TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, December 5, 2011

Home » , , » Pembayaran ke-10 dari Microworkers!

Pembayaran ke-10 dari Microworkers!

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua pembaca yang masih sudi menjenguk Bluedianthus Dot Com yang sudah seminggu lebih tidak dikemaskini. Banyak kisah suka duka yang ingin aku kongsikan bersama dengan korang semua, tetapi mungkin bukan untuk entri ini. Apapun, aku harapkan korang sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat selalu. Kita sudahpun berada dalam bulan yang terakhir tahun 2011, cepat sungguh masa berlalu. Musim hujan juga sedang bermaharajalela sekarang ini. Jangan lupa jaga kebersihan dan keselamatan korang dan keluarga serta sanak-saudara ya. 

Baiklah, aku hanya dapat berkongsi pembayaran ke-10 yang aku terima daripada Microworkers untuk bulan November ini. Pembayaran adalah melalui Alertpay. Hanya lebih $6++ daripada pembayaran bulan Oktober lepas. Syukur atas rezeki yang diberikan walaupun tak sebanyak mereka yang telah menjana ribuan ringgit dari Internet. Aku pun jarang aktif buat kerja kat Microworkers tu. Ini merupakan salah satu pendapatan sampingan yang aku perolehi secara bulanan, bolehlah kalau nak beli aiskrim drusmtik tu. Syukur.. Aku tengah sibuk dengan kerja underground dan juga offline (dunia offline ini penting untuk sasaran tahun depan) sekarang ni. Jadi blog ini memang akan kerap berjauh hati dengan aku. Tapi, terima kasih kepada korang semua sebab masih sudi menjadi subscriber dan pelawat setia di blog ini. Aku bukanlah blogger yang kerap mengadakan contest, giveaway dan sebagainya. Contest terakhir yang aku buat adalah pada tahun 2009, apapun terima kasih kerana masih sudi menyokong kewujudan blog ini. Terima kasih semuanya...
$36.41 yang bermakna! Terima kasih Microworkers yang tidak pernah gagal memberikan bayaran!

p/s: Doakan kesihatan adik bongsu aku...kesihatannya merosot baru-baru ini dan sangat membimbangkan aku...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails