TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, December 28, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang Terakhir Disember 2011

Kemaskini Nuffnang Terakhir Disember 2011

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 ini. Sudah lama aku tidak mengemaskini akaun Nuffnang aku. Hakikatnya, blog ini tidak sunyi dengan Buffered Earning. Sepanjang aku mula berblogging pada tahun 2009 sehingga tahun 2011 ini, Bluedianthus telah menerima sebanyak 61 Buffered Earning dan 1 Advertorial daripada Nuffnang. Terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang kerana masih sudi memberikan BE kepada blog ini.

Buffered Earning ke-60 dan 61

Isu semasa mengenai pilihanraya ke-13 kini semakin hangat diperkatakan. Jangan pandang ringan Nuffnang ni. Kini kerajaan pun dah mula beriklan kat Nuffnang ni. Tengok betapa besarnya pengaruh blog untuk mengubah minda masyarakat. Kalau korang taknak klik iklan BE aku tu pun tak mengapa, earning tetap jalan, hehe.. Boleh terus saja ke Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (Tiada link affiliate)
BE ke-60: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Ok, satu lagi BE yang memang tengah hangat melanda satu dunia masa kini, Apple iPhone 4S. Aku tak boleh lupa Steve Jobs kalau cakap tentang jenama Apple ni..huhu.. iPhone 4S dilengkapi dengan beberapa ciri seperti cip A5 Dual-core, aplikasi kamera 8megapiksel, aplikasi rakaman video berdefinisi tinggi 1080p, paparan retina beresolisi tinggi, 500K apps pada bahagian Apps Store, aplikasi iCloud dan banyak lagi ciri-ciri lain. Korang boleh dapatkan Apple iPhone ini dengan 3 pelan berbeza dari serendah RM55 setiap bulan. Harga iPhone 4S RM2090, lebih kurang 38 bulan nak habiskan bayaran. Boleh baca di laman web digi: The Most Affordable iPhone 4S Plan in Malaysia. Only from DiGi (Tiada link affiliate) untuk maklumat lanjut.
BE ke-61: Digi Year End Sales II Special

Aku juga berterima kasih kepada pihak Nuffnang kerana memberikan juga BE kepada sebuah lagi blog aku yang sudah berbulan-bulan tidak dikemaskini, lebih kurang 5bulan rasanya. Aku tau blog tersebut trafiknya tidak melebihi 30 trafik unik setiap hari. Trafiknya juga langsung tidak konsisten, dan tak tersenarai pun dalam ranking Alexa. Aku tak berapa kecewa pun dengan hasil trafik blog ini sebab tujuan aku untuk menerbitkan blog ini saja-saja nak berkongsi rasa.
Korang boleh gelakkan aku sebab jumlah trafik ni, aku tak kisah..hehe..

BE pertama: Microsoft Multi-Product

Jadi, aku tak ada resepi pun untuk mendapatkan Buffered Earning ini sebenarnya. Aku tau banyak tips yang korang akan dapat bila buat carian kat Google. Aku ada juga berikan sedikit tips dapat Buffered Earning tidak lama dulu. Kadang kala ianya bergantung pada nasib juga. Tapi secara peribadi aku bagitau korang, janganlah fokuskan sangat pada SEO(Search Engine Optimization) sahaja. Pentingkan juga kualiti entri yang kita tulis. Sebab yang menilai dan membacanya nanti adalah manusia. Manusia tahu membezakan keunikan, jadi marilah kita sama-sama jadi blogger yang unik di mata setiap pembaca kita. Dari segi trafik, jangan saja pentingkan trafik yang banyak tapi juga trafik yang berkualiti. Trafik yang mampu menjadi trafik yang setia melawat blog kita, menjadi kawan kita dan berkongsi pendapat dengan kita. Ia akan memberi sentuhan yang lebih bermakna untuk blog kita dan juga kita sebagai pemilik blog itu sendiri. Aku rasa itulah kepuasan sebenar sebagai seorang blogger.

Artikel Sebelumnya: Komisyen Hujung Minggu

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails