TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, January 9, 2012

Home » , , » Pembayaran ke-11 dari Microworkers!

Pembayaran ke-11 dari Microworkers!

Salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Aku doakan agar korang semua diberikan tubuh badan yang sihat dalam menjalani kehidupan seharian. Isnin kedua dalam bulan Januari, syukur masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara di alam fana ini. Ya, aku tau ramai blogger yang menulis kisah hari ini mengenai pembebasan ahli politik, pemecatan ahli politik, juara Masterchef, kemenangan pemain badminton nombor 1 dunia dan pemain skuash nombor 1 dunia. Semoga kita mendapat teladan dan juga sempadan daripada kisah yang berlaku. Kalau pembaca tegar blog ini pastinya akan tahu yang blog ini tidak mengejar sangat dari segi SEO dan trafik. Tak percaya? Sila lihat Alexa blog ini yang telah jauh ke laut..haha.. Salah satu sebabnya, aku tak mahir dengan SEO ni, kelemahan utama hehe.. Dalam entri yang ringkas ini aku hanya ingin berkongsi mengenai pembayaran yang ke-11 dari Microworkers kepada aku berjumlah $28.55(lebih kurang 89 ringgit duit Malaysia). Ini adalah pembayaran untuk bulan Disember 2011. Income untuk bulan Disember kurang sebanyak $7.86 dibandingkan dengan income bulan November. Aku akui fees sebanyak 6.5% untuk mengeluarkan duit Microworkers agak mahal. Kalau tak silap aku income sebelum dikenakan caj adalah dalam $32. Apapun, aku bersyukur dengan apa yang ada...
$28.55 yang bermakna!

p/s: Kepada siapa yang selalu kena denda kat sekolah, bolehlah mengambil bahagian Pertandingan Pengalaman Kenda Denda di Sekolah yang dianjurkan oleh Titan dari EarnCent.Com. Mana tau korang ada rezeki nak menang. :)

Artikel Sebelumnya: Menang RM50 dari EarnCent.Com!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails