TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, March 2, 2012

Home » , » Kejayaan itu perlu dicipta...

Kejayaan itu perlu dicipta...




Cepat sungguh masa berlalu kan.. Tak lama lagi keputusan STPM akan dikeluarkan iaitu pada Rabu minggu hadapan. Mungkin ada di antara korang yang termasuk dalam golongan lepasan STPM. Tidak kira apa keputusan korang, aku ucapkan tahniah dan syabas kerana telah melanjutkan pelajaran sejauh ini. Aku tau pembelajaran peringkat STPM ini agak "mengerikan" bagi sesetengah pihak. Jadi aku ucapkan syabas kerana menyahut cabaran 2 tahun di tingkatan 6 rendah dan atas. Aku doakan jerih lelah yang korang lakukan akan terbalas..mudah-mudahan.. Adik aku yang kat Maktab tu cakap, program PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) kemungkinan besar akan dibuka hanya kepada pelajar lepasan STPM dan bukan lagi SPM. Tapi itu belum dapat dipastikan lagi. Apapun, korang boleh isi borang permohonan kalau memang betul-betul berminat nak jadi cikgu. Aku tahu, gaji cikgu sekarang ni memang sangat lumayan. Tapi, prestasi kerja mestilah seiring dengan gaji yang diberikan. Tugas pendidik adalah untuk memandaikan bangsa dari segi pencapaian dan sahsiah, jadilah seorang cikgu yang baik. Itu yang selalu aku pesan dengan adik aku yang kat Maktab tu... Salam mencipta kejayaan untuk semua dari aku yang jauh kat Sabah ni, eksklusif dari Bluedianthus Dot Com... Selamat berhujung minggu buat semua...

p/s: Macam biasa, aku balik kampung..

Artikel Sebelumnya: Google Update: PageRank Jatuh, Apa Nak Buat?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails