TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 21, 2011

Home » , , » Masa terbaik withdraw duit Paypal

Masa terbaik withdraw duit Paypal

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Sekarang merupakan masa yang terbaik untuk mengeluarkan duit Paypal ke akaun tempatan. Aku pun tidak membuang masa terus withdraw semua yang ada dalam simpanan. Aliran matawang negara tak menentu, berbahaya untuk blogger kecil macam aku, hehe.. Oh ya, mungkin ramai pengguna Alertpay di Malaysia kini sudah mula mengeluh sebab dah tak boleh deposit ataupun withdraw duit melalui bank transfer. Kemudahan yang tersedia hanya melalui bank wire sahaja. Dahlah tu, caj yang dikenakan memang mahal, $15.00. Lebih RM30 duit kita. Bagaimana pula dengan pembayaran daripada Microworkers? Terpaksa guna alternatif lain iaitu menggunakan Moneybookers. Kalau aku berjaya cairkan duit Moneybookers ke akaun Maybank aku, nanti aku tunjukkan tutorialnya di blog ini ya. :)

RM221.93 yang bermakna!


Secara peribadi, aku masih lagi suka menggunakan Paypal kerana caj untuk mengeluarkan duit kurang daripada RM400 hanya sebanyak RM3. Bukan macam Alertpay, RM15.00 sekali withdraw..huhu.. 

Tidak lupa aku mengucapkan tahniah kepada saudara Fauzie kerana memenangi hadiah berupa 1 slot banner bersaiz 468 x 60 piksel selama setahun bernilai RM153 di blog ini. Jangan lupa untuk berkunjung di laman beliau kerana aku lihat banyak juga pengisian bermanfaat yang dikongsikan di sana. Ada seorang lagi pemenang yang memenangi 1 artikel review bernilai RM40 di blog ini, tapi belum dapat respon lagi daripada beliau. Mungkin sibuk agaknya. :)

Tidak ada perkembangan terbaru untuk iklan Nuffnang yang diterima oleh blog ini. Kalau korang nampak iklan Mamil Gold di bahagian SkyScrapper ini masih berjalan, maknanya ianya masih lagi BE yang terakhir masih melekat di blog ini entah sampai bila. Nak minta BE baru segan pula, hehe.. Apapun, aku masih bersyukur dengan segala rezeki yang ada. Apa yang bestnya adalah akaun ChurpChurp aku sudah mencecah tiga angka. Simpan dulu untuk bekalan di hari tua. :)

Sudah genap setahun lebih blog niche Beauty aku yang satu tu. Beberapa bulan selepas renew domain tersebut, blog tersebut dapat pula PR1. Memang gembira sangat. Blog bahasa Inggeris aku ni jarang nak dapat PR. Berita baik lagi untuk blog tersebut, blog tersebut mendapat perhatian daripada pemilik laman web yang menjual produk penjagaan kulit serta berPR3.
Aku pernah terbaca sebuah artikel seorang blogger dari luar negara, tapi aku malu sebab lupa pula nama dia. Beliau berkata, untuk menghidupkan sebuah blog, sebuah blog itu sekurang-kurangnya perlu wujud di alam siber selama 5 tahun. Adoi, lamanya kan. Jadi kalau ada sesiapa yang baru memulakan dunia blogging ini, janganlah mengharapkan blog kita akan cepat "berhasil". Ada jerih payah yang perlu dilalui. Apatahlagi bagi kita yang masih mentah dan hijau dalam dunia blogging ini.


Artikel Sebelumnya: Rezeki Affiliate

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails