TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, March 6, 2012

Home » , , , » Pembayaran ke-12 dari Microworkers.Com!

Pembayaran ke-12 dari Microworkers.Com!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga korang sentiasa sihat di samping tugasan keluarga tersayang. Sekarang ni musim hujan di Sabah terutamanya di bahagian bandaraya Kota Kinabalu ni. Sebenarnya aku selesema sejak minggu lalu, belum baik lagi. Tapi taklah demam. Mummy dan Daddy pun masih batuk-batuk. Jadi jangan lupa jaga kesihatan dan minum banyak air ok. :) Aku cuma nak kemaskini ringkas saja untuk hari ini. Lagipun, bayaran ke-12 dari Microworkers ini sebenarnya masuk ke akaun Alertpay aku pada hujung minggu masa aku berhujung minggu di kampung. Syukur, ada rezeki takkan ke mana kan. Kebanyakan kerja yang aku buat adalah melibatkan blog. Walaupun tak sebanyak blogger otai yang lain, tapi masih merupakan kejayaan yang bermakna buat aku. Tak pernah terfikir pun akan dapat 12 kali pembayaran dari Microworkers ni. Berita sedih untuk aku, satu blog aku kini dalam proses untuk dijual. Sebabnya ada projek blog lain yang bakal aku buat dalam tahun ini perlukan sedikit penambahan dana. Terasa semua susah payah untuk membangunkan blog tersebut.
$36.17 yang bermakna... Syukur..

p/s: You gained some, you lose some...

Artikel Sebelumnya: Kejayaan itu perlu dicipta...

2 comments:

Pesta Jiwa said...

Firstly..tahniah..
Second..Sabah best...aku pegi KK last 2 week. Tapi x sempat jalan jalan..balik hari ke kl on the same day...

de engineur said...

Tahniah! Kita boleh ambil iktibar dro perkingsian spt ini

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails