TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 14, 2011

Home » , » [TUTORIAL] Transfer Duit Moneybookers ke Akaun Maybank

[TUTORIAL] Transfer Duit Moneybookers ke Akaun Maybank

Sudah agak lama aku berjaya mengeluarkan wang Moneybookers hasil kerja yang aku lakukan di Microworkers. Kesibukan memanjang menyebabkan aku hanya sempat mengemaskini blog sekali atau dua kali dalam seminggu. Apapun, aku akan cuba untuk menulis tutorial ini dengan ayat yang mudah untuk difahami. Kalau ada yang perasan semua gambar yang aku attach dalam beberapa entri baru-baru ini tidak mempunyai watermark Bluedianthus Dot Com kerana perisian Adobe Photoshop dalam laptop aku mengalami masalah. Tutorial kali ini menggunakan screenshot hasil perisian Paint sahaja. Ada juga yang sempat aku letakkan watermark mana yang sempat.

Pertama sekali, ada sedikit pembetulan mengenai caj yang dikenakan oleh pihak Skrill:Moneybookers (Nota: Moneybookers telah dikemaskini dan dikenali dengan nama baru, Skrill). Dalam entri aku yang bertajuk "Pembayaran ke-8 dari Microworkers,sudah cecah RM1K!", aku ada mengatakan bahawa caj pengeluaran adalah sebanyak $30 (RM94.17). Tetapi ianya lebih murah daripada itu, tetapi malangnya lebih mahal daripada caj pengeluaran duit Alertpay ke akaun Maybank. Nanti aku akan jelaskan mengapa. Jom ke tutorialnya terlebih dahulu.

1. Login ke akaun Skrill:Moneybookers.


2. Masukkan email, password dan juga captcha di ruangan yang disediakan.

3. Paparan baru akan muncul iaitu bahagian "My Account". Jumlah wang akan dipaparkan dalam ringgit Malaysia. Untuk pengetahuan, RM190.35 adalah jumlah wang yang aku perolehi daripada Microworkers, iaitu sebanyak $61.19. Klik pada tab "Withdraw"

4. Paparan seperti di bawah akan muncul. Korang boleh memilih akaun mana yang ingin korang pindahkan wang Moneybookers tersebut. Jangan lupa untuk "add bank account" jika belum ada. Di sini aku telah memilih akaun Maybank. Perhatikan di sini bahawa caj pengeluaran ke akaun tempatan Maybank yang dikenakan adalah sebanyak RM7.68. Murah bukan, lebih murah dari caj pengeluaran Alertpay. Jumlah maksimum yang sepatutnya aku akan dapat dalam akaun Maybank aku ialah sebanyak RM182.67. Jadi dalam ruangan "Amount to be withdrawn", tanpa simbol RM, masukkan jumlah yang korang nak keluarkan. Aku telah mengeluarkan semua wang dalam akaun Moneybookers aku pada waktu itu.

Nota: Perhatikan pada bahagian yang aku bulatkan dengan warna ungu. Walaupun matawang yang korang nampak di sini ialah dalam ringgit Malaysia, tetapi pemindahan wang yang dilakukan adalah dalam bentuk USD (matawang Amerika). Jadi ini boleh dipanggil sebagai transaksi Bank Wire. Ini akan aku jelaskan kemudian.

5. Kemudian satu lagi paparan akan muncul iaitu pengesahan untuk mengeluarkan wang. Klik pada "Withdraw" untuk mengesahkan transaksi.

6. Satu lagi pengesahan diperlukan untuk mengesahkan transaksi tersebut diperlukan. Korang perlu memasukkan tarikh lahir korang dalam bentuk DD/MM/YYYY. Kemudian klik pada "Next"


7. Paparan di bawah akan muncul untuk tujuan semakan. Perhatikan juga di sini, 1sen daripada Rm182.67 telah ditolak menjadi RM182.66.

8. Kemudian korang akan menerima satu email daripada pihak Skrill:Moneybookers bahawa korang telah membuat transaksi pengeluaran. Macam satu invois rasanya. Emailnya seperti di bawah ini.
Nota: Perhatikan pada akhir email tersebut yang menyatakan proses pengeluaran wang Moneybookers ke akaun Maybank akan mengambil 2 ke 5 hari waktu bekerja. Perhatikan juga masa aku mengeluarkan wang Moneybookers adalah pada tarikh 3 Oktober 2011 pukul 9:04 pagi.

9. Pada keesokan harinya, seperti biasa aku akan memeriksa akaun Maybank aku, terdapat wang yang dimasukkan ke dalam akaun aku. Aku yakin bahawa duit ini adalah dari pihak Moneybookers. Tetapi kenapa RM171.84? RM182.66 - RM171.84 = RM10.82 ke mana menghilang?
INWARD TT CRE MISC
INWARD: Received Money  TT: Telegraphic Transfer  CRE: Credit  MISC: Miscellaneous


Pemerhatian:
Sebelum melakukan transaksi pengeluaran wang Moneybookers, aku telah menelefon pihak Maybank untuk mengesahkan caj yang akan dikenakan untuk proses Bank Wire. Tetapi pegawai perkhidmatan pelanggan tu pun kurang pasti dengan caj daripada pihak Maybank. Dia cuma menganggarkan terdapat caj tertentu untuk transaksi tersebut, minimum sekurang-kurangnya RM5.00 mengikut jumlah wang yang dipindahkan. Boleh juga periksa di bahagian Maybank Bank Fees: Remittance. Jadi, untuk transaksi pengeluaran wang Moneybookers ke akaun Maybank, kita akan dicaj daripada dua-dua pihak Moneybookers dan juga Maybank. Moneybookers sebanyak RM7.68 dan Maybank RM10.82. Jumlah caj keseluruhan adalah sebanyak RM18.50.

Korang dah nampak sekarang yang caj mengeluarkan wang Moneybookers lebih mahal daripada caj Alertpay sebenarnya. Itulah pengalaman aku mengeluarkan duit Moneybookers. RM18.50 tu rasanya dah banyak bagi aku. Dahlah pihak Microworkes kenakan caj cashout sebanyak 6.5%. Rugi juga dalam RM25. Apapun, aku masih bersyukur kerana transaksi yang aku lakukan berjalan dengan lancar.

Aku harapkan tutorial ini dapat membantu korang yang sedang mencari jalan bagaimana nak keluarkan a.ka mencairkan duit Moneybookers korang ke akaun tempatan di Malaysia. Semoga bermanfaat.

p/s: Selamat berhujung minggu kepada semua. Semoga bergembira bersama dengan keluarga tersayang. :)

Artikel Sebelumnya: Masalah Hosting, Blog Dihacked, Status Gliteratti Nuffnang dan... I Miss You..




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails