TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, November 18, 2011

Home » , , , , , , » Pagerank atau Page Rank?

Pagerank atau Page Rank?

Salam sejahtera dan semoga korang semua berada dalam keadaan yang bermotivasi seperti biasa. Aku harap semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com sihat-sihatlah hendaknya, mudah-mudahan. 8 November lalu telah ada perubahan pada Pagerank, tidak kisahlah samada pagerank blog ataupun pagerank website a.k.a laman web. Ada perubahan Pagerank yang menggembirakan dan tak kurang juga yang mengecewakan. Apapun, semoga korang tidak hilang semangat untuk terus berblogging dan berblogging lagi..


Syukur, pagerank blog ini tidak turun dan tidak juga naik selepas kemaskini Google pagerank (PR) baru-baru ini. Yalah, aku kini agak kurang konsisten mengemaskini blog Bluedianthus Dot Com ini kerana kekangan masa untuk tugas-tugas yang lain menyebabkan Alexa blog ini telah mencecah 1juta semula. Berita gembira dan kurang gembira juga untuk google rank kali ini kerana terdapat dua blog aku yang melonjak ke PR2 dari PR0. 2 lagi blog aku mendapat PR2 dari PR1, 3 blog PRnya tidak berubah termasuk blog ini. Berita kurang gembira, 1 blog aku telah jatuh ke PR3 dari PR4. Nampaknya kena berusaha keras selepas ini untuk mengemaskini entri di dalam blog tersebut. Silap aku juga, aku jarang nak mengemaskini entri, sebulan sekali pun payah.

Pagerank ditulis juga sebagai page rank merupakan satu kemegahan bagi sesebuah blog. Ianya merupakan satu ukuran yang diberikan Google sebagai penilaian kebergunaan sesuatu laman. Untuk sebuah weblog bersifat peribadi, kebanyakan blogger atau admin bagi weblog tidak terlalu menitikberatkan Pagerank ataupun Alexa laman mereka. Aku juga kadang-kala tidak memikirkan isu ini untuk blog Bluedianthus Dot Com ini.  Berbeza dengan mereka yang membangunkan laman web untuk tujuan komersil seperti perniagaan ataupun perkhidmatan, Alexa dan Pagerank sangat-sangat memainkan peranan penting sebagai penanda aras kejayaan pembangunan website mereka.

Mengikut pengalaman aku sendiri, sebuah blog cari makan yang dianugerahkan Pagerank sekurang-kurangnya PR1 mampu membuat aku tersenyum kerana blog tersebut mampu memberikan aku sekurang-kurangnya $1.00 untuk setiap entri sekitar 100 ke 200 patah perkataan. Buktinya seperti di bawah ini, sebuah blog niche travel dan health yang baru saja mendapat PR2 baru-baru ini.

$1 yang bermakna dari blog niche Travel!

$1 yang bermakna dari blog niche Health!

Bila nilai Pagerank ataupun site ranking sesebuah blog itu meningkat, kekerapan permintaan untuk pengiklanan juga turut meningkat:

Rezeki Pagerank update!

Kedudukan Pagerank masih lagi relevan di dunia blogging dan laman web. Mungkin apa yang aku kongsikan ini hanyalah kejayaan kecil untuk blogger tak femes macam aku ni, hehe.. tapi cukup memberikan kenangan manis untuk aku di dunia blogging dan dunia cari duit online. Betullah kata orang, yang indah perjalanannya, bukan destinasinya...

p/s: Mood "sukan SEA" masa tengah kemaskini blog ini, gembira dengan kemenangan Malaysia menentang Indonesia, 1-0! Semoga sukses selalu...Malaysiaku..

Artikel Sebelumnya: 11.11.11.11:11

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails