TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, December 30, 2011

Home » , , , » [REVIEW KHAS PENUTUP 2011] EarnCent.Com "di mata" Bluedianthus.Com

[REVIEW KHAS PENUTUP 2011] EarnCent.Com "di mata" Bluedianthus.Com

Selamat bersantai hujung minggu aku ucapkan kepada semua pembaca setia blog yang serba sederhana ini. Aku tau ramai yang dah ambil cuti Jumaat ni untuk pulang ke kampung halaman ataupun untuk menghabiskan masa bersama dengan keluarga tersayang. Aku doakan hanya yang terbaik dan terindah untuk Tahun Baru 2012 yang bakal tiba kurang 48jam dari sekarang. Aku terpanggil untuk menulis entri ini untuk sahabat blogger yang selalu singgah di blog ini dan memberikan komen. Dan blogger ini tak tahu yang hampir setiap hari aku singgah di blognya sambil mencari "sesuatu" tapi aku je yang ego nak komen, nak terus-menerus jadi silent reader, kononnya... Ya, aku seorang blogger dan aku juga seorang pembaca blog blogger lain. Itu logik lagi berasas. Satu lagi blog yang mencuri perhatian aku di alam blogging itu ialah...
EarnCent.Com - Pemiliknya Ahmad Faizal Bin Abi Setama (ambik ko nama penuh, hehe..) a.k.a Titan a.k.a TitaniumHijau

Sebenarnya sudah lebih setahun juga aku mengenai Titan ni, sejak kenal WangCyber rasanya.. Titan ni aku kategorikan sebagai problogger sebaris dengan pemilik blog Rohaizad.Com. Senang nak kenal trademark titan ni. Sebut saja "kacak", mesti ingat titan ni. Dari segi enjin carian,   artikel 10 soalan kacak di blog titan memberi pengaruh yang dominan kepada Google Malaysia.Termasuk tajuk artikel tersebut, sebanyak 23 kali perkataan kacak ditulis oleh si kacak titan..hehe.. Titan di tanga ke-2 saja berdasarkan ranking Google Malaysia kerana nama domain tangga pertama tu ada perkataan kacak. Tapi titan masih kacak kerana menggunakan domain dot com sendiri. Kacak laa..
Ingat "kacak" ingat EarnCent.Com

Dari segi blogging dan buat duit online, banyak artikelnya yang bersifat mendidik blogger lain untuk menjana pendapatan. Bab ini aku paling suka, hoho.. Memang kebanyakan "edisi siasat versi titan" akan aku baca dan kalau minat aku join under dia. Yang penting dia dah tunjuk jalan, aku tak kisah untuk memberikan komisyen kepada sesiapa saja yang memperkenalkan aku benda baik dalam dunia make money blogging. Paling membuat aku teruja ialah artikel Apa itu Superblog? yang ditulis awal November lepas. Sayangnya, pelan tindakan titan tak masukkan sekali dalam artikel tu. Aku kecewa sekecewa-cewanya..huhu.. Tapi 3 Disember, artikel Komisyen ke 9 dari 701Panduan dari titan dah melengkapkan teka teki membina superblog dan aku telah terkomen pula untuk artikel tersebut. Malang sekali lagi, kau terlupa membalas komen aku titan, aku kecewa lagi..huhu.. Titan, baik pergi balik kat artikel tu dan balas komen aku..hehe..joking. Taklah, aku tak kisah sebenarnya sebab aku pun jarang nak balas komen-komen di blog aku sendiri. Minta maaf, aku akan cuba membalasnya di masa senggang.

Article of the year 2011 bagi aku untuk blog EarnCent.Com adalah Sah!Hutang PTPTN aku dah habis.. Titan ada berikan beberapa tips untuk mencapai sasaran bebas-hutang-PTPTN. Aku tau ramai yang rasa tak berdaya nak ikut cara Titan ni, tapi korang boleh letakkan target jangka panjang untuk membayar semula pinjaman PTPTN tersebut. Lepas ni, duit masuk bank saja la kan Titan, tak perlu pening fikir nak bayar hutang PTPTN lagi. Tahniah aku ucapkan. Jujur aku cakap, artikel tersebut memberikan aku motivasi yang sangat tinggi untuk melunaskan hutang PTPTN aku.
Lepas ni giliran aku pula nak habiskan bayaran PTPTN aku.. Thanks for the great motivation Titan

Dari segi mata hati pandangan peribadi aku, kesemua artikel Titan ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Sandaran artikelnya, Pengalaman dan Motivasi. Ada sedikit persamaan aku dengan Titan ni, suka bagi tunjuk screenshot dapat duit hasil affiliate dan blogging. Aku tau niat titan, dan rasanya titan juga tau niat aku berbuat demikian. Kalau korang masih fikir yang kami nak menunjuk-nunjuk hasil buat duit online kami yang tak seberapa tu, you are totally mistaken. Jadi, buang perasaan prejudis tu jauh-jauh. Berbaik sangka amalan mulia. Psst..korang pernah tengok filem "Remember The Titans" tak? Tak taulah pula kalau Titan ada tengok, bagus filem ni sebagai motivasi dalam diri kita mengenai perpaduan pelbagai kaum.

Banyak lagi yang nak aku kongsikan mengenai blog Titan ni tapi dah cukup 2 jam aku mengarang kat sini. Ini adalah artikel yang menyahut seruan Titan dalam Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh EarnCent.Com untuk mengarang sehabis baik. Tapi rasanya aku tulis macam biasa saja ni, cuma entri ini lebih panjang daripada biasa. Oh ya, Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Ronaldmohoni.com, Sayacomel, ArtisMalaysiaTerkini.com, Hazman Fadzil, Abrablog.com dan PanduanTnx.com.

p/s: Masih ada masa sehingga pukul 12 Tengahari 1 Januari 2012 untuk korang yang berminat untuk menyertai contest ini.
p/p/s: Minta maaf Titan kalau ada ayat dalam artikel yang menyinggung perasaan di dalam blog ini. Aku tau kau(kasarnya bahasa..hehe.) kacak, mesti tak mudah melatah punya.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails