Selamat bersantai hujung minggu aku ucapkan kepada semua pembaca setia blog yang serba sederhana ini. Aku tau ramai yang dah ambil cuti Jumaat ni untuk pulang ke kampung halaman ataupun untuk menghabiskan masa bersama dengan keluarga tersayang. Aku doakan hanya yang terbaik dan terindah untuk Tahun Baru 2012 yang bakal tiba kurang 48jam dari sekarang. Aku terpanggil untuk menulis entri ini untuk sahabat blogger yang selalu singgah di blog ini dan memberikan komen. Dan blogger ini tak tahu yang hampir setiap hari aku singgah di blognya sambil mencari "sesuatu" tapi aku je yang ego nak komen, nak terus-menerus jadi silent reader, kononnya... Ya, aku seorang blogger dan aku juga seorang pembaca blog blogger lain. Itu logik lagi berasas. Satu lagi blog yang mencuri perhatian aku di alam blogging itu ialah...
EarnCent.Com - Pemiliknya Ahmad Faizal Bin Abi Setama (ambik ko nama penuh, hehe..) a.k.a Titan a.k.a TitaniumHijau
Sebenarnya sudah lebih setahun juga aku mengenai Titan ni, sejak kenal WangCyber rasanya.. Titan ni aku kategorikan sebagai problogger sebaris dengan pemilik blog Rohaizad.Com. Senang nak kenal trademark titan ni. Sebut saja "kacak", mesti ingat titan ni. Dari segi enjin carian, artikel 10 soalan kacak di blog titan memberi pengaruh yang dominan kepada Google Malaysia.Termasuk tajuk artikel tersebut, sebanyak 23 kali perkataan kacak ditulis oleh si kacak titan..hehe.. Titan di tanga ke-2 saja berdasarkan ranking Google Malaysia kerana nama domain tangga pertama tu ada perkataan kacak. Tapi titan masih kacak kerana menggunakan domain dot com sendiri. Kacak laa..
Ingat "kacak" ingat EarnCent.Com
















