TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 3, 2011

Home » , » [Review Khas Blog] Farzly ~ Dedikasiku Untuk Keluargaku

[Review Khas Blog] Farzly ~ Dedikasiku Untuk Keluargaku

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Seperti yang telah aku janjikan. Blog yang telah memenangi 1 artikel review percuma daripada aku dan sticky selama seminggu di blog ini. Review kali ini lebih bersifat bersahaja kerana blog ini berada dalam niche yang sama seperti aku iaitu niche peribadi. Siapa yang tak suka dengan blog peribadi kan, boleh tulis apa yang berlaku dalam kehidupan seharian aku. Berbeza dengan artikel review aku yang lain kerana review tersebut lebih memerlukan aku telus dan tidak berat sebelah dalam memberikan informasi yang tepat kepada pembaca. 

Memperkenalkan farzly.blogspot.com dengan taglinenya Farzly ~ Dedikasiku Untuk Keluargaku. Pemilik blog ini bernama puan Fara Liana yang kini berada di negeri Selangor Darul Ehsan. Minta maaflah, ayat skema sikit. Amboi, besarnya header blog ni, hehe Fara...hehe.. Gambar header dipenuhi dengan gambar Fara bersama keluarga tersayang.
Keluarga bahagia



Sejarah penubuhan blog
Sekilas aku lihat nama blog ini, aku yakin Farzly itu adalah hasil gabungan nama Fara dan suaminya. Blog ini sebenarnya sudah lama bertapak di arena blogging Malaysia. Sudah lebih daripada 3 tahun dan 6 bulan blog ini beroperasi. Berbanding dengan blog Bluedianthus Dot Com yang belum sampai 2tahun. Wah, rupa-rupanya Fara ini lebih otai dalam dunia blogging daripada aku. Fara, tak kisah kan aku panggil Fara je ni. Tak tahulah siapa yang lebih tua, aku ke Fara. Aku kot..hehe... Lepas tu, aku nak minta maaf sebab ambil gambar dari Facebook tanpa minta kebenaran. Kalau nak aku remove gambar ni lepas ni, bagitau je. Nanti aku edit entri ni ya. :)

Pengisian Blog
Aku sempat membaca entri pertama yang ditulis oleh Fara pada bulan April 2008. Entri tersebut ialah perkongsian Fara mengenai gambar perkahwinan dan persandingan Fara dan suaminya. Aku tau korang suka tengok gambar kahwin kan, boleh tengok kat entri "Gambar Kahwin Aku" di blog Fara. Lepas aku baca entri tu, sah aku dah tau nama blog ini diambil sempena hasil gabungan nama Fara dan Fazly. Sooo sweet Fara. Kebanyakan entri berkisar kepada kehidupan seharian keluarganya dan juga perkongsian yang berbentuk kekeluargaan dan renungan. Kenapa, sebab kat sebelah kanan sidebar blog Fara tu ada satu ruangan bertajuk "Sekadar Renungan".

Wah, anak-anak pakai baju samalah. Kirim salam kat Farisha Qasdina dan Filzah Qasrina. Amboi, nama artis ni mak ayah bagi. :)

Blogger Fara Liana di mata pemilik Bluedianthus Dot Com
Sifat keibuan Fara memang terserlah melalui pembacaan aku di dalam blognya. Tak hairanlah Fara kini hidup bahagia di samping keluarga tercinta. Aku pun tumpang gembira sama. Melalui pembacaan aku, Fara ni seorang ibu dan isteri yang bekerjaya. Patut pun penampilannya sentiasa dijaga dan maintain wajah yang ayu dan berseri..hehe.. Baguslah, sebagai wanita kita harus nampak kemas dan bersih sebab itu yang akan dilihat sebagai first impression di mata orang yang melihat macam aku. Seorang yang pandai bergaya dan mementingkan penampilan. Gaya tudungnya pun cantik, sopan dan sedap mata memandang. Macam gambar kat bawah ni.
Mama bawa shopping ke tu? :)

Oh, ada satu lagi gambar yang aku suka sebab backgroundnya. Ahli keluarga aku juga adalah family-oriented, jadi rasanya aku tak ada masalah untuk membaca blog berunsurkan kekeluargaan. Mungkin bila Farisha dan Filzah dah besar nanti, bolehlah tunjukkan blog yang Fara buat ini ya. Ianya akan jadi kenangan yang indah kerana dapat direkodkan dalam diari maya ini.

farzly.blogspot.com dari segi SEO, alexa, pagerank dan trafik
Ini merupakan sedikit perkongsian aku mengenai blog Fara ini dari segi SEO, alexa dan bilangan trafik yang datang ke blog tersebut. Aku yakin Fara tidak pentingkan sangat Search Engine Optimization di blognya kerana dia hanya berblogging lebih mengenai keluarga.

Dari segi Alexa, blog ini berada pada kedudukan lebih daripada 3juta di seluruh dunia. Tak berapa bagus untuk blog yang sudah berusia 3tahun lebih. Jangan ambil hati tau Fara, aku bagi pandangan ikhlas saja ni. Dari segi backlinks, ada 38 backlinks, agak sedikit. Mungkin Fara perlu menambahkan beberapa lagi backlinks untuk meningkatkan rangking Alexa.

Blog Fara ini mempunyai PageRank 1/10, cukup bagus untuk blog peribadi yang tidak mementingkan SEO. Tapi itu bukanlah satu beban untuk blog peribadi seperti blogger Fara ini. Sekiranya blog ini sentiasa dikemaskini, tidak mustahil Google akan memberi PR yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Masa loading dan Layout Blog
Secara ringkas, blog Fara nampak tidak seimbang. Blog Fara hanya mempunyai 2 kolum dan elemen blognya lebih banyak di bahagian kiri blog, jadi ianya tidak seimbang. Mungkin Fara boleh buat sedikit pengeditan pada bahagian banner bermula pada banner 3rd Baby (Congrats Fara..jaga kandungan tu baik-baik ya, dan jaga kesihatan juga)

Dari segi penggunaan perkataan, font yang digunakan agak sukar untuk dibaca sebab menggunakan style serif. Warna tulisan juga memang meriah, macam nama aku. Tapi aku hormati pilihan dan citarasa Fara dalam menghias blognya. Masa loading blog tersebut juga sedikit lambat kerana entri yang ada pada homepage lebih daripada 10 entri.

Blogger Networking
Sebagai seorang blogger, Fara seorang blogger yang mesra dan kerap mengikuti giveaway dan contest yang diadakan oleh blogger yang lain. Buktinya, Fara ni baru saja menyertai contest yang diadakan oleh Puan Bee sempena hari raya aidilfitri. Ini adalah sesuatu yang bagus kerana dapat menambah ramai kenalan blogger. Selain itu akan dapat saling bertukar-tukar pendapat dalam dunia blogging.

Pasangan suami isteri yang vogue! Good luck blogger Fara in everything you do. :)

Ok, sekianlah review aku untuk blog farzly.blogspot.com milik Fara Liana. Aku doakan semoga sukses selalu tak kira di dalam dunia blogging mahupun dunia offline. Semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Jangan lupa jaga kesihatan tu, kan dah berbadan dua sekali lagi. Jangan lupa bagitau perkembangan kandungan bayi Fara kat saya(tukar ganti nama kejap, hehe..). Fara boleh je hubungi saya melalui Contact, email ataupun Facebook. Saya dah pun add Fara kat Facebook. :)



Artikel Sebelumnya: Pembayaran ke-8 dari Microworkers, sudah cecah RM1K!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails