LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Wednesday, April 27, 2011

Bluedianthus Menang Produk Niche Blogging Bernilai RM90!

Ok, terima kasih kerana dengan pantas membuka entri ini pada kali ini. Sesiapa saja yang bergelar blogger pastinya akan teruja dan tertanya-tanya produk niche blogging sebegini yang dijual taklah mahal sangat, tapi tak juga terlalu murah untuk dibeli. Tak mengapa, simpan dulu persoalan korang tu ya. Diringkaskan cerita aku telah menyertai cabaran di WangCyber iaitu Komen dan Menang Pakej Kuasa Innity dan seramai 14 orang telah menyertainya. Memang tak sangka boleh menang  tempat ke-2 sebab ramai otai bagi komen kat sana. Secara ringkasnya, produk ini adalah pengalaman seorang anak muda berusia 24 tahun yang telah berjaya memaksa pihak Innity iaitu sebuah lagi komuniti pengiklanan membayarnya sehingga RM5,756.69 sebulan dengan menggunakan satu blog sahaja. Oh, mesti ada rahsianya yang perlu aku korek habis-habisan.  Case Study sebegini memang aku nanti-nantikan. Nak tunggu aku review Pakej Kuasa Innity ni kat sini boleh juga, tapi aku takut korang terlepas sebab produk ini tawaran jualannya adalah terhad. Biasalah rahsia besar mana boleh dijual lama-lama. Adakah blog ini akan beralih kasih daripada Nuffnang ke Innity? Mungkin tidak. Aku akan "bangun" dengan blog baru yang dikuasakan oleh Innity. Yosh... Dapatkan Pakej Kuasa Innity versi Time Sensitive sebelum terlambat sekarang. :)

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang minggu keempat April 2011 dan perkongsian Adsense

Tuesday, April 26, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu keempat April 2011 dan perkongsian Adsense

Salam sejahtera dan salam seantero dunia aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga kehadiran hari Selasa yang ke sekian kali ini memberi tenaga yang luar biasa untuk semua dalam menjalani kehidupan seharian. Hari ini kesihatan aku sudah bertambah pulih seperti biasa dan terima kasih kepada kawan-kawan siber yang mendoakan dan memberi ucapan yang menyenangkan jiwa.  Really appreciate that. Baiklah, kita terus ke tujuan utama entri ini diterbitkan..:)

Monday, April 25, 2011

Merenung kesilapan diri..

Kadang-kadang, kita berasa sesuatu tindakan kita itu sudah betul di mata kita. Kadang-kadang sesuatu yang kita lakukan itu kita fikir sudah memadai. Rasa macam perkara yang kita lakukan itu wajar dan perlu dilakukan. Kita berfikir itulah langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku di depan mata kita. Bila kita pasti kaedah itu berkesan, kita pun terus mengulang-ulang perkara yang sama dengan harapan kaedah yang kita gunakan itu akan memberikan hasil yang sepatutnya.. Malangnya, kita tersilap percaturan.. Namun, selagi ada masa untuk memperbaiki kesilapan, cubalah untuk menyelesaikan segala masalah yang ada dengan logik dan rasional. Tidak ada istilah terlambat dalam proses pembelajaran.

p/s: Entri ringkas pembuka bicara di hari Isnin.Hari ni rasa nak demam pula. Kemaskini Nuffnang ditunda.. Apapun, mood positif perlu diteruskan.. Motivasi perlu dijana setiap hari. Salam kejayaan untuk semua pembaca dan pelawat blog Bluedianthus Dot Com. :)

Artikel Sebelumnya: MicroWorkers benar-benar membayar!

Thursday, April 21, 2011

MicroWorkers benar-benar membayar!

Minta maaf sebab ada komen belum berbalas. Ada juga URL yang aku edit (terutamanya di bahagian "My recent post") sebab ingin mengelakkan keywords yang tidak baik datang ke blog ini. Ada di antara tajuk entri terbaru yang tidak berapa elok untuk dibaca. Dan ini aku tidak mahu ada keyword sebegini ada di blog Bluedianthus Dot Com. Bukan aku menghalang korang meletakkan URL entri terbaru korang, tetapi kalau tidak bersesuaian aku akan moderate terlebih dahulu. Jangan risau, URL korang aku takkan padam terus, paling kurang pun aku gantikan URL entri terbaru (permalink) dengan URL blog korang. Jadi, pembinaan backlink korang masih terjaga, jangan risau.. :)

HIDUP SEORANG BLOGGER: Susah sangat update blog?

Sebagai seorang blogger, tentunya kita mempunyai masa tertentu di mana kita rasa tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemaskini blog. Semua blogger juga confirm mengalami situasi seperti yang sedang aku alami sekarang ini. Blogger part-time menghadapi situasi kekurangan masa untuk mengemaskini entri di dalam blog mereka. Lainlah kalau blogger full-time yang perlu komited kepada pengemaskinian blog kerana blog-blog yang ada adalah punca rezeki.

Monday, April 18, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga April 2011

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog yang masih setia mengunjungi blog ini. Masih dalam mood mengembalikan semangat memulakan hari baru. Apapun, hidup kenalah sentiasa berfikiran positif tetapi realistik, ini kata-kata Donald Trump. :) Ok, ringkas saja kemaskini akaun Nuffnang hari ini. Ringkasnya, masih ada 1 lagi Buffered Earning masih berjalan iaitu di bahagian Large Rectangle (LR). Tapi aku rasa esok akan tukar ke metered earning, sebab 19haribulan April 2011 ini Justin Bieber dah buat persembahan pembukaan di Singapura. Apapun, earning masih mampu mencapai 2 angka, syukur. Terdapat juga penambahan dari segi CPC. Jujur aku katakan, blog ini jarang mendapat klik melalui iklan CPC. Boleh dikatakan blog ini bergantung 80% kepada BE untuk mendapatkan earning.  Nak tunggu advertorial dari Nuffnang rasanya takkan ada dalam masa terdekat. Apapun, terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memberikan BE kepada blog ini. Aku akan terus berblogging seperti biasa. Semoga earning korang juga masyuk-masyuk belaka tak kisahlah dengan Nuffnang, Innity, 701Panduan, ManggaAds, Advertlets, banyak lagi la.hehe.. Mudah-mudahan.. :)
BE ke-48 masih berjalan!
p/s: Siapa yang dah join KOLONY? Aku dah join, tapi tak faham sangat..masih mentelaah.. :)


Sunday, April 17, 2011

Hujung minggu dan lelah keriangan


Aku baru saja balik dari lawatan ke Kg. Lima, Nabawan yang terletak kira-kira 66kilometer dari daerah Keningau. Perjalanan dari Keningau kembali ke Kota Kinabalu (KK) adalah lebih kurang 110kilometer. Sampai pukul 6, bertolak balik ke KK pukul 11 setengah. Sampai rumah pukul 4pagi. Penat tak terkata. Pukul 9pagi dah kena bangun awal untuk aktiviti di gereja. Tapi penat terus hilang, bila aku dapat surprise...

Thursday, April 14, 2011

Komik Niaga Edisi 4 Sudah Terbit!

Salam sejahtera dan salam semuanya. Terima kasih di atas ucapan terima kasih yang berduyun tiba di Facebook:Warnnie dan juga untuk ucapan mesra daripada warga WangCyber yang sporting. Terasa kehadiran diri ini begitu dihargai korang semua. Walaupun berada di dunia online dan tidak pernah bersua, persahabatan itu tetap ada. Tak terbalas ucapan-ucapan yang ada. Terima kasih, terima kasih, terima kasih semuanya.. :)

Baiklah, suka aku mengumumkan kepada pembaca blog aku tentang Komik Niaga yang baru saja diterbitkan hari ini. Komik Niaga kali ini memperkenalkan seorang lagi otai dalam bidang IM iaitu saudara Rahman Basri yang telah berjaya menjana pendapatan puluhan ribu melalui affiliate. Affiliate dalam bahasa mudah kita menjual produk orang lain, dan bila terjual kita akan mendapat komisyen hasil promosi kita itu. Rasa teruja bila edisi 4 kali ini diterbitkan di hari kelahiran aku..hehe

Aku yakin blogger seperti aku dan korang juga menjadi menyertai affiliate untuk beberapa produk tidak kira keluaran tempatan atau luar negara. Inilah masanya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan teknik affiliate yang betul dalam menjana wang sampingan dari Internet. Jangan lupa juga sertai pertandingan komen terbaik selama 7 hari di Facebook: KomikNiaga sehingga 20 April 2011 ini. Korang boleh lihat preview kandungan KomikNiaga Edisi 4 ini terlebih dahulu.


Artikel Sebelumnya: Selamat Harijadi Untuk Insan Bernama Warnnie Musah

Wednesday, April 13, 2011

Selamat Harijadi Untuk Insan Bernama Warnnie Musah

Happy Birthday To Me..I'm getting older..
Siapa-siapa nak wish, wish terus kat Facebook : Warnnie

p/s: Saja nak letakkan gambar pemilik blog Bluedianthus Dot Com ini, semoga korang kenal wajah ini. Kalau jumpa kat mana-mana, jangan lupa tegur ok.. :)


Tuesday, April 12, 2011

Lagi Cerita Bluedianthus Bertukar Link

Mungkin ramai yang tidak sedar aku ada meletakkan satu tab di bawah header blog ini iaitu bahagian "Backlinks". Aku tidak ada membuat entri khas tentang kewujudan bahagian ini. Kerana masih ada lagi bahagian yang belum berfungsi sepenuhnya dan masih dalam proses kemaskini. Kalau ada yang berminat boleh je bertukar link dengan Bluedianthus Dot Com.

Monday, April 11, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua April 2011

Salam hari Isnin aku ucapkan kepada pembaca blog ini. Semoga korang semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Syukur, batuk aku dah beransur pulih. Kepada korang semua, jangan abaikan sakit walau sekecil manapun kerana ia akan melarat kalau tidak diambil kisah. Hari Isnin seperti biasa aku mengemaskini akaun Nuffnang. Secara ringkasnya, tidak ada Buffered Earning(BE) yang baru diterima blog ini. Cuma BE ke-48 iaitu Digi- Justin Bieber masih berjalan di blog ini dan sedikit pertambahan earning untuk CPC.

Saturday, April 9, 2011

Dapat buku dari Wishlist

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Kebelakangan ini aku tidak berapa sihat. Sering batuk-batuk dan selesema. Keadaan cuaca yang semakin tidak menentu mungkin merupakan satu sebab kualiti kesihatan terjejas. Dah la selalu tidur lewat. Mudah-mudahan aku akan sihat sebelum hari Isnin bermula, doakanlah kesejahteraan aku di negeri bawah bayu ini ya. :)

Wednesday, April 6, 2011

Bagaimana Blog Tersenarai Top 100 Technorati?

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga Rabu ini memberikan keceriaan berganda untuk semua. Hari ini hujan sepanjang hari di Kota Kinabalu. Kali ini aku akan memberikan sedikit perkongsian bagaimana sesebuah blog itu boleh tersenarai dalam top 100 Technorati. Ini adalah mengikut pengalaman aku dan mungkin juga perkongsian ini berbeza dengan pengalaman blogger yang lain.

Monday, April 4, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu pertama April 2011

Salam sejahtera dan salam seantero dunia aku ucapkan kepada pembaca dan juga sesiapa saja yang datang ke blog ini. Semalam aku tidak sempat mengemaskini entri dan jadilah 2 entri juga yang sempat aku kemaskini pada minggu lepas sama seperti minggu sebelumnya. Apapun terima kasih kerana sudi datang dan datang lagi bertandang di blog ini. Seperti biasa, entri hari Isnin meringankan sedikit otak aku untuk mencari idea, hanya kemaskini akaun Nuffnang dan aku sudah mendapat satu entri untuk ditulis. :)

BE ke-48 masih berjalan. Terima kasih Nuffnang

Ringkas saja entri untuk kemaskini hari ini kerana tidak ada banyak yang berubah, kecuali 2 Buffered Earning (BE) iaitu BE ke-46 dan 47 sudahpun bertukar menjadi metered earning. Tinggallah 1 lagi BE ke-48 yang tinggal iaitu DiGi - Justin Bieber di bahagian Large Rectangle (LR). Semoga korang juga masyuk-masyuk belaka, tak kiralah apapun syarikat pengiklanan yang korang pilih untuk menjana pendapatan melalui blog. Blogging itu indah.. :)

p/s: Cepat sungguh masa berlalu...dah bulan April..

Artikel Sebelumnya: Permainan Domain?

Friday, April 1, 2011

Permainan Domain?

Sesibuk mana pun keadaan...aku masih sempat meluangkan masa menjenguk dan membaca blog-blog yang menarik perhatian aku. Tidak lupa juga aku menjadi silent reader di universiti maya aku yang sudah pun mempunyai logo yang baru untuk tahun 2011 ini. Tahniah aku ucapkan untuk tuan Shuth yang sibuk maintain forum yang best tu. Apa yang tak bestnya hari ini ialah aku dapat email dari Namecheap.Com tentang Bob Parsons, CEO GoDaddy.Com tembak gajah di Afrika. Setahu aku, gajah-gajah di Afrika tu ialah haiwan lindungan dan tak boleh dibunuh sesuka hati. 
Related Posts with Thumbnails