LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Tuesday, May 31, 2011

Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan

Jangan betulkan laptop korang kerana tajuk entri kali ini memang ditulis sendiri oleh pemilik Bluedianthus Dot Com. Ianya ditulis dalam bahasa Dusun, iaitu kaum yang terbesar di Sabah. Setiap 30 dan 31 Mei, suku kaum Dusun dan Kadazan di Sabah akan menyambut Pesta Kaamatan (Menuai) sebagai tanda terima kasih atas berkat dan makanan yang ada. Aku gembira kerana sambutan ini sudah pun boleh diterima di peringkat kebangsaan. Ikhlas dari aku, Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan yang bermaksud, selamat menyambut pesta Kaamatan. Entah siapalah wanita yang akan ditabalkan sebagai Unduk Ngadau (ratu cantik) tahun 2011 ini. Gambar yang aku pilih kat atas ini adalah calon favorite aku untuk meraih gelaran Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah untuk tahun 2011 ini. Cantik kan.. Tapi kalau korang nak tengok calon-calon lain yang bertanding bolehlah tengok kat laman web KauluanExpress.. Semuanya cantik-cantik belaka, kalau aku masuk bertanding pun memang tak dapat la, ketinggian tak mencukupi. hehe..:)

p/s: Masa ini mungkin aku sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu.. :)

Artikel Sebelumnya: HIDUP SEORANG BLOGGER: Teringat-ingat

Monday, May 30, 2011

HIDUP SEORANG BLOGGER: Teringat-ingat

Masa ini tentu aku sedang mengemaskan barang-barang untuk pulang semula ke Kota Kinabalu. Imaginasi waktu nak tulis artikel ni memang susah juga nak menjelma di fikiran. Sebab aku tengah membayangkan keadaan aku sebelum aku melalui hari itu di entri ini 3 hari dari sekarang (pada waktu aku menulis entri ini masih 29Mei lagi). Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau masih panjang umur, aku akan wujud semula di dunia online. Kalau tidak, aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kalau aku ada tersilap atau terkasar bahasa dengan korang semua. Seandainya masih ada esok untuk aku, kita akan berjumpa semula di di dunia online pada selasa malam ataupun keesokan harinya. Hmm..itu pun kalau aku larat nak online la. Macam la lama sangat aku tak online kan.. Tulah, bila dunia blogging menjadi sebahagian daripada Hidup Seorang Blogger, macam tu la..sentiasa teringat-ingat akan blognya. Blog paling aku rindu, blog Bluedianthus Dot Com inilah.. Lagi satu, aku rindu nak baca-baca komen korang juga, rindu nak tanya khabar korang dan yang sewaktu dengannya :)

p/s: Sudah tentu, aku akan ada sindrom homesick juga. I miss you so much my dear family...

Artikel Sebelumnya: Apa khabar earning Adsense?

Apa khabar earning Adsense?

Hari ini dah hari Isnin, entri ini masih lagi diterbitkan secara autopublish, jadi jangan hairan kalau ada komen korang yang belum dipaparkan di entri sebelumnya ya. Rajin betul aku mengemaskini blog ini walaupun aku berada beratus-ratus batu jauhnya dari rumah dan berjuta-juta batu dari dunia online. Aku harap entri ini diterbitkan mengikut jadual yang telah aku tetapkan. Kecualilah kalau blogger.com ini ada masalah lagi, ataupun aku yang tersalah set masa untuk entri ini diterbitkan.. Oklah, oleh sebab aku tak dapat nak mengemaskini akaun Nuffnang aku seperti biasa pada hari Isnin ini, aku hanya ingin berkongsi earning Adsense aku setakat ini. Kalau nak tahu adakah aku telah melepasi minimum bayaran Google Adsense untuk kali pertama, bolehlah klik baca selanjutnya ya.. 

Sunday, May 29, 2011

Bersyukur apa adanya dirimu..

Ketika korang sedang membaca entri ini, aku mungkin sudah berada di kawasan pedalaman dengan selamatnya, mudah-mudahan. Kalau masa sekarang ni mungkin aku dah tidur la kot. Kawasan pedalaman ini adalah di bahagian Keningau, Sabah dan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk sampai. Kampung Katalirus, ya, itulah nama kampung tempat aku tidur untuk 2 hari ini. Untuk pengetahuan, sepanjang 3 jam perjalanan, tidak ada satu pun kawasan jalan raya yang berturap. Dulu masa pertama kali aku ke kampung, kereta Hilux pun tersekat sebab masa tu musim hujan, kereta kecil memang akan berkubur kalau melalui kawasan tersebut.Pengalaman aku tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman seperti kg. Katalirus mengajar aku bersyukur dengan apa yang aku miliki pada hari ini. Bersyukur kerana aku tidak tercicir dari arus pembangunan dan menikmati tahap pelajaran yang baik. Nak tahu sesuatu, budak-budak perempuan kat sana, kalau dah akil baligh ataupun berusia 13 tahun ke atas akan dikahwinkan oleh ibubapa mereka. Dalam usia semuda itu, aku rasa mereka tidak akan mampu survive. Kedatangan rombongan kami pada kali ini sebahagiannya adalah untuk memberi pendedahan dan berbincang kepada ibubapa di sana pentingnya pendidikan untuk mengubah taraf hidup di samping memberikan sedikit pertolongan kepada kanak-kanak di sana dari segi pelajaran. Semoga dengan sedikit bantuan ini akan memberikan mereka semangat untuk terus mengubah nasib hidup mereka Mudah-mudahan. :)

p/s: Gambar ni bukan kat kampung Katalirus ya, tapi ini masa aku bersama-sama dengan kanak-kanak di pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu, masa tu ada piknik. Jumpa muka aku tak? Yang paling hujung sebelah kiri, muka tak nampak sepenuhnya..hehe..

Artikel Sebelumnya: Motivasi untuk berblogging

Motivasi dalam berblogging

Dalam semua perkara memerlukan sesuatu yang kita namakan sebagai booster atau pemangkin. Sesuatu itu dipanggil MOTIVASI. Kadangkala motivasi itu tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata sahaja. Ianya juga memerlukan sesuatu yang konkrit dan boleh dilihat. Motivasi juga mampu membuatkan seseorang itu berusaha menjadikan sesuatu yang dipercayainya boleh menjadi kenyataan. Begitu juga dengan aku. Aku sudah lama membaca, dan aku tidak mahu hanya kekal sebagai pembaca sahaja. Aku ingin menjadi seorang yang mengalami perasaan itu juga.

Saturday, May 28, 2011

Bluedianthus mengundur diri seketika..

Sekadar pemberitahuan, esok (29 Mei) aku akan ke suatu tempat di mana tidak ada kemudahan elektrik mahupun isyarat telefon. Maksudnya aku akan terputus hubungan terus dengan dunia teknologi dan telekomunikasi. Ini adalah kali kedua aku akan ke sana. Buat apa ke sana? Ada misi kebajikan yang perlu aku jalankan. Ianya melibatkan sejumlah besar kanak-kanak yang tergelincir daripada arus pendidikan dan kemajuan kerana salah satu faktornya adalah kedudukannya yang jauh di pedalaman. Nak update status terkini melalui twitter pun memang tak dapat la, tapi selagi ada isyarat telefon aku akan terus update melalui twitter, sampai la isyarat telefon tu dah tak ada..hehe.. Kalau nak tahu perkembangan aku boleh je follow twiiter bluedianthus. Kemaskini twitter menggunakan medium bahasa Inggeris, senang nak buat short form 140 aksara. Puasa sekejap dari dunia online. Aku harap ada juga sebahagian dari korang yang akan merindui penulisan aku, ada? Tak ada, it's okay.. Aku ada sediakan beberapa entri autopublish. Kalau hosting blogger ni tak ada masalah, entri tersebut akan diterbitkan seperti yang telah dijadualkan. Alert untuk entri terbaru di email subscribers blog ini aku setkan pada masa perdana (9malam). Mungkin ada juga alert yang lambat sampai ke kotak email korang. Doakan aku selamat pergi dan balik Selasa ini (31 Mei). Salam sayang dari aku dan Bluedianthus Dot Com untuk semua pembaca, kawan-kawan blogger dan subscribers blog ini. Untuk yang sentiasa di hati, aku sayang padamu.. :)


Thursday, May 26, 2011

Lagi-lagi buat duit online, fikir positif!

Mungkin ada yang membaca tajuk entri pada kali ini akan berasa bosan dan menyampah sebab tidak ada lain yang diperkatakan di blog selain cari duit online. Oh tidak, blog Bluedianthus ini tidak hanya akan memberikan informasi mengenai buat duit melalui blog saja. Fikir positif ok. Banyak yang aku kongsikan sebenarnya kalau korang adalah pembaca tegar blog ini. Blog ini adalah blog peribadi dan pemilik blog ini mempunyai kuasa veto untuk bercerita tentang apa saja..hehe.. Tetapi korang tidak akan jumpa entri yang berunsurkan politik, perkauman ataupun keagamaan di sini. Minta maaf banyak-banyak la ya. Lagi satu, korang juga sebenarnya boleh buat request nak aku terbitkan entri yang bagaimana dalam blog ini. Itupun kalau aku rasakan bermanfaat untuk dikongsikan kepada lebih daripada 1K subscribers blog ini.

Wednesday, May 25, 2011

Pakej Usahawan Blog: Sejauh Mana Keberkesanannya

Selamat hari Rabu aku ucapkan untuk semua yang masih lagi setia mengikuti perkembangan blog Bluedianthus Dot Com ini. Hari ini aku akan mempromosikan salah satu lagi produk keluaran saudara Amirul Hafiz, yang telah mencetuskan kontroversi dengan penghasilan produk Teknik Rahsia Nuffnang. Produk ini ada juga dapat respon dari ramai blogger tempatan dah juga blogger otai yang lain. Respon ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Memang asam garam dalam berniaga. Kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Memperkenalkan...Pakej Usahawan Blog.


Monday, May 23, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu keempat Mei 2011

Cepatnya masa berlalu kan. Hari ini dah hari Isnin, semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat. Hari ini aku batuk-batuk dan rasa nak demam balik pula. Ingatkan dah nak baik. Rupanya masih kena teruskan makan ubat. Tapi tak nak layan sangat sakit tu nanti melarat pula jadinya. Lebih baik aku update dulu akaun Nuffnang aku. Sebelum tu, aku nak minta maaf dulu kalau ada jejak kawan-kawan yang tidak aku balas. Komen-komen yang ada pun belum sempat aku balas, malam ini aku kan cuba untuk membalasnya. Terima kasih kerana sudi juga melawat dan membaca entri Bluedianthus Dot Com ini.

Sunday, May 22, 2011

Di kala kita tersenyum..

Di kala kita tersenyum, ada insan lain yang sedang berduka. Di kala kita bergembira, ada insan yang sedang menangis.. Hargailah dan sayangilah keluargamu yang berada di sampingmu ketika ini kerana engkau tidak tahu bila ajal datang menjemput. Takziah aku ucapkan buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tanah runtuh di Hulu Langat. Semoga yang pergi dicucuri rahmat dan semoga yang selamat bersyukur dengan peluang untuk meneruskan kelangsungan kehidupan. Tragedi menyayat hati ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui hikmah di atas semua musibah yang berlaku...


Friday, May 20, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Mei 2011

Salam sejahtera dan selamat hari Jumaat aku ucapkan untuk semua. Pagi ini aku ambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun Nuffnang aku. Sebelum itu, aku ucapkan takziah kepada keluarga seorang blogger, pemilik blog TelorDiBasuh yang baru sahaja meninggal dunia semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Arwah selalu juga singgah di blog ini bertanya khabar. Tidak sangka dalam usia yang begitu muda, dia telah pergi untuk selama-lamanya. Aku lihat di hari-hari terakhirnya, dia banyak mengemaskini blog. Tapi tak perasan pun yang dia sebenarnya sedang sakit.

Wednesday, May 18, 2011

Bluedianthus membawa diri ke mana?

Salam sejahtera aku ucapkan buat semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Hampir seminggu blog ini tidak dikemaskini. Kesibukan hidup mengehadkan masa untuk aku menulis di blog peribadi ini. Ada hal yang lebih penting daripada dunia blogging yang harus diusaikan terlebih dahulu. Selain itu terdapat juga kerja-kerja freelance lain yang aku lakukan. Sekarang ini pun aku baru selesai menghantar tugasan yang telah diamanahkan kepada aku. Mudah-mudahan hasil tangan aku itu memberikan kebaikan buat semua orang.

Beberapa hari yang lepas, dunia blogging memang kecoh dengan masalah yang berlaku kepada Blogger.Com. Entri tiba-tiba hilang, entri retweet banyak kali kat Twitter, nak login akaun blog tak boleh dan macam-macam lagi. Sebenarnya, itulah asam garam dunia Internet. Ada saja sesuatu yang tidak diingini berlaku. Jadi kalau blogger macam kita ni yang menggunakan platform percuma, jangan lupa untuk backup blog setiap hari. Bagi aku, aku suka menggunapakai kedua-dua jenis platform Blogger dan Wordpress sebab kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya masing-masing. Jadi aku akan masih kekal menggunakan medium Blogger ini sebagai hosting percuma kepada custom domain Bluedianthus Dot Com ini.

Beberapa hari lepas itu jugalah, akaun hosting aku berstatus suspended. Aku ada menghantar support ticket untuk meminta penjelasan. Pihak penyedia hosting mengatakan hosting aku diserang oleh Malware. Aku memang tak tahu langsung sebab bila buka blog Wordpress ok tiada apa masalah. Kadang-kadang tawar hati juga nak gunakan Unlimited Domain hosting ni, sebab kalau hosting down, semua blog tak boleh nak access. Tapi terlebih tak logik kalau nak buat 1 hosting untuk 1 domain kan. Bayangkan nak buat 30 blog, maknanya nak kena ada 30 hosting jugak? Aku mesti tak pilih..(nada antagonis tagline Bank Rakyat) Tapi paling penting, customer support penyedia hosting tu memang first class. Thanks WanMus :) Tapi belum sempat aku bagi login access ke hosting dan blog aku, aku tengok semua blog aku dah dikembalikan kepada keadaan normal. So the case is closed. Nanti aku nak balas dengan ucapan terima kasih je untuk feedback kat tiket bantuan mereka tu.

Ok, nanti ada masa aku akan kemaskini lagi blog ini ya. Banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan bersama dengan korang. Apapun, terima kasih kerana masih lagi sudi mendengar khabar berita dari Bluedianthus Dot Com. :)


Thursday, May 12, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Mei 2011 dan Perkembangan Terbaru Nuffnang

Entri ini merupakan entri kedua pada hari Khamis ini. Memang lama tak mengemaskini blog. Kelmarin pun blog ini baru saja pulih daripada serangan Malware. Terima kasih kepada saudara Titan yang memberi peringatan akan kehadiran malware ini. Malware ini datangnya daripada URL banner dan aku telahpun menghubungi pelanggan yang menempah slot iklan banner di blog ini dan masih menanti maklumbalas. Jom kita ke kemaskini akaun Nuffnang dengan pantasnya. :)

Panduan Hamil dan Bayi Sihat Kini Berada di Pasaran!

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Hari ini adalah entri pertama aku dalam minggu kedua Mei. Kemaskini Nuffnang pun belum dibuat. Mungkin malam ini kemaskini ringkas akan diterbitkan. Berikan laluan untuk entri review dulu ya. Review kali ini sangat-sangat berkait rapat dengan iklan Buffered Earning (BE) Mamil Gold yang masih berjalan lancar di blog ini. Ianya merupakan produk sulung seorang usahawan Internet tempatan iaitu Ebook Panduan Hamil dan Bayi Sihat.

Sunday, May 8, 2011

Nian Di Hati

Tiada kata yang dapat aku berikan..
Untuk insan yang sentiasa mendoakan diri ini...
Tiada limpahan kemewahan yang mampu membalas keperibadianmu..
Cinta dan sayangku bukan hanya sehari ini...
Nian yang memancar seri di setiap nafas yang kuhembus..
Jasad yang berdiri di hadapanmu kini..
Lelahmu meruntun pilu di sanubari..
Terima kasih Mummy ku sayang, kerana kasihmu yang tak tertanding oleh banyaknya bintang di langit dan jutaan pasir di bumi..

p/s: Nukilan yang ikhlas dari anakmu yang tak berapa pandai nak mengarang.. Ambil gambar Mummy dan Daddy sebab gambar ni aku suka.. :)

Artikel Sebelumnya: Mesti Cuba: Buat Duit Termudah dengan iPanel Online

Thursday, May 5, 2011

Mesti Cuba: Buat Duit Termudah dengan iPanel Online


Salam sejahtera untuk rakan-rakan blogger, pembaca, pengunjung termasuklah silent reader yang menziarahi Bluedianthus Dot Com. Masa untuk aku mengemaskini blog semakin hari semakin terhad. Walau bagaimanapun aku masih akan cuba untuk memberi serba sedikit input kepada pembaca blog ini. Sahabat siber yang banyak mengajar aku selok belok dunia online, saudara Mohd Amin (aku biasa panggil AJ je..hehe..) telah pun mengeluarkan ebook PERCUMA sekali lagi iaitu Panduan Buat Duit Termudah dengan iPanel Online. Mungkin ada yang telah mengetahui akan buat duit online melalui program iPanel ini. Aku rasa berbesar hati bila ditawarkan untuk membaca draf ebook ini sebelum ianya dilancarkan. Untuk menghasilkan sebuah ebook yang berkualiti, wang, masa dan tenaga diperlukan. AJ ni selalu over deliver dalam ebook percumanya. Sama macam ebook terdahulunya tentang domain dan hosting percuma. Bagi yang belum tahu, aku rasa korang patut cuba program buat duit ni. Semuanya ada diterangkan di dalam ebook Panduan Buat Duit Termudah iPanel Online ni. Yang rajin membaca tu memang kelebihan buat korang la.. :)

p/s: Aku tidak menerima sebarang komisyen untuk review ringkas ini...malah review ini tidak berbayar pun, jangan risau. Malah korang yang akan dapat duit kalau dah cuba program buat duit ni. Kalau dah masyuk bolehlah belanja aku aiskrim drumstick 1, hehe.. :)


Tuesday, May 3, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu pertama Mei 2011

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Cepatnya masa berlalu, sekarang dah masuk bulan Mei ni. Hari ini hujan di Kota Kinabalu. Banyak kerja yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Jadi semalam aku tidak sempat membalas sebarang jejak dan juga meninggalkan komen di blog korang. Minta maaf ya. Hari ni kemaskini Nuffnang pun akan dibuat dengan ringkas sahaja. Masih terdapat Buffered Earning (BE) ke-49 dan 50 di blog ini iaitu Hypp TV Bloggers' Party dan Mamil Gold. Tapi iklan Hypp TV Bloggers' Party dah lama tak keluar. Mungkin tak lama nak jadi Metered Earning la tu kan. Terima kasih selalu Nuffnang. Sedikit kisah mengenai pihak Nuffnang, ofis Nuffnang telah pun berubah wajah. Nampak santai je ofis mereka kan. Nuffnang kini sedang mencari pekerja untuk team mereka, sesiapa yang dah tak nak jadi blogger tapi nak kerja secara rasmi kat ofis Nuffnang, bolehlah cuba menghantar resume. Pastikan juga korang ni status kewarganegaraan ok. :)
Terima kasih selalu Nuffnang!
 
p/s: Sesiapa yang perasan, Blogger.Com juga telah dinaiktaraf! :)


Monday, May 2, 2011

HIDUP SEORANG BLOGGER: Memerhati sekeliling...

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Banyak hal yang berlaku di dunia siber sepanjang aku tidak menulis ini. Antaranya ialah mengenai perkahwinan ala-ala fairy tale Putera Wlliam dan Kate Middleton 29 April 2011 yang lalu. Tahniah aku ucapkan untuk mereka dan semoga bahagia ke akhir hayat. Aku tidak akan membincangkan mengenai hal itu kerana sudah banyak blog yang menerbitkan entri tersebut. Saja letak gambar close-up wajah Kate Middleton dengan calitan make-up semulajadi. Natural gitu. Aku LIKE banyak kali..hehe.. Selain itu, terdapat juga berita mengenai kejayaan Chong Wei menewaskan Peter Gade dalam kejohanan badminton baru-baru ni. Tahniah juga aku ucapkan. Selamat Hari Pekerja untuk semua. Setiap orang pun merupakan pekerja walaupun seorang bayi berusia seminggu, sebulan ataupun setahun. Kerjanya, mereka kena terus berjuang untuk hidup. :) Kadangkala, hidup aku sebagai seorang blogger lebih suka memerhati daripada menulis, lebih banyak membaca dari mengeluarkan idea. Tapi, keadaan ini perlulah saling bertindakbalas.Perkongsian juga perlu dibuat. Hidup ini untuk memberi dan bukan menerima saja, bukan? Ini yang aku suka tentang hidup seorang blogger. Berkongsi rasa dan pendapat.

p/s: Terima kasih untuk jumlah subscribers yang cantik, 1111! Aku hargai segala sokongan yang ada terhadap blog ini. Sungguh ku terharu... :)


Related Posts with Thumbnails