TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 28, 2012

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang Mac 2012

Kemaskini Nuffnang Mac 2012

Aku sangka bulan Mac ini tidak ada sebarang Buffered Earning (BE) yang diberikan kepada blog ini selepas Kemaskini Nuffnang Februari 2012 lepas. Tetapi aku silap. Oleh kerana terlalu sibuk dengan perkara yang lain. Aku tak perasan pun yang ada 1 BE yang diberikan kepada Bluedianthus Dot Com. Aku tahu pun selepas login masuk ke akaun Nuffnang aku. BE tu pun dah jadi Metered Earning (ME). BE berharga RM1.36. Duit juga kan..syukur.. Terima kasih kepada Nuffnang yang masih ingat pada blog ini. Tak silap aku BE tu adalah mengenai seorang budak lelaki yang sedang sakit bernama Gabriel, aku harapkan dia kuat menghadapi kesakitan yang dialami.

BE ke-66: Kechara - Prayers for Gabriel


Ok, screenshot kat atas tu adalah khas untuk pembaca tegar Bluedianthus Dot Com. Jarang aku nak bagi tunjuk CTR Bonus, Amount dan CTR. Paling tinggi amount earning aku untuk 1 BE adalah RM56 termasuk Bonus CTR, berjuta batu lagi nak sampai tahap otai RedMummy tu. Korang ingat aku dapat ribu-ribu ke kalau Nuffnang beri aku BE ni? Hehe..jujur aku katakan, tidak sama sekali! Tapi cukuplah untuk menambahkan earning dalam akaun Nuffnang aku. Earning sekarang sudah berada dalam 3 angka, tapi bagi aku earning ini umpama tabung maya aku. Simpan dan teruskan menyimpan. Kalau Innity mungkin masyuk banyak kan.  Jujur lagi, aku tak ada pun akaun Innity, dah 3 kali hantar permohonan dan ditolak secara berhormat..huhu.. Tak mengapa, rezeki masing-masing. Yang penting, teruskan berblogging seperti biasa. Semoga kita masyuk selalu hendaknya...mudah-mudahan :)

p/s: Untuk waktu terhad, ada promosi daripada Godaddy. Korang boleh membeli domain serendah $2.18 dengan kupon diskaun FITNESS. Pantas-pantas.. Kalau korang gunakan kupon diskaun ini dan tak dapat harga $2.18 tu, maksudnya kopon diskaun tu dah expired. Maklumlah, kalau domain murah ramai yang nak sambar. Aku pun  dah terbeli 2 domain hari ini...nak main flip-flip kat Flippa.

Artikel Sebelumnya: Wanita dan Dunia Buat Duit Online


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails