TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 7, 2011

Home » , , » Hackers oh hackers..

Hackers oh hackers..

Satu lagi blog aku telah digodam oleh hackers yang mungkin saja-saja nak menunjukkan kehebatan menggodam a.k.a test power. Ok, koranglah hacker yang paling mantap dalam hal godam-menggodam ini. Yang sedihnya, ini bukan kali pertama blog aku yang berdomain .ORG ini digodam. Sudah banyak kali. Baru sehari blog pulih daripada serangan hacker, dah kena hack balik. Jadilah blog ni hidup segan, mati tak mahu (sempat bermadah lagi, sedih sebenarnya..huhu). Lepas ni, mesti advertiser dah tak percaya dengan kemampuan blog ini lagi. Asyik-asyik kena hack. Hikmahnya, password blog tu masih tak strong lagi, jadi kenalah cipta password yang aku sendiri pun mungkin akan lupa satu hari ni. Adoi!

p/s: Terima kasihlah sebab godam blog aku tu ya. Tak pasal-pasal terkenal juga nama "Black Boy" dalam blog Bluedianthus ni. Sebab bulan ni masih bulan raya, aku maafkan kau wahai Black Boy.. Inilah asam garam dunia blogging, oh!

Artikel Sebelumnya: 20 Hari Yang Hilang: Bluedianthus Dot Com Is Back On Track!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails