TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, October 2, 2011

Home » , , , , » Pembayaran ke-8 dari Microworkers, sudah cecah RM1K!

Pembayaran ke-8 dari Microworkers, sudah cecah RM1K!

Salam berhujung minggu buat semua pembaca di blog Bluedianthus Dot Com ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Hujung minggu ini aku hanya menghabiskan masa bersama dengan adik-adik kesayangan aku ke Malaysia IT Fair yang berlangsung dari 30September - 2 Oktober 2011. Ramainya orang bukan main. Tak ada sangat pun benda yang aku beli kat sana. Adik aku yang banyak berbelanja.

Baru saja membuka email aku tadi, gembira sebab dapat payment yang ke-8 daripada Microworkers. Kali ini pembayaran dilakukan ke dalam akaun Moneybookers aku. $61.19, lebih kurang RM190.35 duit Malaysia. Syukur, siapa yang nak bagi kan. Inilah keseronokan yang boleh kita rasai dalam dunia cari duit online. :)
$61.19 yang bermakna! Syukur..

Oh ya, Moneybookers kini sudah dinaiktaraf kepada satu jenama yang dikenali sebagai Skrill: The future of Moneybookers. Aku suka laman Moneybookers ni sebab cantik. Warna yang digunakan pun cantik, ungu romantik gitu! Oh ya, caj untuk mengeluarkan duit ke akaun bank tempatan seperti Maybank adalah sebanyak RM7.68, lebih murah daripada transaksi di Alertpay(buat masa ini withdraw duit Alertpay ke akaun tempatan tidak berfungsi). Tetapi transaksi ini adalah dalam bentuk bank wire iaitu melibatkan matawang USD. Jadi kena hati-hati di sini. Sebanyak $30 akan dicaj oleh Maybank untuk mencairkan duit Moneybookers dalam bentuk Ringgit Malaysia yang akan mengambil masa selama 1 ke 3 hari. Hampir RM100 ditolak, mahalnya kan. Jadi dibandingkan dengan Alertpay yang hanya mengenakan caj RM15 dan Maybank tidak mengenakan apa-apa bayaran, rasanya Alertpay masih lagi menang. Jadi kena bijak kalau nak guna perkhidmatan Moneybookers ni ok.
RM190.35 yang bermakna!

Satu lagi berita gembira yang ingin aku kongsikan ialah, belum genap setahun aku bersama-sama dengan Microworkers ini, aku telah dapat menjana lebih daripada RM1000 dengan hanya melakukan kerja sampingan di waktu senggang. RM1K aku yang pertama adalah daripada Microworkers ini. Berbanding dengan Nuffnang, dah nak dekat 2tahun tapi belum melepasi tahap RM1K. Tapi tak kecewa sangat sebab jika dicampur dengan pengiklanan yang diperolehi oleh blog ini, cecah juga 1K tu. Syukur..
Statistik akaun aku di Microworkers

Sedikit perkongsian aku mengenai tugas mudah yang aku lakukan di Microworkers. Aku menyertai Microworkers sejak 21 Oktober 2010 dan sehingga kini aku telah melakukan sebanyak 793 tugas dengan jumlah janaan sebanyak $342.43. Jika rate tukaran semasa ialah $1=RM3, ianya adalah sebanyak RM1027.29. Jumlah yang tak pernah aku sangka akan dapat capai. Setakat ini, 4kali pengeluaran melalui Paypal, 3 kali melalui Alertpay dan sekali melalui Moneybookers(Skrill).

Kejayaan kecil ini sebenarnya sudah cukup menceriakan aku yang baru-baru ini jarang benar nak mengemaskini blog ini. Rindu juga aku nak berblogwalking bertanya khabar rakan-rakan yang lain tapi masa tidak mengizinkan aku. Tidak ada sekelumit pun niat untuk berbangga dengan korang tentang pencapaian kecil aku ini. Apa yang penting adalah perjalanannya, dan bukan hasilnya. Dengan Microworkers, aku telah bermula tanpa sebarang modal. Dengan modal yang ada, aku kembangkan lagi untuk membanyakkan peluang untuk mendapatkan job di Microworkers.

Sebenarnya, aku masih menyiapkan ebook berbayar Panduan Buat Duit dengan Microworkers ni, tapi tak siap-siap lagi setelah direview kali pertama oleh AJ. Mungkin dalam tahun ni siap, mudah-mudahan.

p/s: Esok malam, ada review untuk blog saudara Z, artikel tersebut dalam proses akhir pengeditan. Jangan lupa untuk mengenali blogger baru yang baru aku kenali melalui contest yang dijalankan oleh puanbee.com.  Artikel tersebut kini berada dalam proses akhir pengeditan. Secara peribadi, aku sukakan blog tersebut kerana tagline yang digunakan. Semoga bertambah rakan blogger kita di alam blogging, mudah-mudahan. :)

Artikel Sebelumnya: Buka Akaun Simpanan Emas Maybank serendah 1gram

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails