LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Monday, January 31, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu terakhir Januari 2011

Salam sejahtera buat para pembaca blog Bluedianthus sekalian. Mungkin inilah kemaskini akaun Nuffnang aku yang paling ringkas kerana aku kesuntukan masa untuk menulis kebelakangan ini. Kesemua Buffered Earning (BE) pada minggu lalu telah bertukar menjadi metered earning dan kini hanya tinggal BE yang ke-42 masih berjalan di blog ini. 

Berita gembiranya ialah, blog bahasa Inggeris aku telah pulih sepenuhnya dari masalah database. Hati gembira sungguh tak terkata..hehe..Tapi, ini juga bermakna aku akan lebih banyak meluangkan masa untuk menulis di sana kerana aku sudah kerugian beberapa dollar sepanjang blog itu tidak dapat diakses. Ini semuanya adalah hasil bantuan saudara Amin Johar, seorang sahabat yang aku kenal yang penuh dengan wawasan jauh ke hadapan.

Saturday, January 29, 2011

Proses Mengemaskini Blog Bahasa Inggeris

Kini aku masih lagi berada dalam mode sibuk dan sedih kerana harus bermula dari "kosong" untuk blog bahasa Inggeris aku. Hampir-hampir saja aku putus semangat untuk berblogging menggunakan domain tersebut. Tetapi aku kuatkan semangat untuk menulis entri pertama. "Start from the scratch" merupakan mimpi ngeri buat blog aku yang satu ini setelah berpindah hosting. Tapi tak mengapa, nama domain blog aku itu sendiri sudah memberiakan aku kekuatan dalam membangun dan membuat pengisian berguna di dalam blog itu. Mudah-mudahan blog itu akan lebih berjaya di masa hadapan. 

p/s: Rasa gembira kerana blog itu masih PR1. Selain itu aku masih juga akan cuba untuk mendapatkan data-data lama sebelum akaun hosting aku yang terdahulu dinyahaktifkan. Chaiyok chaiyok..blogging itu indah.. Salam hujung minggu kepada semua..:)

Artikel Sebelumnya: HIDUP SEORANG BLOGGER: Kesibukan Tak Terjangka

Thursday, January 27, 2011

HIDUP SEORANG BLOGGER: Kesibukan Tak Terjangka

Salam sejahtera kepada pembaca blog yang masih sudi datang bertamu di blog Bluedianthus ini. Semoga sihat walafiat di hari Khamis ini. Cuaca di Kota Kinabalu minggu ini mendung dan hujan lebat pada sebelah petang. Ada juga banjir yang melanda di sesetengah kawasan. Kekerapan mengemaskini blog kini tidak konsisten, tetapi aku masih akan memberikan masa untuk menulis sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu.

Monday, January 24, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu keempat Januari 2011 dan Google PageRank

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Hari ini aku mencuri sedikit masa untuk mengemaskini akaun Nuffnang aku. Tapi kali ini agak ringkas hanya untuk rujukan aku pada masa hadapan.

Sunday, January 23, 2011

Iklan Percuma untuk Usahawan dan Perniagaan Internet di Malaysia

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga sihat walafiat di samping tugas seharian dan keluarga tersayang. Kali ini dalam edisi review aku akan berkongsi satu lagi laman web yang menyediakan iklan percuma bagi mereka yang ingin beriklan dengan modal sifar.
 Antaramuka web IklanPercuma.Info

Thursday, January 20, 2011

Bluedianthus bertukar link lagi

Sejak kebelakangan ini aku sibuk dengan urusan offline, jadi maafkan aku kalau ada pembaca setia blog ini yang menunggu entri dikemaskini di blog ini. Aku juga mula perasan yang dalam seminggu, paling kurang pun 3 kali kemaskini yang aku lakukan di dalam blog ini. Tahun 2011 ini tahun yang sibuk bagi aku nampaknya. Apapun, aku masih lagi berterima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada blog yang tak seberapa ini. :)

Monday, January 17, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Januari 2011

Malam ini hanya sedikit entri ringkas untuk mengemaskini akaun Nuffnang aku sebab pagi tadi aku memberi laluan kepada entri Edisi ke-3 Komik Niaga Sudah Terbit! Sesiapa yang berminat dengan perniagaan produk fizikal jangan lupa untuk memuat turun e-komik ini okies. Sebelum aku terlupa, minta maaf sebab lewat membalas komen yang diluahkan di dalam blog ini, akan  cuba membalasnya selepas menerbitkan entri ini. :)

Edisi ke-3 Komik Niaga Sudah Terbit!

Selamat pagi dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga kehadiran Isnin yang sinonim dengan sindrom Monday Blues ini tidak menjejaskan prestasi kita dalam melakukan kerja dengan penuh komited. Entri laporan mengenai prestasi iklan Nuffnang di blog ini akan menyusul malam ini kerana ada perkara yang lebih berguna ingin aku kongsikan dengan pembaca setia blog ini. Komik Niaga telah pun melancarkan majalah online komik niaga edisi ke-3. Bluedianthus merupakan penulis tetap dan salah seorang krew dalam keluarga Komik Niaga ini. Terima kasih kepada saudara Hasbul Aqil kerana memberi peluang untuk aku memberikan sedikit sumbangan penulisan.

Friday, January 14, 2011

Jangan segan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris

Salam sejahtera dan terima kasih kerana tidak bosan menjenguk blog Bluedianthus yang semakin jarang dikemaskini kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih juga kepada pembaca yang terjumpa blog ini secara tidak sengaja semasa mencari maklumat di enjin carian. Semoga masalah yang ada terjawab juga dengan kewujudan entri tertentu di blog ini. 

Wednesday, January 12, 2011

Senyuman dan Kenangan

Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Entri kali ini hanya bersifat santai dan bersahaja. Kalau aku asyik bercerita tentang blogging, buat duit, cari duit online, macam mana nak naikkan earning Nuffnang, macam mana nak naikkan earning Adsense, tentunya blog ini semakin hilang identiti sebagai blog peribadi. Sekali sekala biarlah pemilik blog ini juga masuk sekali dalam blog ini, hehe.. Hari ini genap setahun kejadian gempa bumi di Haiti. Gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa, mereka yang telah kehilangan orang tersayang tentunya masih terkenang peristiwa pahit dalam hidup mereka. Semoga mereka diberikan ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Semoga keluarga aku dan korang semua masih mampu tersenyum manis meniti hari-hari yang mendatang. Mudah-mudahan...
Senyumlah dari hati yang ikhlas.. (Bersama adik-adik tersayang)
p/s: Credit to Farahhannie for this lovely picture. :)


Monday, January 10, 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Januari 2011

Salam sejahtera dan salam 1Blogger aku ucapkan kepada semua pembaca blog sekalian. Bertemu lagi kita di hari Isnin yang membawa Monday Blues bagi mereka yang bekerja dan juga yang tak bekerja. Ya la kan, yang suri rumah pun Monday Blues juga sebab kena bangun awal untuk menyiapkan apa-apa yang patut di rumah. Apapun, semoga semuanya berjalan dengan lancar pada hari ini. Cepat betul masa berlalu kan, dah hari ke-10 kita di bulan Januari. Semoga ceria selalu aku harapkan. :)

Friday, January 7, 2011

Mari Belajar Sikap Mudah Diajar

Salam sejahtera buat pembaca dan kawan-kawan blogger yang masih lagi sudi menjenguk blog ini walaupun sudah agak lama pemilik blog ini tidak turun padang memeriahkan ruangan komen yang ditulis di dalam setiap entri yang diterbitkan. Aku menghargai setiap komen yang ditulis di dalam entri ini. Walaupun tidak sebanyak komen di blog-blog lain tapi aku cukup teruja kerana masih ada lagi pembaca yang cuba memahami penulisan yang aku tulis sebagai perkongsian kita bersama. Terima kasih semua.. :)

Wednesday, January 5, 2011

Lagi-lagi blog bahasa Inggeris

Salam sejahtera dan semoga semua pembaca blog ini sihat walafiat hendaknya. Sudah beberapa hari aku tidak mengemaskini entri di dalam blog ini dek kerana sibuk dengan urusan yang perlu diutamakan. Banyak komen yang belum dibalas lagi. Aku akan cuba juga untuk membalasnya kerana aku hargai komen-komen yang diberikan daripada rakan blogger yang lain. Terima kasih kerana masih sudi lagi mengunjungi blog Bluedianthus ini.

Monday, January 3, 2011

Selamat harijadi buat adik pertama yang tersayang!

Selamat harijadi yang ke-20 aku ucapkan kepada adik pertama aku, Farahhannie Musah. Semoga lebih bersemangat menghadapi cabaran hidup yang  semakin mencabar. Love you my younger sister. Belajar rajin-rajin okies. Adik aku ni kini  sedang belajar di Universiti Malaysia Sabah semester kedua. Dah besar adik-adik aku, membuatkan aku terasa semakin tua..huhu.. :)

Artikel Sebelumnya: 

Kemaskini Nuffnang minggu pertama tahun 2011

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog ini (termasuk silent reader). Entri ringkas kali ini sekadar berkongsi iklan Buffered Earning (BE) ke-39 iaitu Maxis iPad SS masih lagi berjalan di blog ini. Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberikan kepercayaan untuk blog ini. Aku masih belum lagi melakukan cashout kali ke-3 sebab nak bagi simpan lagi sehingga mencapai 4 angka. Mudah-mudahan tahun ini tercapai. :)

BE ke-39 yang bermakna dari Nuffnang.

p/s: Nantikan trivia pencapaian blog Bluedianthus Dot Com. Masih dalam proses mengumpul material. Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari dan direnungi bersama. Mudah-mudahan. :)

Artikel Sebelumnya: Diari tahun baru Bluedianthus

Sunday, January 2, 2011

Diari tahun baru Bluedianthus

Hari ini tidak ada entri panjang untuk dikongsikan dengan kalian semua. Hari Ahad ini aku sibuk dengan upacara perkahwinan kawan baik bersama dengan ketiga orang adik aku. Kemudian aku dan adik-adik singgah untuk membeli barangan keperluan untuk pembukaan sekolah esok dan sedikit barang makanan untuk dua orang adik aku yang akan kembali ke maktab perguruan dan kampus UMS. Aku juga sempat membeli buku diari untuk tahun 2011 ini dan pen. Kosnya kurang RM10 tapi tulisan ini akan merekodkan segala aktiviti bermakna aku pada tahun ini. Jom, rancangkan azam 2011 kita..yeah! :)


Artikel Sebelumnya: Selamat Tahun Baru 2011

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru 2011 aku ucapkan kepada semua pembaca dan pengunjung ke Bluedianthus Dot Com ini. Semoga segala yang kita lalui sepanjang tahun 2010 memberikan kita semangat untuk terus berjuang memperbaiki diri sendiri. Semoga semangat dan azam yang membara di hari pertama tahun baru 2011 ini akan terus menyala di hati kita sehinggalah berakhirnya 2011 ini. Salam tahun baru dan salam sayang dari aku sekeluarga, eksklusif hanya di Bluedianthus Dot Com. :)

p/s: Header blog Bluedianthus Dot Com, telah berubah wajah menggunakan gambar di atas. Mudah-mudahan korang suka dengan design ringkas aku yang tak seberapa ini. 

Artikel Sebelumnya: Tahniah Malaysia!

Related Posts with Thumbnails