TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, March 21, 2012

Home » , , » Halatuju Selepas SPM?

Halatuju Selepas SPM?

Semua tentu sudah maklum, SPM diumumkan hari ini. Ada yang berduka, ada yang bergembira. Apapun juga keputusan yang diterima, aku mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah sampai sejauh ini dalam aspek pendidikan. Kembalilah kepada sifat bersyukur. Di antara bilion manusia di bumi ini, kita telah mendapat peluang untuk belajar. Bermula dari mengenal huruf, suku kata, membaca perkataan, sehinggalah boleh membaca dengan fasih. Bermula dari situ juga kita mulai mengenal bahasa ilmu seantero dunia, bahasa Inggeris. Jangan sia-siakan semua yang kita perolehi. Mungkin ada yang sudah membuat perancangan selepas mendapat keputusan SPM. Aku doakan yang terbaik untuk adik-adik semua. Belajarlah selagi minat dan mampu belajar. Walaupun ada di antara korang yang mungkin tidak akan menyambung pelajaran lagi, pembelajaran dalam kehidupan tidak akan pernah berhenti. Jadilah belia yang tidak menyusahkan negara. Lumba haram, penagihan dadah, keledai dadah, jenayah, kes ragut..semua tu janganlah korang terlibat. Masih banyak kerja yang membawa kepada kebaikan. Ini untuk ingatan aku sendiri juga..sama-samalah kita memperbaiki diri kita..supaya dapat menambah jati diri kita sebagai belia yang berwawasan.. Mudah-mudahan..
Klik pada imej untuk melihat pesanan Bluedianthus

p/s: Aku ucapkan semoga berjaya untuk adik bongsu aku yang bakal menduduki SPM tahun 2012

Artikel Sebelumnya: [Contest] Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails