LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Friday, July 29, 2011

Tertundanya Kejayaan

Satu kejayaan yang terlakar bukan bermakna terpahatnya kenangan. Aku bukanlah peminat besar dalam arena bolasepak. Tetapi apabila ianya melibatkan nama negara, aku pasti akan memberikan semangat yang tidak berbelah bagi untuk pasukan Malaysia. Biarpun yang menentang skuad kebangsaan ini adalah juara piala dunia 2010, Sepanyol. MALAYSIA, aku rasa negara kita ini antara negara yang paling aman dan selamat berbanding dengan negara-negara yang lain. Cuba tengok berita dunia jam 11 dan lihatlah kesengsaraan rakyat yang tegar mengharungi kemelut hidup, kebuluran, penyakit, banyak lagi. Aku hanya sempat menyaksikan perlawanan Malaysia menentang singapura 15minit sebelum perlawanan tamat. Pendapat peribadi aku, aku ucapkan syabas kepada semua pemain dan juga peminat yang memberikan sokongan maksimum di Stadium Bukit Jalil. Semoga semangat kesukanan ini sentiasa membara. Kalah menang adat bertanding, yang penting halakan matlamat untuk memperbaiki diri pada masa hadapan. 

p/s: Tak lupa aku mengucapkan selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa kepada semua. Salam sayang selalu dari kejauhan negeri di bawah bayu, khas dari Bluedianthus Dot Com. :)


Wednesday, July 27, 2011

Teknik Fiverr : Bolehkah Buat Duit Bulan Puasa ni?

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua yang masih sudi lagi singgah di blug Bluedianthus Dot Com ini. Aku harapkan agar korang semua sentiasa sihat di samping tugasan dan juga keluarga yang tercinta. Bulan puasa tidak lama lagi akan tiba untuk tahun 2011 ini. Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua korang yang beragama Islam, semoga murah rezeki untuk tahun ini. Jangan lupa untuk berbuat kebaikan ok. Masalah popup GengBlogger tu dah diselesaikan, hanya buang banner GengBlogger tu saja rupanya, huh..

Saturday, July 23, 2011

Bluedianthus Dot Com Bermasalah

Rajin pula aku mengemaskini minggu ini ya. Pagi ni bila aku buka saja blog Bluedianthus Dot Com jadi macam ni, adakah memang blog ini akan digodam? Mungkinkah penggodam tu cuba mengakses blog-blog yang berdaftar di Gengblogger.Com?
Ni versi Google Chrome

Ni pula versi Mozilla FireFox.

Aku tau mesti korang pun annoying bila masuk ke blog ini sebab ada pop-up ini keluar kan. Minta maaflah sebab aku memang tak pandai nak hilangkan. Patutkah aku tamatkan keahlian di Gengblogger tu? Hmm.. AJ, tolong aku... :)

p/s: Minggu ni sibuk sedikit, kelmarin baru lepas buat research progress presentation. Ada masa sebulan untuk baiki programming structure. Kena hantar lagi satu kertas kerja. Publish, Publish, Publish!!


Thursday, July 21, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Julai 2011

Salam sejahtera dan selamat lewat malam Khamis aku ucapkan untuk semua. Entri sekarang ni ringkas-ringkas saja di Bluedianthus Dot Com ini kan. Rasanya sudah kurang perkongsian yang aku berikan sejak akhir-akhir ini. Minta maaf kalau ada subscribers yang sudah "lari" meninggalkan blog ini. Apapun, aku berterima kasih kepada korang kerana sudi bersama dengan blog ini sepanjang waktu itu.

Sekadar kemaskini ringkas Nuffnang untuk minggu ketiga di bulan Julai ini, tidak ada banyak perubahan. Semua buffered earning (BE) sudah bertukar menjadi metered earning (ME). Kemudian ada satu lagi BE baru yang diterima oleh blog ini iaitu BE ke-55, iklan Celcom MTV World Stage di bahagian SkyScrapper.Tinggal iklan Mamil Gold lagi yang belum nak jadi ME...hmm..
Terima kasih Nuffnang!

Iklan BE ke-55 ini aku tak sempat nak ambil screenshot sebab aku rasa iklan ni dah habis tempoh. Blog ini dapat tempias sikit saja dalam sen-sen saja. Duit juga kan, syukur. :) Sedikit yang aku tahu mengenai MTV World Stage ini, ia akan diadakan pada 24 Julai 2011 ini di i-City, Shah Alam. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Thirty Seconds To Mars, Neon Trees, BEAST and Pop Shuvit. Huh...macam wartawan majalah hiburan pula dah. Ok, sekian dulu untuk waktu yang singkat ini. Semoga korang masyuk-masyuk selalu hendaknya.. :)

Artikel Sebelumnya: Bluedianthus Sibuk Memanjang?

Wednesday, July 20, 2011

Bluedianthus Sibuk Memanjang?

Oh, aku tidaklah sesibuk mana pun. Tapi memang dah jarang nak mengemaskini entri sekarang ni. Patutlah pembaca makin lari dan trafik semakin kurang. Oh, tak mengapa..yang penting aku bahagia..hehe.. Maaf kepada email dan PM a.k.a mesej yang tidak berbalas. Email SPAM semakin menggunung di dalam inbox, jangan-jangan email bukan spam pun dah aku terdelete sekali dalam spambox tu. Minta maaf lagi ya. Kepada fuhh, tawaran review masih terbuka cuma tak ada masa lagi nak publish di blog ini. Ada masa aku akan buat ya. Sekarang ni masa genting nak buat research. :)

Tapi sempat juga aku mengemaskini entri beberapa blog cari makan aku. Hari ini gembira sangat sebab ada satu blog bahasa Inggeris aku dapat PR1. Mula-mula aku beli domain ini memang PR2 tapi entah, selang seminggu lepas tu dapat PR0. Memang sedihlah sebab belum sempat balik modal dengan blog tu, dah dapat PR0. Aku pun main beli saja, tak ada pengalaman kan. Jadi bila dah dapat PR1 walaupun Alexa masih 25 juta lebih dan hanya ada 5 entri, kira terubatlah juga kesedihan di hati. Aku beli domain tu sebab domain tu tak pernah dropped sejak 7tahun lepas, walaupun backlink cuma ada 5 tapi 2 backlink tu dari PR5 dan PR4. Aku pernah check PR blog tu lepas 27Jun lepas tapi masih PR0. Adakah Google masih belum selesai mengemaskini PageRank semua laman kat dunia ni? Mungkin..

p/s: Microworkers tak dapat bayar duit melalui Paypal buat masa ini...huhu..


Sunday, July 17, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-30 untuk permata jiwaku..

 Wajah-wajah kesayangan hamba..Daddy & Mummy

Wah, sungguh santai blog Bluedianthus sekarang ni kan. Jarang nak update blog dan membalas komen. Kisah-kisah panas dan terhangat di pasaran memang korang jarang akan jumpa di blog ini. Sebulan dua kebelakangan ini aku cuma bercerita mengenai kisah peribadi sahaja kan. Mungkin korang pun bukannya nak baca sangat entri sebegini...hoho.. Apapun, aku harapkan korang sentiasa sihat bersama keluarga korang. Hari ini, 17 Julai 2011 genap 30 tahun perkongsian hidup Daddy dan Mummy tercinta. Semoga perkahwinan mereka bahagia sehingga ke akhir hayat. I Love You so much Dad, Mum! Ada hadiah yang lebih bermakna dari segala harta benda yang ada di dunia ini..nak tahu apa benda tu..klik seterusnya.. :)

Wednesday, July 13, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Julai 2011

Nampaknya ada blogger yang cemas blog mereka bakal digodam oleh hackers yang memang tak ada kerja lain lagi nak buat selain nak menguji kepandaian programming mereka untuk menyusahkan hidup orang lain. Boleh semak di laman ini (Klik kekunci Ctrl + F pada keyboard), taip domain blog korang. Kalau tak tersenarai, bolehlah menarik nafas lega. :) Apapun, hidup mesti diteruskan. Kalau satu blog tumbang, kita boleh bangkit dengan 10 blog lagi. Jangan risau, dulu kita semua pun bermula dari sifar. Ok, kita teruskan ke kemaskini Nuffnang untuk minggu kedua Julai 2011 ini. Hmm..rasanya aku belum lagi terkesan dengan sindrom "Wordless Wednesday". Boleh cari sendiri kat Google ya. :)

Monday, July 11, 2011

Bluedianthus Dot Com Bakal Di"Hack"

Ya, begitulah mesej yang aku terima daripada sahabat tegar online aku, saudara AminJohar beberapa hari lepas. Terima kasih AJ sebab beritahu hal ini kepada aku. Aku rasa aku saja blogger yang tertinggal perkembangan semasa dunia blogging ni sebab aku dah jarang "berkeliaran" di blog rakan-rakan lain.  Entah apa faedah hacker tu dapat dengan menggodam blog Bluedianthus yang rasanya belum layak untuk digodam..hehe.. Untuk blogger lain di luar sana, mana-mana blogger sekalipun akan mengalami situasi ini. Jadi apa yang penting dan mampu kita lakukan (khasnya aku yang tak tahu sangat tentang sekuriti sistem komputer ni), pertama: ubah password kepada yang lebih kompleks untuk melambatkan hacker, kedua: jejak secepat mungkin siapa hacker tu (yang ni kena minta tolong AJ, hehe..), ketiga: backup, backup, backup.. Tips ini pun dari AJ, thanks AJ. Akan belajar sedikit demi sedikir tentang Internet Security ini. 

p/s: Gambar ni diambil ahad lepas (10 Julai 2011) semasa majlis persandingan kedua kakak sepupu aku. Thanks kepada adik bongsu aku, Elysta Rozzannie yang mengambil gambar yang ala-ala artis ni, haha.. Dua gadis manis yang berbaju hijau tu ialah adik pertama dan kedua aku, Mylsa Avinnie a teacher to be, dan Farahhannie a KPop fan, ask her anything about Kpop. oh yes and its language too, you'll be surprise on what you'll discover. :)

Artikel Sebelumnya: [REVIEW] Teknik RM450 Sebulan! 
 

Thursday, July 7, 2011

[REVIEW] Teknik RM450 Sebulan!

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semakin sibuk dengan urusan offline dan juga tugas yang lebih perlu aku titikberatkan. Sesi review ringkas kali ini aku nak perkenalkan satu lagi produk cari duit online yang ditulis oleh saudara Yeoh Hong Shin ataupun lebih dikenali sebagai yoyoyhs di forum WangCyber. Aku tak berapa kenal sangat dengan beliau ni tapi dari gaya tulisan email yang dihantarkan kepada aku, dia ni peramah orangnya. Memperkenalkan Teknik RM450 Sebulan.

Monday, July 4, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu pertama Julai 2011


Salam sejahtera dan selamat hari Isnin aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga kehadiran Isnin pertama dalam bulan Julai ini membawa seribu keceriaan buat korang semua. Mulakan hari dengan senyuman di awal bulan Julai ini. Rupanya sudah setengah tahun berlalu kan. Aku di sini syukur sihat selalu. Cuma keterbatasan masa untuk mengemaskini blog ini saja yang memisahkan aku dengan pembaca dan subscriber blog ini. Minggu lepas aku tak sempat nak kemaskini akaun Nuffnang aku, jadi hari ini aku curi sedikit masa untuk mengemaskini apa yang patut. Manalah tau dapat Buffered Earning baru kan. Jom... :)

Saturday, July 2, 2011

Ceria bersama keluarga..

Gambar di atas adalah kenangan semasa menghadiri majlis perkahwinan kakak sepupu aku.. Pemilik blog ini sekarang semakin banyak bergambar pula ya..hehe.. Jangan risau, walaupun aku kini jarang berblogging, aku masih sihat walafiat di sini bersama dengan keluarga tersayang. Aku harapkan korang juga sama keadaannya di sana tidak kira di mana korang berada. Terima kasih kepada yang menghantar email, mesej di facebook dan jugak Gtalk. Aku sangat hargai perhatian yang korang berikan. Tentang kotak Cbox yang ada di sidebar blog ini, belum rasa nak unlock lagi. :)
Gambar : Bersama nenek kesayangan sebelah Mummy, adik pertama dan kedua, kakak sepupu dan anaknya, dan yang pakai tudung tu anak buah aku. Jangan terkejut ya, keluarga kami satu Malaysia, berlainan agama pun persaudaraan takkan terputus. Tema pakaian pada hari itu adalah ungu. I Like! :)


Artikel Sebelumnya: Bahasa kehancuran...

Friday, July 1, 2011

Bahasa kehancuran...

Kata pepatah orang dulu-dulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Pernahkan korang terkeluar bahasa atau ayat yang korang tak nak sebut kepada orang lain. Kalau nak cakap pun, cakap dalam hati pun dah cukup asal jangan terkeluar dari mulut. Pernah? Pernah kan. :) Semua kita pun pernah. Banyak kali, kita mengeluarkan ayat-ayat cinta yang membuatkan orang yang mendengar rasa terkilan dan berjauh hati. Ibubapa, adik-beradik, pakcik, makcik, saudara mara, bos, pekerja, kawan-kawan dan orang lain. Kata-kata itu lebih tajam menusuk ke hati daripada luka terhiris benda tajam pada tubuh badan kita. Sebabnya, luka pada tubuh boleh sembuh, tapi luka di hati akan kekal ada. Kadang kala kita sifatkan bahasa yang menyakitkan hati ini sebagai satu bantuan. Tetapi bahasa yang kita tuturkan itu juga boleh menjadi satu batu sandungan kepada yang mendengar perkataan kita itu. Ok, bahasa kehancuran macam melampau pula kan, kita ubah kepada bahasa kritikan. Sebelum kita mengkritik seseorang, periksa motif kita terlebih dahulu, adakah kritikan kita itu membangunkan ataupun menjatuhkan motivasi seseorang. Anjakan paradigma, letakkan diri kita di tempat orang yang dikritik, baru kita tahu apa dan bagaimana rasanya bila dikritik.. Kritikan itu penting dan perlu jika kena pada tempatnya, masanya dan orangnya...

p/s: Julai sudah tiba.. Salam sayang dari aku di Bluedianthus Dot Com, semoga hujung minggu ini korang sentiasa bergembira bersama dengan keluarga tersayang.. :)

Artikel Sebelumnya: Dunia Luar Talian

Related Posts with Thumbnails