TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, February 29, 2012

Home » , , » Google Update: PageRank Jatuh, Apa Nak Buat?

Google Update: PageRank Jatuh, Apa Nak Buat?

Aku harapkan agar korang semua sihat-sihat kat sana. Rajin pula nak mengemaskini hari ini. Hari ni istimewa sikit sebab 29 Februari hanya datang sekali dalam 4 tahun. :) Lupa pula aku nak beritahu korang, PageRank(PR) blog ini dah jatuh ke PR 2. Sungguh menyedihkan aku..tapi memang dah agak sebab tahun lalu aku jarang mengemaskini entri di dalam blog ini. Tapi ada 2 blog bahasa Inggeris aku yang dah naik ke PR3. Mungkin ada hikmah di sebalik semua itu. Mungkin ada juga di antara blogger yang mengeluh kerana PR blog mereka jatuh. Tapi kalau korang seorang blogger yang tegar, tentu tidak akan ambil kisah semua tu. 


Dari segi psikologi, kalau PR blog korang jatuh, mungkin korang boleh buat perkara seperti di bawah:

1. Anggap PR yang jatuh itu sebagai satu cabaran untuk kita mengembalikan semula PR yang asal (tentunya PR yang tertinggi pernah blog kita tu capai).

2. Jangan anggap PR yang jatuh itu sebagai zaman kejatuhan blog kita.  Walaupun PR blog ini jatuh, masih ada yang sudi beriklan di blog ini. Selain itu, ramai yang meminta aku untuk memberikan review untuk produk mereka. Itu merupakan satu perkembangan positif untuk blog ini. Ini bermaksud, sesuatu blog yang lama akan mempunyai tahap kredibilitinya yang tersendiri.

3. PR yang jatuh bermaksud blog itu memerlukan perhatian kita. Ya, aku juga macam tu. Aku anggap kerana blog Bluedianthus ini sudah stabil dari segi pembaca, subscribers dan juga trafik serta tidak pernah putus dengan Buffered Earning (BE) dari Nuffnang jadi bolehlah aku relax sikit. Tulis entri pun seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali dua tulis entri. Rupanya, PR yang jatuh ini memberi petanda dari blog ini sendiri supaya aku lebih menyayangi BLOG PERTAMA yang aku bina di dunia blogging ini.

Kemungkinan Google Pagerank Update yang seterusnya adalah pada bulan Mei ini, mungkin laa.. jadi mungkin korang boleh mula mengemaskini blog korang secara konsisten mulai sekarang. Aku tak berani nak janji untuk selalu kemaskini blog ini, tapi sekurang-kurangnya adalah seminggu sekali..huhu

p/s: Blogging itu kan indah nian.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails