LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Monday, February 28, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu terakhir Februari 2011 dan perkongsian Adsense

Minggu terakhir di bulan Februari 2011, cepat sungguh masa berlalu kan. Semoga hari ini aku dan semua yang menjadi pembaca blog ini, yang baru saja terjumpa blog ini sihat walafiat hendaknya. Hari ini aku mengambil sedikit masa untuk mengemaskini blog aku yang bakal berusia 2 tahun pada 11 Mac ini. Hari ini juga merupakan masa untuk aku mengemaskini akaun Nuffnang aku. Entri ini hanyalah merupakan rujukan untuk aku di masa hadapan, dan juga sebagai motivasi diri untuk terus berblogging. :)

Saturday, February 26, 2011

Cara Bluedianthus memberikan review

Salam hujung minggu aku ucapkan kepada semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat di samping keluarga yang tersayang. Hari ini aktiviti aku memang banyak dihabiskan di kampung. Dah balik rumah ini, banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Hari ni tak online sangat , sebab ada kerja lain nak buat, iaitu menulis review buku Alan Tan. Terlebih dahulu, aku menulis review tersebut di atas kertas. Aku tidak terus menaip kerana, aku rasa aku lebih suka menconteng di atas kertas terlebih dahulu. Mungkin kerana idea untuk memperbaiki lagi penulisan aku akan muncul tiba-tiba, dapatlah menconteng sesuka hati..hehe.. Sama saja apabila aku mendapat tawaran untuk memberikan review berbayar ataupun tidak, aku akan melakukan benda yang sama. Oh, terbongkar sudah rahsia Bluedianthus menulis review..:)

p/s: Sebenarnya tak ada rahsia pun..aku yakin ramai yang suka conteng menconteng ni. Cuma menulis menggunakan tulisan pena aku anggap mempunyai kesan sentimental dalam diri sendiri. Salam sayang dan salam berhujung minggu untuk semua pembaca blog ini. Untuk Alan Tan, nantikan email dari saya. Amboi, formalnya.. :)


Thursday, February 24, 2011

Teknik Rahsia Nuffnang telah dilancarkan


Selalunya aku tidak akan memberikan review untuk produk-produk, tidak kira samada produk digital atau fizikal yang ada sekiranya aku belum mencuba sendiri apa yang perlu dilakukan. Paling tidak pun aku akan cuba untuk memahami dengan lebih dalam sebelum menyampaikan sesuatu maklumat yang bakal dibaca oleh pembaca blog ini. Walaupun review itu kadang-kala bersifat menegur sedikit kelemahan yang ada pada produk, tetapi ianya sangat digemari oleh pemilik produk, mengapa? Kerana dari situ mereka belajar untuk memperbaiki lagi produk yang mereka hasilkan.  

Tuesday, February 22, 2011

Kemaskini Tertunda Nuffnang minggu ketiga Februari 2011

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog Bluedianthus yang masih setia bersama dengan blog ini walaupun sudah 3 hari tidak dikemaskini.  Semoga semuanya masih bersemangat untuk meneruskan hidup dan menghadapi cabaran yang silih berganti. Kuatkan hati dan jangan takut. Ada tuntutan tugas lain yang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Selain itu, aku juga sibuk membaca buku yang dinanti. Aku sudahpun habis membaca buku ini dan ternyata pengisian buku ini memang original dan proven.Nantikan reviewnya sedikit masa lagi.

Saturday, February 19, 2011

"Sekali sekala, pandanglah ke belakang..."

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga hari ini lebih bertenaga dan ceria untuk aku dan korang semua. Sekarang ini aku berada di kampung halaman Daddy bersama dengan kelajuan Celcom Broadband yang walaupun agak lambat, tetapi masih bersyukur kerana masih boleh mendapat akses Internet (thanks to technology). Rasa lebih aman dan udaranya pun lebih segar seperti waktu zaman usia aku masih boleh dihitung menggunakan 10 jari sahaja. Oh, how I miss my childhood memories. Manusia...

Thursday, February 17, 2011

Kedatangan Pos Ekspres yang dinanti

Salam sejahtera kepada pembaca blog Bluedianthus ini sekalian.entri kali ini agak ringkas dan sekadar memberitahu kerana pada entri yang lain ada kaitannya dengan Pos Ekspres ini.Ya, kerana aku baru saja menerima sebuah buku yang tidak sabar-sabar untuk aku membacanya. Tidak lupa aku nak ucapkan terima kasih kepada Daddy aku yang bersusah payah untuk ke Pejabat Pos Tuaran untuk mengambil Pos Ekspres ini. Sayang Daddy..hehe..Apa yang paling penting, buku ini mempunyai nilai sentimennya sendiri, kenapa ya? Semuanya kerana ini...

Wednesday, February 16, 2011

Benarkah pemilihan domain sangat penting?

Konsep domain* sememangnya dominan bagi para blogger ataupun pemilik website. Tidak kira samada domain itu percuma ataupun berbayar, domain itu masih lagi merupakan salah satu kriteria yang membolehkan sesebuah domain itu dikenali.

Monday, February 14, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Februari 2011

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Aku harapkan agar semuanya berada dalam keadaan selamat sejahtera. 2 hari aku tidak mengemaskini blog ini, selama 2 hari itulah aku tidak berkesempatan untuk berada di dunia siber kerana menghadiri Pesta Ang Pow anjuran Universiti Malaysia Sabah di mana adik aku turut terlibat sama dalam aktiviti tersebut. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pihak Nuffnang, semoga makin berjaya dan bertambah rezeki di tahun arnab ini, Selain itu aku juga sibuk dengan tugas utama dan kerja freelance.

Friday, February 11, 2011

Hadiah Dari Hati..

 Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali dalam blog aku yang semakin jarang dikemaskini. Namun masih boleh dimaafkan kerana aku masih lagi berusaha untuk mengemaskini entri di blog ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Blog bahasa Inggeris pun masih belum dikemaskini, begitu juga dengan beberapa blog niche yang lain. Satu lagi blog aku menghadapi masalah disebabkan oleh blog bahasa Inggeris yang baru saja pulih baru-baru ini. Nampaknya aku salah addon domain ni.. Tak mengapalah, semuanya merupakan proses pembelajaran yang menyeronokkan untuk aku.

Thursday, February 10, 2011

BestTopup Dot Com, Perniagaan yang Takkan Tepu!

Salam sejahtera dan selamat hari Khamis aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Seperti yang telah aku janjikan di entri aku Isnin lepas, hari ini aku akan memberikan review mengenai sebuah lagi perniagaan yang pasti tidak akan tepu di pasaran.

Monday, February 7, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu pertama Februari 2011

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Sambil menunggu kesesakan lalulintas reda, aku meringankan jari untuk mengemaskini akaun Nuffnang aku untuk minggu pertama di bulan Februari 2011 ini. Cepat sungguh masa berlalu kan, rasanya baru semalam laungan Happy New Year 2011 kedengaran.  Raya cina pun dah berlalu. Hmmm..tidak ada buffered earning (BE) yang baru yang singgah di blog ini.  BE ke-42 telah pun menjadi metered earning (ME). Entri kali ini pun singkat je. Bagi peluang untuk kawan-kawan blogger lain pula merasa BE ni. Terima kasih kepada Nuffnang kerana sejak mendapat BE yang pertama, setiap bulan mesti akan ada saja BE yang datang bertandang di blog ini.Yang pasti, blogging itu indah.. :)
p/s: Aku perasan ada sedikit masalah coding yang berlaku pada iklan Nuffnang seperti deadlock dan kadang-kadang system down, mudah-mudahan masalah ini akan dapat diatasi segera oleh pihak Nuffnang.
Artikel Sebelumnya: Musim cuti sudah habis...

Sunday, February 6, 2011

Musim cuti sudah habis..

Musim cuti dan cuti hujung minggu dah habis. Semoga lepas ni aku dan korang semua lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Pantas sungguh masa berlalu kan. Kini kita sudah pun masuk di bulan Februari. Happy Holiday is gone dan sekarang masa untuk mengerahkan tenaga dan minda. Tak kiralah dalam apa bidang pun yang kita ceburi. Jangan lupa review terbaru yang akan diterbitkan di blog ini sedikit masa lagi.

Friday, February 4, 2011

Preview Rahsia Nuffnang : Miliki Hadiah Lumayan di Cabaran Tonton & Menang!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua yang masih sudi datang berkunjung di blog Bluedianthus Dot Com. Musim cuti raya cina ini memberikan aku sedikit ruang untuk mengemaskini blog pada hari ini. Kali ini aku akan berkongsi sedikit preview ringkas mengenai 3 video khas yang telah pun dihantarkan ke email  aku daripada pemilk RahsiaNuffnang.Com, iaitu saudara Amirul Hafiz, anak kelahiran Sarawak yang bakal muncul dengan produk terbarunya pada 19 Februari ini.

Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011 Dari Bluedianthus Dot Com

Selamat Tahun Baru Cina 2011 kepada rakan-rakan blogger dan semua yang menyambut perayaan ini. Semoga kedatangan tahun arnah pada tahun ini membawa tuah dan rezeki yang murah buat korang semua.  Luangkanlah masa untuk keluarga yang tersayang.Tak lupa aku nak sebutkan beberapa nama kawan-kawan aku yang sentiasa aku ingat hingga sekarang, Fong Jian Key, Yong Siok Nee, Ku Chin Fen, Nellie Lim, Peter Tang, Angela, Siau Tze Vui, Siew Win, auntie Annie, dan ramai lagi. Tak dapat nak habiskan semua nama-nama yang ada...hehe.. Aku rindu dengan korang semua. Entah apalah khabar korang di sana. I miss you all guys ... :)

p/s: Ucapan ringkas dari kampung.. :)
Related Posts with Thumbnails