TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, November 8, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang November kembali

Kemaskini Nuffnang November kembali

Salam sejahtera dan semoga lebih bersemangat menempuh hari-hari selepas cuti Aidiladha, masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat yang beragama Islam. Semoga makin murah rezeki selepas ini ya. Nampaknya, minggu lepas hanya satu entri yang dapat aku terbitkan. Yang banyak cuma draf yang belum lagi diterbitkan. Sudah lama akaun Nuffnang aku tidak diusik selepas Masa untuk cashout Nuffnang dan ChurpChurp. Sebenarnya, aku tak berapa kisah lagi dah dengan iklan yang diklik atau tidak sebab aku tau blog ini jarang dikemaskini. Nak dapatkan Buffered Earning, jauh sekali. Tetapi aku masih percaya rezeki setiap blogger takkan ke mana. 

Baiklah, di kesempatan yang singkat ini aku ingin berkongsi mengenai Buffered Earning(BE) yang baru diperolehi oleh blog Bluedianthus Dot Com ini. Sudah lama juga rasanya tidak mendapat BE baru. Iklan BE ke-50 Mamil Gold ini aku tidak pasti sudah berapa lama ianya berada di dalam blog ini. Tapi yang pasti ianya masih lagi ada di dalam blog ini. Ada 2 BE baru yang muncul iaitu BE ke-57 UIP The Adventures of Tin Tin dan BE ke-58 iaitu GAP Kids Casting Call 2011, kedua-duanya berada pada bahagian Large Rectangle (LR). Terima kasih aku ucapkan kepada pihak Nuffnang. Lepas ni boleh bagi advertorial la pulak ye..hehe..

BE baru: BE ke-57 dan BE ke-58

Sedikit informasi mengenai iklan GAP Kids Casting Call 2011 ini, pencarian wajah baru untuk GapKids dan babyGap sedang berlangsung. Jadi sesiapa yang ada baby yang memenuhi kriteria yang diperlukan, boleh memeriahkan cabaran ini. Dapatlah baby korang jadi model time baby ni, hehe.. Antara hadiah yang menjadi rebutan adalah Gap gift card bernilai RM2000 dan hamper Hasbro Toy. Boleh ke fanpage GAP Malaysia untuk maklumat lanjut.


Ok, iklan untuk filem baru ni selalunya dari luar negara. Kalau filem Steven Spielberg, tak payah iklan pun orang tetap akan berpusu-pusu datang ke panggung nak tengok filem tu. Untuk penggemar filem 3D memang takkan lepaskan peluang sebegini. Korang boleh baca sendiri sinopsis The Adventures of TinTin di laman rasmi mereka. Tapi yang aku keliru adalah tarikh tayangan. Mungkin untuk pasaran Malaysia, 10 November dan 23 Disember untuk tayangan sempena Hari Krismas. Apapun, kita lihat saja bagaimana nanti.

RM2.25 yang bermakna, masih panjang perjalanan nak cashout ni, hehe..

Screenshot di atas adalah earnings daripada CPC, maksudnya bila ada orang klik baru dapat earnings. Blog bahasa Inggeris aku, walaupun tak banyak, tetap menyumbang serba sedikit dalam menaikkan earning. Dulu ada juga blog tu dapat BE, setakat ini cuma 2 BE tak silap aku. Apapun, aku masih bersyukur dengan apa yang ada sebab blog tu banyak memberikan income daripada jobs di Microworkers.

p/s: Kebanyakan rekabentuk untuk iklan dalam Nuffnang ini lebih cantik dan menarik. Aku tak nafikan ia sedikit-sebanyak mencantikkan blog aku yang tak seberapa ini. Iklan Milky deals kini jarang dipaparkan, kenapa ya? Hanya Nuffnang yang tahu jawapannya.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails