TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, January 18, 2012

Home » , , , , » United Nation dan Unicef: Apa yang perlu kita tahu?

United Nation dan Unicef: Apa yang perlu kita tahu?

Minggu ketiga bulan Januari, aku agak sibuk sehingga esok. Kerja-kerja underground pun terjejas juga sikit. Aku minta maaf dengan customers aku yang sabar melayan karenah aku. Selepas Rabu ini akan aktif kembali menyiapkan tugas yang telah diamanahkan. Minta maaf ye. :)

United Nations adalah satu organisasi antarabangsa yang ditubuhkan sekitar tahun 1945 selepas perang dunia kedua. Anggotanya adalah terdiri daripada 51 buah negara yang memperjuangkan kestabilan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mewujudkan hubungan rapat sesama bangsa serta memastikan taraf hidup dan hak asasi manusia dilindungi. Ada gaya pembaca berita tak aku cakap tulis ni, hehe...

Unicef (United Nations Children’s Emergency Fund) pula adalah sebahagian daripada badan United Nations. Unicef ini ditubuhkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada kanak-kanak khasnya mereka yang hidup selepas perang dunia kedua. Selain daripada itu, Unicef juga memberi bantuan kepada kanak-kanak yang menghadapi bencana alam seperti banjir, tsunami, tanah runtuh, taufan dan banyak lagi. Terbaru adalah kejadian seperti yang baru berlaku di negara Filipina. 


Aku adalah menderma sikit-sikit untuk badan kebajikan Unicef Malaysia beberapa hari lepas. Walaupun jumlahnya sikit tapi kalau hati ikhlas, tentu banyak pahala yang akan kita dapat.

Derma yang bermakna...

Mungkin di mata kita, RM1 itu tak berapa sangat nilainya, tetapi bagi mereka yang masih kecil namun sudah hilang tempat bergantung, RM1 itu seumpama memberikan mereka nyawa untuk terus mengharungi liku kehidupan.

Dengan RM1 itu, sudah cukup untuk memberikan kelangsungan badan Unicef untuk terus mengharungi misi kemanusiaan tidak kira bangsa atau budaya kanak-kanak itu. Keadaan ini membuatkan aku begitu bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia, bumi bertuah. Ya, secara geografinya aku lahir kat Sabah, still Malaysia ok. :)

Jadi, bagi kita terutamanya blogger yang baru mendapat income dari Internet tu, janganlah lupa untuk berbuat pahala kepada anak-anak kecil ini. Memang mereka tak tau yang kita ni ada menderma untuk mereka, tetapi setidak-tidaknya kita masih sempat berbuat amal kebaikan sementara masih sempat.

Tidak lupa juga aku mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Nuffnang kerana telah berjaya melaksanakan kempen TLC Promise Me Musim Ke-2. Semoga lebih banyak projek kebajikan seperti ini akan dilakukan oleh pihak Nuffnang dan juga komuniti pengiklanan yang lain. 

Bagi korang yang ingin menderma kepada Unicef Malaysia melalui online banking, boleh tengok butiran kat bawah ni:
Nama Penerima: United Nations Children’s Fund
Nama Bank: Malayan Banking Berhad
Nombor Akaun:  514329427587
Alamat Bank: Ground Floor, Block C, Kompleks Pejabat Damansara, Damansara  Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Matawang: Ringgit Malaysian


p/s: Nantikan entri seterusnya di Bluedianthus Dot Com. Ianya sesuatu yang menggembirakan. Mungkin rezeki di atas derma yang aku berikan kepada Unicef. :)

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang Januari 2012

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails