TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, October 12, 2011

Home » , , , , , » Masalah Hosting, Blog Dihacked, Status Glitterati Nuffnang dan..., I Miss You..

Masalah Hosting, Blog Dihacked, Status Glitterati Nuffnang dan..., I Miss You..

Salam sejahtera, salam sayang dan salam hormat untuk semua pembaca kesayangan. Jujur aku rindukan korang semua di sana. Rindu berblogwalking dan juga membalas setiap komen yang ada. Cuma berblogwalking aku tak dapat lagi kot. Aku harapkan semua pembaca blog ini masih setia menantikan kehadiran entri terbaru daripada pemilik blog ini yang semakin jauh ketinggalan dalam mengemaskini blog yang domainnya ini tidak lama lagi akan berusia 2 tahun. Semakin tenggelam rasanya berada dalam dunia blogging underground. Aku tidak tahu apakah cerita yang sedang hangat diperkatakan oleh blogger-blogger pada masa sekarang ini, tetapi tentunya kisah pengasas Apple, Steve Jobs menjadi entri terhangat buat masa ini kan. Jangan terkejut kalau blog korang dilawati oleh pembaca dari seluruh dunia. Apapun, ianya merupakan satu kehilangan besar dalam dunia telekomunikasi dan teknologi pintar. Semoga rohnya bersemadi dengan aman.

Bergelar seorang blogger part time ini memang sedikit menguji kesabaran aku. Banyak blog aku telah dihacked beberapa kali, dah berpuluh-puluh kali rasanya. Kadang-kadang rasa macam nak tukar hosting lain. Tapi aku masih lagi setia dan memberi peluang kepada hosting tempatan untuk membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan pembekal hosting di luar negara. Kalau bukan kita yang memberi peluang, siapa lagi kan. Satu perkara yang tidak perlu aku risaukan dengan blog ini adalah kerana ianya dihoskan oleh blogger.com. Jadi rasanya aku tidak akan menukar hosting domain ini. Cukuplah dengan pengalaman 10 blog aku yang lain digodam dan diujikaji oleh hackers di dunia online. Rugi? Ya, memang 3-4 hari ini aku rugi kerana tidak dapat melakukan kerja-kerja secara biasa di Microworkers dan juga review berbayar yang lain seperti PayPerPost dan BuyBlogReviews.
WillPowerWithin dihacked!

Hampir 2 hari juga, kesemua blog aku yang dihoskan dalam hosting yang sama tidak dapat diakses kerana syarikat hosting tersebut mengalami masalah server. Disebabkan itu juga, pada Isnin lepas, status Glitterati aku di Nuffnang telah bertukar kepada Ordinary Members. Kesannya, earning iklan Buffered Earning Mamil Gold SS telah berkurangan separuh daripada jumlah sebenar. Begitu juga dengan earning bonus CTR. Aku telah maklumkan hal ini kepada pihak Nuffnang dan baru aku tau sebabnya. Kerana masalah server pada hosting, jadi skrip Nuffnang tidak dapat dikesan oleh crawler Nuffnang. Oleh kerana hosting masih bermasalah, aku terpaksa delete blog ini dari akaun Nuffnang aku. Sehari kemudian, akaun Nuffnang aku telah berstatus Gliteratti semula. Syukur iklan BE Mamil Gold belum bertukar menjadi metered earning (ME), dapatlah semula earning yang asal. Syukur :)
Thanks Farahnaz @ Nuffnang sebab jawab soalan aku dengan pantas!

Oh ya, kalau yang ada duit lebih sikit kat Nuffnang tu, jangan lupa untuk menderma kepada Rumah Aman Anak Yatim. Ini yang sangat aku bangga dengan pihak Nuffnang kerana tidak lupa untuk berkebajikan sambil memberikan pendapatan kepada blogger. Ianya hanya semudah satu klik sahaja. Korang boleh login ke akaun Nuffnang korang, kemudian pada bahagian ada satu banner sebelah kanan, klik pada banner "Help Rumah Aman Donate to the TLC Promise Me fund" tersebut dan korang akan dibawa ke halaman lain. Ini linknya, untuk memudahkan korang: TLC Promise Me- For The Children of Rumah Aman (Tiada Link Affiliate)
Kita blogger prihatin, jom menderma!

Kemudian, pilihlah samada korang nak menderma RM1, RM5 atau RM10, tandakan tick pada bahagian Aknowledgement dan klik "Submit" dan selesai. Semudah itu untuk menderma.
Dermalah untuk kebajikan anak-anak yatim Rumah Aman

Korang juga boleh menderma melalui akaun ChurpChurp korang. Sama dengan Nuffnang, korang boleh pilih samada menderma sebanyak RM1, RM5 atau RM10. Ini  linknya Donate From Your Churp Churp Earnings (Tiada Link Affiliate)
Mari berikan harapan kepada anak-anak yatim Rumah Aman ini. Sebak pula rasa di hati..

Masyarakat pada hari ini aku kira sudah tau dan mendengar serta membaca kebaikan menderma. Random kindness adalah satu sifat yang perlu ada pada setiap individu supaya dapat membentuk satu masyarakat yang sihat pada masa hadapan. Mungkin ada di antara kita yang kurang berkemampuan untuk memberikan sumbangan yang besar. Tetapi berikanlah seikhlas hati kita, pasti rezeki yang berlimpah diberikan kepada kita. Mungkin tidak hari ini, tetapi di kemudian hari. Rezeki yang diberikan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi mungkin berupa kesihatan dan kebahagiaan dalam keluarga. Itu kan sudah cukup bagi kita. Marilah kita tunjukkan kepada Rumah Aman ini yang kasih sayang masih wujud di dunia ini. RM1 x 300,000 blogger = RM300,00.00 Lebih dari cukup untuk didermakan kepada mereka.

Berbalik semula kepada masalah hosting yang aku hadapi, pihak JomHosting telah memberitahu aku mengenai masalah server dan telah memberikan kupon percuma diskaum 30% untuk pembelian hosting ataupun pembaharuan akaun hosting. Mungkin dalam masa terdekat ini aku akan memperbaharui hosting aku. Ikut mood la, hehe..
Pemberitahuan daripada JomHosting mengenai masalah server

Apapun, aku ucapkan tahniah kepada JomHosting kerana telah mampu bertahan selama 5 tahun dalam dunia perkhidmatan domain dan hosting. Aku percaya bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi untuk sampai ke tahap ini. Semoga terus maju jaya aku ucapkan. Selama hampir 2 tahun aku bersama mereka, tidak pernah support ticket aku tidak berbalas. Mungkin aku adalah salah seorang pelanggan yang paling banyak complaint. Namun itu semuanya untuk membuatkan mereka lebih berusaha memastikan reputasi mereka tidak terjejas. Setakat ini, aku belum pernah mengeluarkan kenyataan tidak puas hati di forum-forum mengenai masalah yang dihadapi mereka. Cukup sekadar di blog, kalau tak puas hati tukarlah ke hosting lain kan. Cuma agak leceh dari segi teknikal. Biasalah kan, HIDUP SEORANG BLOGGER, mesti bersemangat waja. Blogging itu satu perjalanan yang indah! :)

p/s: Rata-rata blogger kini mengeluh, Pagerank tidak dapat dilihat secara terus melalui toolbar SeoQuake. Bagi seorang blogger yang memang minatnya hanya ingin menulis, jangan risau dengan semua tu. Berblogginglah seperti biasa tanpa sebarang tekanan. Aku yakin dan percaya dengan penulisan yang ikhlas, blog korang akan menjadi satu blog yang "hidup". Mudah-mudahan.

Artikel Sebelumnya: [Review Khas Blog]: Dedikasiku Untuk Keluargaku

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails