TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, March 15, 2012

Home » , , , » Komisyen Tertunda

Komisyen Tertunda

Masih ingat tentang satu entri Komisyen Hujung Minggu yang aku tulis tahun lalu? Ini pun komisyen untuk produk yang sama. Komisyen ni sebenarnya dibayar pada setiap hujung bulan, tapi mungkin pemilik produk sibuk dengan projek yang lain jadi lambatlah buat pembayaran untuk affiliater. Yang ni memang tak sangka akan dapat jualan sebab entri yang ada pun dah berbulan-bulan diterbitkan di blog. Jualan yang masuk pun dilakukan pada hujung minggu. Tengok email terus dapat email, Tahniah! Anda menerima Komisyen! Mungkin produk itu sendiri mempunyai kekuatan kerana bersifat "evergreen" di pasaran. Apapun, tentunya ia satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Produk yang sentiasa mendapat jualan adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan, bersifat jangka masa panjang dan juga yang dapat menyelesaikan masalah orang. Jadi kalau ada antara korang nak buat produk sendiri tu, bolehlah buat berdasarkan klu yang aku bagi ni. :)

RM110 yang bermakna!

p/s: Semalam blackout sepanjang malam, habis tergendala semua kerja-kerja underground!
p/p/s: Lagi berita gembira dalam dunia cari duit online. Ada masa aku akan kongsikan.



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails