini, bolehlah dapatkan produk IMFlippa dengan seberapa segera. Aku tak heran kalau satu saat nanti produk ini akan dinaikkan harganya 2 3 kali ganda daripada harga asal. Harga IMFlippa yang aku beli ini telah memberikan aku pulangan 16 kali ganda dengan hanya sekali jual blog kat Flippa tu. Sememangnya produk ini mampu membuka mata para blogger semua yang dunia blogging ini masih banyak lagi yang boleh kita terokai.

Nasihat aku, jangan terlalu gelojoh untuk mendapatkan keuntungan. Kalau korang dah pakar tu tak apalah. Aku sendiri pun sebulan lebih baru berjaya menjual. Kira dah lambat sangat berbanding rakan-rakan seperjuangan IMFlippa yang lain. Apapun, blogging itu indah nian. Berblogging dengan gembira, duit akan datang sendiri.. :)










PROMOSI BLUEDIANTHUS DOT COM
* Sesiapa yang membeli produk IMFlippa ini melalui link aku, akan dapat HADIAH MISTERI dari aku . Tak kira mana-mana pakej yang korang beli pun akan tetap dapat HADIAH MISTERI ni.
* Cara mendapatkan HADIAH MISTERI ini, clearkan cookies di PC/laptop korang dan buat pembelian melalui link ini: http://www.imflippa.com/hop.php?ref=tempahan
* Dah buat pembelian, terus hubungi aku di bahagian Contact dengan Subject:"TEBUS HADIAH MISTERI". Sertakan juga dengan bukti pembelian.
* Bila komisyen aku disahkan oleh Cikgu Hafis (pemilik IMFlippa), aku akan hubungi korang. 
Nota: Promosi ini sudah ditutup! Harap Maklum ye.. :) (Update 6 Mei 2012)


Hah, selalu nampak aku kemaskini blog dengan entri yang pendek saja kan. Kali ni panjang berderet siap dengan promosi sekali, ambik korang, hehe... Buat apa nak malu nak promosi, bukannya tak halal pun kan. Tapi produk ni memang aku sarankan kepada korang, terutamanya pembaca setia blog ini. Apapun, aku ucapkan terima kasih kerana sudi membaca sehingga akhir entri kali ini. Korang memang awesome! :)

p/s: Harga IMFlippa ini telah dinaikkan baru-baru ini, aku tak tau samada harga ini akan dinaikkan lagi, baik korang segera beli produk terhangat di pasaran sekarang ini. Ada 60 hari jaminan wang dikembalikan. Gunakan wang korang dengan bijaksana masa nak dekat dapat gaji ni Ok. :)

p/p/s: Mungkin ada ketikanya entri ini seperti syok sendiri, tetapi inilah perkongsian ikhlas dari aku untuk korang, pembaca setia Bluedianthus Dot Com. Kalau korang dah lalui pengalaman sebegini, aku alu-alukan korang untuk berkongsi dengan aku dan semua pembaca Bluedianthus Dot Com...

Artikel Sebelumnya: [Contest] Wang Tunai RM5000 untuk Blogger












ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails