TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, December 21, 2011

Home » , , , » HIDUP SEORANG BLOGGER: Perlu Banyak Membaca

HIDUP SEORANG BLOGGER: Perlu Banyak Membaca

Salam sejahtera dan salam 1Dunia aku ucapkan kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Hari ni aku mengambil sedikit masa untuk mengemaskini blog yang sudah semakin perlahan rentak kemaskininya. Hakikatnya, aku bukanlah jarang online, tetapi lebih banyak tugas yang menuntut aku melakukan kerja yang lebih penting. Dunia blogging masih di hati aku, jangan risau semua. :)

Gambar: Courtesy of MajalahNiaga.Com
Suka aku berkongsi perkara yang baik dan bermanfaat untuk semua. Tim Majalah Niaga telah berjaya menerbitkan Majalah Niaga : Sumber Informasi Usahawan Malaysia Edisi yang ke-19. Ya, aku sudahpun habis membacanya. Sungguh sarat dengan ilmu dan perkongsian yang sangat-sangat bernilai bagi aku. Tahniah aku ucapkan buat tim Majalah Niaga kerana sudi memberikan Majalah Niaga ini secara percuma untuk semua. Semoga tim Majalah Niaga sentiasa diberikan idea-idea segar untuk menerbitkan lebih banyak kandungan yang bermanfaat dan berkualiti untuk semua.


Budaya membaca merupakan satu tabiat yang lazim di negara-negara Eropah. Inilah semangat yang perlu kita contohi dan amalkan dalam diri kita masing-masing. Satu topik yang menarik minat aku adalah penghias muka depan Majalah Niaga Edisi-19 iaitu Jutawan Hartanah, Dr. Shah Razali. Aku sebagai pembaca tegar Majalah Niaga sungguh kagum dengan pahit maungnya dalam industri hartanah. Semoga ianya akan menjadi satu benchmark  yang boleh diteladani oleh mereka yang ingin menceburi bidang hartanah ini.

Oh ya, kelmarin aku telah membeli secara terus sebuah buku baru terbitan saudara Nazri Kadir yang ketiga, Minda Jutawan Gaya Trump. Aku beli terus daripada penulisnya sendiri, lebih sentimental nilai buku itu nanti. Paling penting, dapat autograf lagi, hehe.. Bila dah dapat buku tu, aku akan kongsikan serba sedikit tentang kandungannya dengan korang semua di blog ini. Aku telah membaca serba sedikit mengenai Minda Jutarawan Trump Sebagai Usahawan di dalam Majalah Niaga Edisi-19 ini. Memang banyak yang boleh dipelajari. 

Bagi aku, Majalah Niaga ini bukan saja dikhususkan kepada mereka yang ingin menjadi seorang usahawan. Ianya juga mendidik seseorang menjadi seorang insan yang mempunyai halatuju dan matlamat dalam kehidupan. Kalau tak jadi usahawan pun, sedikit sebanyak ianya akan membuka mata hati kita untuk lebih berfikiran jauh dan positif. Motivasi dan Pengalaman merupakan kekuatan Majalah Niaga ini. Pujian ini aku berikan kepada mereka yang bertungkus-lumus menyiapkan Edisi ke-19 kali ini. Ingat, benda PERCUMA tidak semestinya tidak berkualiti. Jangan lupa Download Majalah Niaga Edisi ke-19 (jangan download saja, terus baca). Jangan risau, aku tak dapat apa-apa pun kalau korang download. Eh ada, aku dapat pahala..hehe.. Jika korang tanya aku benda percuma yang berkualiti dan bersifat mendidik dan memotivasikan, Majalah Niaga adalah salah satu daripada saranan aku. Banyak tips keusahawanan yang berguna di sana.

Artikel Sebelumnya: Harga emas semasa tengah cantik

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails