TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 28, 2011

Home » , , , , , , , , » Buka Akaun Simpanan Emas Maybank serendah 1gram

Buka Akaun Simpanan Emas Maybank serendah 1gram

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan kepada semua pembaca Bluedianthus Dot Com ini. Sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Banyak komitmen lain yang menuntut aku memberikan ruang sedikit untuk menghasilkan penulisan di blog ini. Terima kasih kepada yang masih sudi lagi melawat blog ini. Memang kesian juga dengan blog ini yang jarang dikemaskini, kemaskini Nuffnang juga sudah lama aku tak buat. Yang pasti, iklan Mamil Gold tu belum bertukar lagi status Buffered Earningnya. Terima kasih Nuffnang kerana membuatkan blog ini meriah dengan iklan-iklan. :)

Investor (pelabur) merupakan posisi tertinggi dalam komponen cash flow quadrant yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki. Ada seorang kenalan yang meminjamkan buku karya Kiyosaki ini, Poor Dad, Rich Dad, yang paling aku ingat adalah gambarajah cash flow quadrant tu. Pada pendapat aku, walaupun cash flow quadrant tersebut membahagikan manusia di dunia ini kepada 4 level, kesemua entiti yang ada tidak boleh dipandang remeh. Contohnya, pada bahagian employee seperti tukang sapu, pengawal keselamatan dan sebagainya. Tugas tersebut masih lagi diperlukan sejak berabad lampau. Aku faham Kiyosaki bukannya merendah-rendahkan golongan employee ini. Beliau sekadar memberi pengkelasan golongan yang ada di muka bumi ini. :)




Baiklah, bukan itu sebenarnya tujuan aku menerbitkan entri ini. Sedikit perkongsian mengenai minat baru aku dalam dunia pelaburan. Bukan pelaburan skim cepat kaya ya, tapi pelaburan emas. Jangan risau, blogging masih lagi menjadi keutamaan aku, cuma aku buat secara underground untuk niche blog aku yang lain. Hobi baru aku ialah pelaburan emas Maybank. Pelaburan emas merupakan satu pelaburan jangka sederhana dan juga panjang yang mampu menyelamatkan kita daripada krisis ekonomi dunia yang bersandarkan kepada jatuh bangunnya ekonomi kuasa veto di dunia iaitu Amerika Syarikat. Emas adalah satu-satunya entiti yang tidak boleh ditiru dan nilainya tidak pernah susut dibandingkan dengan wang kertas yang kita gunakan sekarang ini. Mengikut pembacaan aku, pelaburan emas mempunyai dua situasi iaitu pertama beli dan tunggu, dan yang kedua, tunggu dan beli. Situasi pertama ialah beli emas, kemudian tunggu harga naik kemudian jualkannya semula. Situasi kedua pula ialah, tunggu harga emas jatuh dan kemudian beli emas. Kedua-dua situasi ini saling berkitaran antara satu sama lain. Betulkan aku kalau aku silap ya.

Oleh kerana aku masih tidak mampu membeli emas fizikal 999.99 24K yang beratnya sekitar 20 ke 30 kilogram di pasaran, maka aku hanya membuka akaun simpanan emas Maybank yang dinamakan sebagai Maybank Gold Investment Account. Aku membuka akaun simpanan emas Maybank dengan membeli hanya 1gram emas pada minggu lepas, rate harga emas Maybank untuk segram pada masa itu ialah RM184.36, memang mahal. Sebab tu beli 1gram, tujuan utama nak buka akaun saja. Mengikut pembacaan aku, harga spread iaitu perbezaan antara harga beli dan harga jual untuk akaun simpanan emas Maybank agak tinggi iaitu sekitar RM7.00 berbanding akaun simpanan emas di Public Bank (tapi baru-baru ini lebih kurang saja kadar spreadnya, cuma harga beli di Public Bank sedikit rendah berbanding harga emas Maybank). Tetapi, untuk membuka akaun simpanan emas di Public Bank, kita perlu membeli sekurang-kurangnya 20gram. Kalau harga semasa emas  ialah RM170, kena bayar RM3400. Agak mahal bagi aku. Jadi sebab itulah aku memilih untuk membuka akaun simpanan emas Maybank.


Kemudian, hari Isnin (26 September 2011) harga emas telah jatuh menjunam sehingga merundum kepada RM162.33 segram. Tetapi aku hanya sempat membeli emas semasa rate harganya RM165.00 segram. Modal tak seberapa, jadi cuma 6gram aku beli. Jumlah yang aku bayar untuk 6gram ialah sebanyak RM990.00. Perhatikan perbezaan pada harga emas pada 14 September 2011 dengam 26 September 2011, jurang perbezaan untuk segram adalah sebanyak RM19.36. Jadi aku telah jimat sebanyak RM116.16 (bagi 6gram) untuk pembelian pada 26 september 2011. Tadi masa aku check belian semasa untuk harga emas Maybank di Maybank Counter Gold Rate, harganya mula menaik, lebih kurang RM170.68 segram.

Emas sentiasa akan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Jadi sesiapa yang ada duit lebih tu bolehlah korang mula membuat simpanan emas ini sedikit demi sedikit. Tidak kisahlah dalam bentuk emas fizikal ataupun melalui akaun simpanan emas. (Tips: Emas fizikal lebih baik kerana jual belinya tidak terikat dengan waktu pejabat) Pakar pelaburan emas mengatakan, kalau yang masih baru mula nak menceburkan diri dalam pelaburan emas ni, beli saja emas tak kira samada harga emas tengah naik atau jatuh. Jadi aku tak rasa rugi pun masa beli 1gram emas yang berharga RM184.36 tempoh hari sebab excited sangat dapat Maybank Gold Investment Account (MGIA), hehe.. Apapun, semua pelaburan ada risikonya. Tapi pelaburan emas ni taklah macam skim cepat kaya tu, sekelip mata saja duit dah lesap entah ke mana dibawa oleh scammer yang memang takkan aman sepanjang hidupnya sebab hidup dengan hasil menipu orang lain. Mungkin satu masa nanti masa tengah sesak nak pakai duit, terpaksa jual emas yang ada dengan harga jual yang lebih rendah dari harga beli, tapi duit tetap akan dapat, cuma adalah rugi sikit. Tapi, tak lenyap macam tu je. Emas sentiasa bernilai tinggi, jatuh dan naiknya perkara biasa. Selamat melabur aku ucapkan untuk korang semua, tak kiralah samada dalam pelaburan emas Maybank ataupun pelaburan di Public Bank. Sama-samalah kita, "Bling, bling..." :)

 Lama tak tayang muka, hehe..

Blog-blog yang aku baca sebelum membuka akaun simpanan emas Maybank, mungkin korang berminat. Blog-blog ini jugalah yang aku godek-godek dan baca berjam-jam sebab nak cari ilmu berkaitan pelaburan emas dan akaun simpanan emas tak kiralah secara fizikal mahupun simpanan emas samada melalui akaun simpanan emas Maybank atau Public Bank Gold Investment Account. Semoga bermanfaat. :)
http://www.pelaburanemas999.com/
http://jutawanemas.com/v1/ 
http://www.usahawanemas.net/
http://emaskini.com/ 
http://www.hafizjewel.com/ 
http://emasmaster.com/
  
p/s: Nantikan satu artikel review percuma dan sticky di blog ini selama seminggu yang telah aku berikan kepada pemenang contest puanbee.com.
p/p/s: Pelaburan silver, siapa dah cuba? Boleh kongsikan dengan pembaca blog ini di bahagian komen.

Artikel Sebelumnya: Masa terbaik withdraw duit Paypal

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails