TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, January 26, 2012

Home » , , , , » 1 Link Blogroll Bernilai RM120

1 Link Blogroll Bernilai RM120

Pemiilik Bluedianthus Dot Com diapit oleh kedua orang adiknya, sambil meminta angpow..haha..

Aku sebenarnya masih berbelah bagi samada nak terbitkan ataupun abaikan saja perkongsian yang ingin aku ceritakan kepada korang semua yang membaca blog ini. Aku pun nak minta maaflah sebab dah seminggu lebih tak update artikel di dalam blog ini. Kalau aku bagi alasan pun korang mesti takkan percaya punyalah..hehe.. Tapi sebenarnya aku sedikit sibuk kebelakangan ini..sibuk dalam erti kata sebenarnya, double time busy! Apapun, belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina di tahun naga ini. Semoga kita 1Malaysia dapat tuah yang banyak. Mudah-mudahan..

Apapun, aku percaya dengan niat perkongsian yang betul, akan memberikan sumber motivasi kepada semua orang yang membaca entri ini. Begitu juga aku berharap semangat korang dalam berblogging akan terus meningkat selepas membaca entri pada kali ini. Niat aku ikhlas ingin berkongsi dengan apa yang aku harungi dalam berblogging, walaupun kejayaan itu tidaklah sebesar mana, tapi ianya cukup memberikan sentuhan sentimental kepada aku yang kini hampir 3 tahun bergelar seorang blogger, kononnya..tapi jarang nak update blog kan.

Artikel kali ini, korang akan banyak melihat screenshots sahaja. Bagus juga sebab ia membantu aku untuk tidak menulis terlalu panjang, backup baik punya..hehe.. Mungkin rezeki di atas derma untuk Unicef, aku pun tak percaya akan mendapat rezeki sebegini. Screenshots kat bawah ni lebih kepada kronologi bagaimana salah satu blog aku mendapat "rezeki tak sengaja" dalam arena cari duit online dan aku harapkan ianya menjadi inspirasi kepada blogger yang baru mula berkecimpung dalam arena blogging ini. Amaran: Screenshot ini banyak...hehe..


1. Email follow-up kepada Sir James (yang pasti, bukan James Bond, hehe..)


2. Balasan dari Sir James, nak letak permanent Blogroll. $40. Aku bagitau pembayaran boleh dilakukan melalui Paypal.

3. Aku masih nak $40 tu bulat-bulat. Tak nak pihak Paypal charge aku. Jadi aku pun terus terang Sir James tu terpaksa cover Paypal fee. Ini merupakan cubaan berani mati, mana tau dia tak jadi nak beli blogroll tu, melepas la RM120 tu...huhu.. Tapi aku cuba juga.

4. Dan ini keputusannya..mengujakan..

5. Ok, $80 dah jadi (RM120 x2= RM240, kira je $1 tu RM3 senang cerita). Masa ni apa yang ada dalam fikiran aku hanya duit, duit dan duit saja..haha.. Tapi tak pandai nak buat invois dari Paypal. Google dan Google lagi...adoi.. Akhirnya berjaya juga buat invois Paypal. Pertama kali buat Paypal Invoice sebab sebelum ni tak pernah customer minta. Aku anggap deal dari syarikat besar agaknya..perlu ada hitam putih. Kiranya ini pengalaman baru aku sebagai seorang blogger dalam tahun 2012 ni. Aku bagi masa seminggu untuk pembayaran dilakukan.


6. Ni masa nak setup Invoice. Sebenarnya mudah, tapi aku yang tak tahu..hoho.. Kat bahagian inilah aku minta pelanggan aku untuk cover Paypal fees. Aku pun minta masa 24 ke 48jam untuk memberikan respon untuk mengesahkan bayaran.

7. Pengesahan dari Paypal yang invois dah berjaya dihantar.
8. Kemudian, aku menghantar satu email lagi mengatakan aku sudah hantar Paypal Invoice.

9. Akhirnya, duit yang dinanti-nanti telah masuk ke dalam akaun Paypal aku. Syukur.. Yang menarik perhatian aku, bahagian shipping address, dari UK la..
$80 yang bermakna! Terima kasih.
10. Aku pun buat pengesahan bayaran dah dibuat.

Ok, cukup sampai 10 poin ini saja ok. Lagipun, aku tau mesti korang cuma nak tau aku dapat atau tidak duit tersebut, kan.. Sudah tentu bukan blog Bluedianthus Dot Com yang mendapat bayaran blogroll sebegini, aku promote untuk letak link seminggu 3ringgit kat blog ni pun sikit je yang order. :)

Motivasi: Tidak ada tips tertentu untuk mendapat bayaran untuk letak blogroll sebegini. Kadangkala ianya bergantung kepada nasib dan rezeki. Yang penting teruskan berblogging. Niche blog aku tu ialah real estate dan dalam bahasa Inggeris. Ni dah terbocor rahsia ni, hehe.. Blog tu aku tak ada main SEO, tarik trafik, tak ada fanpage atau twitter, custom design blog tu lagilah jauh ke lautan biru. Pakai theme free. Tapi plugin Platinum SEO tu wajibla ada walaupun tak tau cara nak optimasikan, sekadar letak keywords yang mungkin akan dicari dalam search engine kan. Hanya sebuah blog yang plain dan hanya ada lebih kurang 150 posts setakat ini, baru dapat PR2 masa PR update hari tu, Alexa 5juta lebih, usia blog hampir 2 tahun. Trafik unik 500++ sehari, kebanyakan dari Search Engine sebab takda promote blog ni. Semuanya main tulis sendiri. Tak ada copypaste, baru-baru ni saja guna spinner dan edit sampai jadi unik sebab tak cukup masa nak buat. Aku masih percaya, Content is The King. Mungkin ini salah satu kekuatan blog itu. Yang bacanya nanti adalah real human dan mereka pandai menilai. Tak ada sasaran income untuk blog itu, sebab tak jaga dan tak expect boleh dapat income, ingat nak jadikan aset untuk naikkan PR sampai PR5(ntah berapa tahun nak tunggu), pastu nak jual kat flippa bila nak bersara nanti..haha..

p/s: Berblogging dengan gembira, duit akan datang sendiri. Dan lagi satu, jangan lupa menderma...

Artikel Sebelumnya: United Nation dan Unicef: Apa yang perlu kita tahu?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails