TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, February 13, 2012

Home » , , , , , » Kemaskini Nuffnang Februari 2012

Kemaskini Nuffnang Februari 2012

Whitney Houston dalam Kenangan (1963 ~ 2012)
Salam Blogging dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Semoga Isnin ini memberikan kita satu semangat baru untuk meneruskan kehidupan. Sebelum itu, aku ingin menyampaikan kesedihan aku kepada seluruh keluarga Whitney Houton di atas kehilangan besar dalam bidang seni. Penyanyi yang popular dengan lagu I Will Always Love You ini telah meninggal dunia pada 11 Februari lalu. Mungkin ramai juga di antara korang yang minat dengan kehebatan suara Whitney ini yang turut simpati dengan pemergiannya. Semoga rohnya tenang di sana. Apapun, kehidupan mesti diteruskan kan..

Oklah, aku hanya akan kemaskini akaun Nuffnang aku kalau ada Buffered Earning (BE) terbaru yang diterima blog ini, bukan setiap minggu macam tahun lepas. Kalau tak ada BE tu, tak adalah kemaskini. Apapun, terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang kerana setiap bulan mesti ada juga BE yang diberikan kepada blog ini walaupun sudah jarang dikemaskini.
BE ke-64 dan 65. Terima kasih Nuffnang!

BE ke-64 ialah promosi mengenai DiGi iPhone 4S Maintenance pada bahagian Large Rectangle (LR). Lagi sekali promosi untuk memberikan peluang untuk sesiapa yang nak beli iPhone. Boleh tahan juga pelan Digi yang ditawarkan. Bayaran pelan bulanan serendah RM55, RM88 dan juga RM156 mengikut kemampuan. Korang boleh terus ke laman web digi, The Most Affordable iPhone 4S Plan in Malaysia kalau tak nak klik iklan kat blog aku ni..Aku tak kisah, janji earnings tetap jalan..hehe..
Pelan paling popular yang dilanggan setakat ini!

BE ke-65 pula ialah DiGi Super Reload Social Youth Feb BM juga pada bahagian Large Rectangle (LR). Apa yang menarik perhatian aku tentang iklan ini, tentunya sebab ada Lisa Surihani, hehe.. Ada RM200 untuk dimenangi sempena promosi Digi Youth ni. Korang boleh terus ke fanpage Digi Youths Super Reload untuk mengetahui promosi tersebut dengan lebih lanjut.
BE ke-65. Aku suka design iklan ni. :)

Sekian saja laporan kemaskini Nuffnan kali ini. Earnings Nuffnang juga kali ini telah mencecah tiga angka. Terima kasih Nuffnang. :) Lain-lain pengumuman kat Nuffnang, ada featured blogger untuk bulan Februari iaitu blogger Ashley. Selain itu, ada peluang untuk memenangi LG Optimus 3D. Best juga kalau dapat hadiah ekslusif macam ini kan. :)

Handphone Transformers ni, hehe..

Artikel Sebelumnya: [STICKY REVIEW 168Jam] IMFlippa: Teknik Alternatif Buat Duit Dengan Blog

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails