TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, February 7, 2012

Home » , , , , » IMFlippa: Teknik Alternatif Buat Duit Dengan Blog

IMFlippa: Teknik Alternatif Buat Duit Dengan Blog

Lama aku tidak mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini, Sebelum itu, belum terlambat aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada yang beragama Islam, Salam Chap Goh Mei kepada yang beragama Buddha, Salam Thaipusam kepada yang beragama Hindu. Hah, 1Malaysia tu.. Itulah satu keunikan Malaysia, I like.. Sesi memberikan review kembali lagi. Review kali ini adalah mengenai produk seorang pendidik, iaitu Cikgu Hafis Anwar. Seorang guru tetapi produk pertamanya ialah produk buat duit, niche yang panas di pasaran tempatan tu dan sentiasa hangat dalam kalangan usahawan Internet serta mereka yang bergelar blogger. Sebelum itu, tahniah aku ucapkan kepada Cikgu Hafis Anwar kerana membocorkan rahsia beliau di dalam produk ini. Memperkenalkan... IMFlippa.




IM Flippa

Sebelum itu, kita pergi kepada definisi produk ini. IM = Internet Marketer (Usahawan Internet) Flippa= Flippa.com. Ok, mungkin ada yang tahu dan juga tidak tahu apakah sebenarnya urusniaga Flippa.Com ini. Flippa merupakan laman nombor satu di dunia alam perniagaan jual-beli website., tidak kira samada laman web atau blog, atau weblog, atau vblog. Pada tahun 2010, transaksi jual beli website di Flippa berjumlah $21Million (RM63Juta!) Korang boleh nampak potensinya kan, kalau jual website harga $100 pun kalau aku dah bersyukur yang amat. Untuk jelas mengenai latarbelakang Flippa ini boleh terus baca About Us: Flippa

Ada 6 ebook yang korang kena baca betul-betul. Yalah kan, dah bayar kenalah belajar betul-betul. Kalau tak diri sendiri yang akan rugi. 
IMFLippa 1: Kenali Flippa & Perkara Asas Website Flipping - Perkara yang asas selalunya diabaikan, tetapi inilah yang paling penting terutamanya bagi mereka yang baru mendengar nama Flippa.

IMFlippa 2: Kaedah Kajian Tepat Pasaran Niche - Yang ni bagi aku perkara paling penting sebelum beli domain. Kalau tak, rugi beli domain yang tak ada nilai komersil.

IMFLippa 3: Sumber dan Kaedah Membina Blog

IMFlippa 4: Rahsia Menambah Nilai Jualan Blog - Ini bagi aku sangat penting, sebab itu aku highlight. Untuk menyenaraikan website kita dikenakan bayaran. Jadi kalau nak pastikan jualan terhasil, nilai jualan juga perlu ditambah. Cikgu Hafis ada memberikan secret recipenya di sini.

IMFlippa 5: Manipulasi Teknik Listing Flippa - PENTING!

IMFlippa 6: Langkah-Langkah Pindah Milik Website - SUPER IMPORTANT! Sebab setelah website berjaya dijual, transaksi belum lagi selesai. Dah dapat bayaran, kena berhubung banyak kali dengan pembeli untuk memberikan servis yang terbaik. Ya, aku tau ada yang fobia dan tak faham macam mana nak pindah milik harta "maya". Bukan macam geran tanah yang boleh dipindah milik hanya dengan menggunakan dokumen perjanjian, dan tanah dah bertukar tangan. "Tanah maya" ini perlu diserahkan kepada pemilik baru, jadi proses pindah milik website ni perlu kita lakukan. Bahagian ini ada memberikan langkah yang lengkap untuk kita ikuti. 

Selain daripada itu, terdapat juga Panduan Video untuk memudahkan pemahaman kita. Aku dah tengok semua video yang ada. Hampir seminggu lebih juga aku masa menelaah semua isi kandungan ebook dan video. Siap catat dalam buku lagi, hehe.

Video 1: Panduan Membeli Domain dan Tie Hosting

Video 2. Panduan Membina Website

Nota: Untuk Video 1 dan 2, untuk pengguna WordPress tegar memang tak payah baca pun tak apa. Untuk blogger yang selama ini hanya menggunakan platform Blogspot, ini masanya untuk meningkatkan pengetahuan mengenai WordPress. Untuk yang dah biasa beli domain dan hosting, memang tak ada masalah, untuk yang newbie, jangan skip video ni. Fokus dulu dan buat secara perlahan-lahan ok.

Video 3. Panduan Memasang Website *** - Video yang ni tak diwajibkan untuk dibaca. Tapi sayang kalau tak tambah ilmu kan. Baca, jangan tak baca. Pesanan khidmat masyarakat Bluedianthus Dot Com..hehe...

Video 4. Panduan Memasang Plugins dan Monetize Blog - Bahagian ni wajib ada untuk meningkatkan nilai blog.

Video 5. Rahsia Menulis KILLER Listing Description - Bahagian ini sangat penting untuk menaikkan kebarangkalian website yang kita nak flip tu terjual. Ambil perhatian kat sini ok.

Aku merupakan antara orang yang terawal mendapatkan produk IMFlippa ini. Memang aku sangat-sangat teruja dengan produk ini. Inilah yang membuatkan aku sangat sibuk akhir-akhir ini. Buktinya korang boleh tengok transaksi aku dalam bulan Januari di mana aku sibuk dengan pembelian hosting sebab trafik di blog aku tidak dapat lagi ditampung oleh hosting lama aku. Jujur, aku belum menjana sebarang pendapatan daripada flippa sebab aku belum listing lagi website yang aku dah bangunkan. Aku kalau dah bangunkan betul-betul satu website tu, akan jadi sayang nak jual. Itulah yang berlaku pada aku sekarang ni..huhu.. Mungkin nak tunggu beberapa bulan lagi, nak bermanja dulu dengan blog baru. Apapun, kalau aku dah berjaya jual blog di Flippa tu, sudah tentu aku akan berkongsi dengan korang. :)

Oh ya, aku ada pengalaman menjual blog di Flippa pada tahun lepas..tapi blog tersebut tidak dapat dijual kerana tidak mencapai harga yang aku sasarkan. Lagi satu kesalahan aku ialah, aku meletakkan RESERVE PRICE, membuatkan ramai pembeli yang tidak berminat dengan domain tersebut walaupun nichenya adalah berstatus "evergreen". Aku terpaksa re-list semula domain tersebut. Untuk listing sahaja, $19 diperlukan, untuk re-list, tambah $9 lagi. Tapi yang bid cuma $20. Rugi kan. Jadi aku tak jadi jualkan. Tapi semua itu ada hikmahnya. Blog tersebut sudah berusia setahun lebih dan PageRank 2, dan income blog itu sudah lebih daripada $100 sekarang. Syukur. Mungkin akan re-list semula. Tengoklah. Makin sayang aku dengan blog itu. Itu adalah sebahagian daripada harta maya yang aku ada. Yalah, tak ada tanah yang betul kan..hehe.. Jadi aku tahu di mana silapnya lepas aku baca panduan IMFlippa ni.




Berurusan dengan Hostgator dan Godaddy saja sepanjang 5 hari bulan Januari lepas!

Sebab utama aku selalu beritahu pembaca blog ini untuk membuat blog dalam bahasa Inggeris adalah kerana satu hari nanti, blog ini mungkin boleh membantu korang dari segi kewangan. Jagalah blog korang baik-baik.. Bukannya aku menidakkan blog yang berbahasa Melayu. Banyak blog berbahasa Melayu yang telah menjana ribuan ringgit. Blog Bluedianthus ni pun berbahasa Melayu kan, bahasa Melayu jangan dilupakan ok. :) Cuma aku nak korang mempelbagaikan blog korang. Mungkin korang boleh buat blog rojak macam blog Bluedianthus ni, tapi dalam masa yang sama korang boleh bangunkan beberapa blog yang lebih serius seperti real estate, business, automotive, health, skin care, gardening, interior design, travel. Ada banyak lagi.. Buat satu-satu..kemudian kembangkan. Tapi hasilnya kita tidak akan dapat dalam masa yang singkat..kena tunggu masa untuk blog tersebut menjadi matang. Samalah macam kita simpan duit ASB, simpan emas. Makin lama duit makin banyak, makin lama emas makin bernilai. Mana tau, korang boleh dapat jual blog korang dengan harga seperti di bawah:




Terus jadi jutawan senyap ni.. :)

Motivasi: Produk IMFlippa ini sepatutnya dijual dengan harga di atas RM100 sebab banyak panduan diajar memerlukan praktikal. Tetapi membacanya saja tidak mencukupi, segala pelan tindakan perlu dibuat segera. Tahniah aku ucapkan kepada cikgu Hafis kerana berjaya membuka mata blogger-blogger untuk menceburi bidang website flipping ini. Sebenarnya, ilmu ini boleh dicari dengan membuat carian di Google. Tapi dengan adanya panduan ini, langkah kerja kita akan menjadi lebih mudah.

p/s: Sesiapa yang ada pengalaman jual blog atau website kat Flippa bolehlah berkongsi dengan aku dan pembaca serta subscribers di blog ini. Semoga pengalaman korang dapat memberikan inspirasi kepada semua. Mudah-mudahan..

Artikel Sebelumnya: Awan Nano: Mesej Penting Hafiz







ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails