TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, December 15, 2011

Home » , , , , , , , , » Harga emas semasa tengah cantik

Harga emas semasa tengah cantik

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca Bluedianthus Dot Com. Ada masa sikit, aku kongsikan sedikit harga emas semasa yang tengah cantik, masa untuk membeli emas. Tidak kiralah samada emas fizikal mahupun emas dalam bentuk buku pelaburan. Aku baru saja selesai menambah 2gram dalam buku pelaburan emas Maybank. Berita baik juga kepada pemegang Buku Pelaburan Emas Maybank, harga beli emasnya adalah yang paling rendah berbanding dengan harga emas semasa di Public Bank dan juga CIMB. Walaupun spread rate untuk harga emas Maybank agak tinggi (hampir RM7), tapi masih berbaloi sebab minimum pembukaan akaun simpanan emas Maybank hanyalah sebanyak 1gram, bolehlah topup  kalau macam aku. Bolehlah mula membeli mulai sekarang ini, screenshot kadar harga emas semasa di bawah ini aku buat pada pukul 4 petang tadi. Mungkin ratenya sudah berubah.


Mungkin ramai yang tahu di Public Bank dan Maybank kita buka membuka akaun pelaburan simpanan emas. Tetapi masih sedikit yang tidak tahu mengenai akaun simpanan emas CIMB Bank. Di bawah ini aku berikan serba sedikit maklumat yang aku tahu.



1. Akaun simpanan emas di CIMB Bank dikenali sebagai Akaun Deposit Emas CIMB Bank/ Gold Deposit Account (GDA)
2. Akaun Deposit Emas CIMB Bank (GDA) ialah akaun yang membenarkan pelanggan untuk membeli komoditi 99.9% emas tulen pada harga harian dalam Ringgit Malaysia (RM) tanpa perlu berhadapan dengan kesukaran untuk menyimpan emas fizikal. Transaksi yang dilakukan akan direkodkan di dalam buku simpanan. 
3. Korang perlu membuka dan mengekalkan akaun simpanan dengan CIMB Bank (“Akaun Gabungan Ditetapkan”) dan memberikan kebenaran untuk Bank mendebitkan Akaun Gabungan Ditetapkan antara lain
bagi penyelesaian pembelian emas.
4. Jenis-jenis pembayaran: 
(a) Bayaran Perkhidmatan Tahunan : RM5 (jika baki emas dalam akaun GDA kurang 10gram setakat 31 Disember)
(b) Permintaan emas fizikal: RM1 untuk setiap gram
(c) RM1 untuk setiap gram jika gagal mengambil pesanan emas fizikal dalam tempoh 30 hari
(d) Ganti Buku : RM20
(e) RM20 jika tutup buku akaun GDA dalam masa 6 bulan selepas dibuka
5. Buka akaun: Minimum 10gram emas


p/s: Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Aku jangka harga emas akan turun lagi menjelang musim Krismas. :)

Artikel Sebelumnya: Cek ke-3 Nuffnang, cek pertama ChurpChurp!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails