TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, March 29, 2012

Home » , , , , , , , » [STICKY REVIEW]: UniFi, memenuhi keperluan Internet masa kini!

[STICKY REVIEW]: UniFi, memenuhi keperluan Internet masa kini!

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Selang beberapa hari sejak mengemaskini blog ini. Sesi review kali ini mungkin ramai yang sudah mengetahui kewujudan produk ini di pasaran. UniFi. Agak lama juga aku menerokai berkaitan UniFi ini.

Secara ringkasnya, UniFi ialah perkhidmatan serbaguna yang ditawarkan kepada para pengguna perumahan dan perniagaan melalui rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang diusahakan oleh Telekom Malaysia TM.  Ya, Telekom Malaysia TM sekali lagi menjadi perintis kepada perkhidmatan jalur lebar ni. Perkhidmatan TM UniFi ini telah dilancarkan pada 24 Mac 2010, dengan menawarkan khidmat Internet yang kelajuan muat turunnya melebihi TM Streamyx. Selain itu, terdapat perkhidmatan IPTV dan video atas permintaan (Hypp TV), pembacaan akhbar dan majalah menerusi Internet (e-browse), dan pelan panggilan istimewa untuk para pelanggannya (Call Plan).

Nama "UniFi" terdiri daripada "Uni" yang bermaksud kesatuan dan persaudaraan (united), dan "Fi" yang melambangkan gentian optik (fibre-optics). Bagi aku sendiri, perkataan UniFi ini sendiri sudah mempunyai nilai komersilnya yang tersendiri. Jom kita lihat dengan lebih lanjut berkenaan dengan UniFi ini.

Beberapa pakej menarik dari UniFi! Terbaik dari TM!


1. Halaju Muaturun (Download Speed)
Dalam zaman serba maju ini, kepantasan adalah segala-galanya. Begitu juga dengan dunia Internet dan online. Segala-galanya memerlukan kadar muaturun yang cepat. Almaklumlah, sekarang ni ramai yang suka tengok TV online, dengar radio live streaming. UniFi dapat memberi kepuasan seperti yang diinginkan oleh pelanggan. Korang juga boleh mendapat akses kepada Hypp TV dengan melanggan perkhidmatan UniFi ini. Cara mendaftar UniFi? Nanti aku terangkan, teruskan membaca. Download Speed UniFi ini boleh mencapai sehingga 20Mbps!


2. 6 Pakej Menarik Tertarik dari UniFi

(a) Pakej VIP 5
- Pakej VIP 5 ini merupakan satu lagi usaha TM supaya lebih ramai yang boleh mendapatkan akses Internet dengan harga mampu milik. Kelajuan download dan upload boleh mencapai sehingga 5Mbps dengan kadar download 60GB sebulan. Sudah boleh dikira agak laju bagi aku. Paling best, penggunaannya tidak mempunyai limitasi. Terbaik! Yuran langganan RM149 sebulan. Psstt..pakej ini ada saluran Hypp TV tau! Ada Residential Gateway (WiFi)!

(b) Pakej VIP 10
- Ciri-ciri hampir sama dengan Pakej VIP 5, bezanya cuma pada kadar download dan upload iaitu boleh mencapai sehingga 10 Mbps. Kadar download yang dibenarkan adalah sebanyak 90 GB sebulan. Aduh, nak download apa banyak tu..huhu.. Yuran langganan sebanyak RM199 sebulan. Lupa pula, yang ni ada akses kepada Hypp TV. Juga ada kemudahan Residential Gateway (WiFi)!

(c) Pakej VIP 20
- Masih mempunyai chanel Hypp TV dengan kelajuan download/upload sehingga 20 Mbps. Yang ni mesti puas hati kalau nak download ni kan. Had maksimum download adalah sebanyak 120 GB sebulan! Cantik! Harga langganan sebanyak RM249 sebulan. Residential Gateway (WiFi) build-in!

Pakej BIZ 5
(d)  Pakej BIZ 5 
- Kita beralih kepada pakej berasaskan perniagaan pula. Aku rasa pakej ini untuk yang berkecimpung dalam dunia keusahawanan Internet. Kelajuan muaturun dan muatnaik masih mencapai sehingga 5Mbps. Untuk pakej ni, aku tak nampak kemudahan Hypp TV disediakan. Yuran langganan RM199 sebulan. Pakej ni ada Business Gateway (WiFi). Lagi, korang juga akan mendapat 10GB Webhosting dengan nama domain (yang ni aku suka, hehe..)

(e) Pakej BIZ 10
- Ciri-ciri hampir sama dengan Pakej BIZ 5, tetapi mempunyai kelajuan sehingga 10 Mbps. Kadar download sebulan, TIDAK TERHAD! Ada 2 kali ganda perlindungan Online Guard Plus beserta dengan iShield Plus. Lagi, ia ada 1 IP yang tetap, jadi IPnya bersifat dinamik. Yuran langganan RM289 sebulan. Masih mampu milik kan? Oppss...dengan melanggan pakej ini pun korang akan mendapat10GB Webhosting dengan nama domain:)

(f) Pakej BIZ 20
- Mempunyai kesemua ciri Pakej BIZ 5 dan BIZ 10. Yang berbeza cuma kadar kelajuan muaturun mencapai sehingga 20 Mbps, 3 kali Perlinduangan Online Guard Plus dan iShield Plus dan panggilan percuma sehingga RM100 sebulan. Lumayan kan. Yuran langganan sebanyak RM359 sebulan. Yang ni memang sesuai untuk usahawan yang mempunyai perniagaan berskala besar.

3. Bagaimana Untuk Membuat Pendaftaran UniFi?
Cukup mudah, hanya pergi ke laman web UnifiBroadband.Com dan pilih pakej yang korang inginkan. Pada bahagian menu, korang boleh pilih samada untuk memilih Home Registration, Business Registration ataupun Streamyx Registration. Pilih saja berdasarkan pilihan hati korang ataupun kemampuan korang. Yang paling popular adalah pendaftaran UniFi Home registration. Caranya cukup mudah, cuma masukkan butiran seperti yang diperlukan. Korang juga perlu mengikuti langkah-langkah yang diperlukan sebelum korang upload scanned IC. Tuliskan "TM Unifi" di atas salinan IC korang. Jangan lupa scan kedua-dua muka hadapan dan belakang IC korang.
Pendaftaran UniFi

4. Testimoni Pengguna TM UniFi
Aku rasa tak perlu nak panjang lebarkan testimoni daripada penlanggan UniFi ini, korang boleh baca sendiri di bahagian UniFi Testimonials. Ini adalah sebahagian daripada pengguna yang berpuas hati dengan kemudahan UniFi ini.
Berbalo-baloi menggunakan UniFi!

Satu lagi testimoni daripada pengguna perkhidmatan UniFi. Sampai kemaruk UniFi katanya..hehe.. 

Tak pun korang tengok je video di bawah ni:


Daripada pembacaaan aku, rata-rata pelanggan UniFi sangat berpuas hati dengan kadar download dan keupayaan live streaming yang diberikan oleh UniFi Broadband ini.

Ok, sekarang korang dah tau kelebihan UniFi, apalagi bolehlah melanggan sekarang. Daftar secara online sahaja, jadi korang tak perlu nak bersesak-sesak kat TM Point untuk mendaftar. Mudah dan menjimatkan masa juga tenaga. DAFTAR UniFi SEKARANG!

p/s: Jangan lupa juga, untuk masa terhad Promosi UnifiBroadBand.Com kini memberikan servis pemasangan PERCUMA untuk semua pakej yang ditawarkan. Jimat sehingga RM200!


p/p/s: Rasa nak langgan pula UniFi ni, tapi dah stucked dengan TM Streamyx, tapi aku masih berpuas hati dengan Streamyx ni.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails