TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, March 12, 2012

Home » , » Bluedianthus Dot Com kini berusia 3 Tahun!

Bluedianthus Dot Com kini berusia 3 Tahun!

Sedar tak sedar, Bluedianthus Dot Com kini genap 3 tahun. Aku bersyukur kerana masih mampu menulis blog sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kehadiran blog ini di dunia blogging.  Terbaca entri di blog jejaka kacak tentang betapa buang masanya seseorang itu menulis blog, berderau darah aku, hehe.. Taklah, ada aku kisah... :) Itu pandangan korang masing-masing. Yang pasti, aku gembira dengan dunia blogging aku sendiri. Sepanjang 3 tahun berblogging, setahun pertama adalah masa aku rajin menulis entri hampir setiap hari. Tahun kedua adalah masa aku memberikan branding kepada nama Bluedianthus. Tahun ketiga ini aku sibuk dengan pembangunan blog-blog niche lain sehingga blog ini terabai, dan lagi PageRank blog ini telah jatuh 1 tangga. Apapun, blog Bluedianthus Dot Com ini masih yang teratas di hati. Semoga blog ini masih akan terus gah mewarnai dunia blogging dengan perkongsian dalam hasil tulisan aku yang tersendiri. Aku juga memohon maaf kalau ada yang tersinggung dengan apa yang aku tulis selama ini. Mungkin ada juga antara entri aku yang memperlihatkan betapa aku "syok sendiri"nya menulis entri, hehe.. Aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari kekhilafan...
Happy Birthday to Bluedianthus.Com

Artikel Sebelumnya: Pembayaran ke-12 dari Microworkers.Com!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails