TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 14, 2011

Home » , , , » Rezeki Affiliate

Rezeki Affiliate

Semakin lama, semakin jarang aku nak mengemaskini entri kan. Minta maaflah, sekarang ni lebih banyak berblogging secara underground. Aku masih lagi seorang blogger yang aktif, cuma untuk blog bahasa Melayu aku yang satu ini, slow sikitlah. Sudah berbulan-bulan juga rasanya tak berblogwalking. Rindu pula dengan kawan-kawan yang sama-sama berblogwalking pada waktu puncak. Kotak Chatbox juga suda hilang di bahagian homepage blog ini. Adik aku, Farahhannie sudah pun berada di Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan, Sabah untuk meneruskan pengajian tahun keduanya. Aku harapkan dia sentiasa sihat di sana. I miss you gurlz..


Hari ini tentunya Wordless Wednesday yang aku tak ikut langsung pun peraturannya, iaitu menerbitkan entri yang hanya mengandungi gambar. Bukan aku tidak menyokong istilah online ini, tapi tiap-tiap blogger itu mempunyai keselesaan tersendiri dalam berblogging. Masalah hackers yang menggodam blog aku masih belum selesai, sudah 2 blog aku yang digodam. Pihak hosting masih berusaha menyelesaikan masalah yang ada. Kalau tak selesai, nampaknya aku kena membangunkan semula blog yang ada dari 0.

Baru sebentar tadi aku menerima pengesahan daripada pihak TipsPTD yang aku sudahpun menerima pembayaran untuk komisyen mempromosikan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Pada 10 September 2011 lepas, aku telah mendapat bayaran di dalam akaun Maybank aku. Komisyen tersebut berjumlah RM35.00. Memang sikit, tapi banyak bagi aku. Lagi satu, aku cuma mempromosikan produk tersebut di blog kerjaya aku sahaja. Link affiliate aku redirectkan terus ke root domain dan subdomain sebagai blog aku mempromosikan blog kerjaya. Oh ya, blog ini adalah salah satu blog yang telah digodam. Syukurlah domain utama masih berfungsi, dapat jugalah merasa komisyen pertama untuk produk evergreen tuan Muaz Hadi ini. :)
RM35.00 yang bermakna.

Affiliate merupakan satu cabang buat duit online yang mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Tapi jujur aku katakan, masih ramai juga yang gagal menjana pendapatan melalui affiliate ini. Selain itu, masih ramai yang melakukan promosi affiliate dengan cara yang tidak betul. Korang pun tahu kan cara tersebut. Spam sana, spam sini, paling banyak ialah dekat chatbox, shoutmix, cbox dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak promosi blog atau laman web aku rasa tak salah, chatbox memang dicipta untuk diintegrasikan dengan tujuan mempromosikan weblog. Tapi kalau nak promosi link yang biasa youthsays, churp-churp dan lain-lain tu kat chatbox, dah melanggar TOS tu. Jadi promosilah dengan beretika ya. Dulu aku pun ada juga buat macam tu, tapi semakin lama semakin bertambah ilmu tentang dunia promosi, jadi kenalah betulkan apa yang salah. Kan? ;)

Artikel Sebelumnya: Hackers oh hackers...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails