TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, December 27, 2011

Home » , » Komisyen Hujung Minggu

Komisyen Hujung Minggu

Salam sejahtera dan selamat datang lagi ke blog Bluedianthus Dot Com. Waktu tengahari ini aku ambil sedikit masa untuk mengemaskini blog yang belum berusik sejak Rabu lepas. Mungkin bagi kawan-kawan yang beragama Kristian mood bercuti masih belum hilang. Apapun, kerja perlu diteruskan. Baiklah, hari ini baru aku dapat memeriksa email. Berita gembira, ada komisyen sebanyak RM70.00 masuk untuk produk Rahsia Pelaburan Emas ke dalam akaun Maybank aku. Komisyen tersebut dibayar pada Sabtu lepas.

RM70 yang bermakna! pada 24-12-2011 (Sabtu)

Aku tidak melakukan banyak promosi untuk produk ini. Hanya sekadar letak banner kat blog ini saja dan juga satu entri mengenai harga emas semasa. Entri tersebut pun aku tulis selepas menambah jumlah gram simpanan emas di Maybank. Jangan terkejut kalau aku katakan ada affiliater yang berjaya menjana komisyen bersih sebanyak RM2405.00. Setakat RM70 yang aku dapat tu memang orang tak pandang pun kan. Tapi bagi aku, ianya memberikan sentimental value yang tidak ternilai. Paling penting, ia sentiasa mengajar aku untuk belajar bersyukur.

Tahniah aku ucapkan kepada Top 3 Cabaran Affiliate!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails