TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, February 20, 2012

Home » , , , » Hidup Seorang Blogger: Sibuk Bertempat

Hidup Seorang Blogger: Sibuk Bertempat

Salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Ok, dah seminggu aku tak update blog ini kan. Semakin jauh nampaknya aku ditinggalkan oleh blogger-blogger lain. Tak mengapalah, cukup aku katakan yang aku kini sedang sibuk bertempat. Ada juga blog-blog yang aku kunjungi dan jadi silent reader. Rajin-rajinlah korang tengok feetjit korang, haha.. Apapun, ada masa aku tetap akan meluangkan masa untuk mengemaskini blog kesayangan aku dan korang jua, hehe.. 


Disk Space Usage Terlebih!!
Aku baru saja selesai memindahkan 1 blog bahasa Inggeris aku ke domain provider  yang baru. Tentunya Godaddy. Selain daripada itu, aku juga telah memindahkan 2 lagi blog bahasa Inggeris dan 1 blog tempatan aku ke hosting yang baru, tentunya Hostgator. Bayaran untuk hosting tu agak mahal bagi aku, $9.95 sebulan yang bagi aku agak mahal. Tapi itulah harga yang perlu aku bayar untuk trafik yang semakin hari semakin tinggi di blog aku tu. Trafik yang tinggi memang baik, tetapi ia juga memerlukan korang untuk bertukar kepada hosting yang lebih baik yang dapat menampung beban blog korang.Tapi tak mengapalah, ianya untuk jangka masa panjang kan.

Apapun, aku berterima kasih kepada hosting lama aku, JomHosting.Net yang sentiasa memberikan customer support yang baik. Buat masa ini, hosting ini masih lagi aku gunakan sebab aku baru saja renew hosting ini untuk setahun dan tambah disk usage space. Ada beberapa lagi domain yang dihostkan di sana. Boleh juga rehat kejap daripada memindahkan blog-blog yang ada ke hosting baru. Proses pemindahan domain taklah susah mana, korang perlu unlocked domain tu kat domain provider yang lama, minta EPP code dan ikut saja arahan daripada domain provider yang lama. Yang tak berapa senang tu masa nak pindahkan blog ke hosting baru. Nak backup database, wp-content, httaccess dan lain-lain yang perlu. Kalau korang malas nak buat, boleh upah orang buatkan. Cari saja di laman Fiverr, banyak servis yang korang boleh guna.

Seperkara lagi, aku minta maaf kepada yang menghantarkan email pertanyaan kepada aku berkenaan pelbagai pekara yang telah aku kongsikan bersama di dalam blog ini. Ada email yang aku terlepas pandang dan ada yang aku terlupa membalasnya. Aku baru saja selesai menjawab email-email yang dihantarkan. Yang ada hantar pertanyaan melalui email, bolehlah semak email korang sekarang. Kalau boleh korang gunakanlah ruangan Contact yang telah aku sediakan. Kalau tak, alamatnya ada email yang aku terlepas nak balas. Jangan nak kata aku sombong pula.. :)

p/s: Aku juga akan super sibuk (tapi takkan sibuk macam Perdana Menteri la..hehe..) untuk 3 ke 10 bulan mulai sekarang. Jadi kalau ada email yang tidak berbalas, aku minta maaf. Ada misi tertunda yang perlu dibereskan. Doakan kesihatan dan kejayaan aku ya. Salam sayang untuk semua pembaca Bluedianthus Dot Com.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails