TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, September 5, 2011

Home » , » 20 Hari Yang Hilang : Bluedianthus Dot Com is Back On Track!

20 Hari Yang Hilang : Bluedianthus Dot Com is Back On Track!

Salam sejahtera, salam merdeka, salam lebaran dan salam sayang dan mesra daripada aku yang jauh di mata, dekat di hati. Aku harapkan korang semua berada dalam keadaan yang gembira dengan keluarga yang tersayang di hari yang berbahagia ini. Bulan Merdeka Raya memang memberi kesan sentimental kepada semua rakyat Malaysia. Sudah 20 hari aku menyepi di dunia blogging. Bukan menyepi, tapi cuma blog ini saja yang tidak aku sentuh. Blog-blog cari makan yang lain masih lagi dikemaskini untuk memastikan blog tersebut mudah diindeks oleh Google. Akhirnya blog ini juga yang terpinggir. Ranking Alexa blog ini pun semakin membesar, tak lama lagi nak mencecah juta, hehe..

Sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan dalam entri ini (macam entri balas dendam pun ada..hehe..). Tapi tak apa, aku mulakan dengan berita gembira dulu la ya.  Aku gunakan nombor pula kali ini, senang aku nak listkan apa yang patut aku tulis.
1. Aku menerima pembayaran ke-7 daripada Microworkers sebanyak $25.23. Ini menjadikan duit Microworkers untuk bulan Ogos berjumlah $46.09 setelah aku cashout $20.86 pada pertengahan bulan Ogos lalu. Agak kurang sedikit bulan Ogos ni sebab aku sibuk dengan urusan lain. Tak habis-habis dengan urusan lain aku ni kan.. :)
$25.23 yang bermakna!

2. Pada hari yang sama juga, aku dapat komisyen a.k.a duit raya untuk produk Teknik RM450 Sebulan. Dah lama entri tersebut aku terbitkan di dalam blog ini. Semoga kepada yang membeli produk ini mendapat manfaat daripada pembelian. Hargailah duit yang korang gunakan untuk membeli produk yang dijual di pasaran. Tak silap aku dalam bulan Julai, ada sedikit masalah yang berlaku kepada laman web yang menjadi lubuk duit, tapi sekarang rasanya dah ok. Sekali lagi aku ingatkan, TINDAKAN sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan misi mendapatkan RM450 sebulan. Kalau usaha kurang, kuranglah juga pendapatan yang korang terima. Modal dari segi kewangan mungkin tidak diperlukan, tapi modal dari segi masa dan tenaga sangat diperlukan. Selamat mencuba aku ucapkan.
RM20 yang bermakna!

3. Ad Script untuk TLA(Text Link Ads) juga sudah berjaya diinstall dengan dengan baik di blog bahasa Inggeris aku yang mempunyai PR3. Memang nak kena ada PR3 ke atas baru diluluskan oleh pihak TLA. Susah juga nak faham untuk aku yang baru nak berjinak-jinak dengan TLA ini. Mudah-mudahan murahlah rezeki blog yang satu ni. Aku ingat pesan Titan, dia dapat advertiser pertama pun lepas 6 bulan. Yang aku ni, tak tau lah bila nak dapat. Kalau setahun nak tunggu tu memang sakit jugalah kan, hehe..

4. Aku rasa bersalah juga membiarkan blog ini terbiar tanpa dikemaskini selalu. Jadi aku telah mendapatkan servis backlink dari sebuah laman web. Tak pernah lagi  dapatkan servis dari luar negara ni. Aku cuba sajalah dulu. Manalah tau blog ni melonjak lagi PRnya untuk PageRank update nanti, ke turun lagi sebab aku jarang nak kemaskini entri..hehe.. Ada 5 Backlink percuma dan 5 lagi backlink adalah backlink .EDU di mana backlink ini akan dijamin kekal sehingga 6 bulan. Tak faham sangat pun ni, aku ni sekadar mencuba. Sebenarnya sudah lama aku menjadi subscriber setia kepada laman servis backlink ini. Baru-baru ni saja nak mencuba servis mereka. Kalau ada tanda-tanda positif, bolehlah aku melanggan terus servis backlink mereka ni. Sebab aku tertarik dan ditarik untuk mendapatkan servis mereka salah satunya ialah kerana di setiap Newsletter mereka, ada tips yang berguna tentang backlink dan juga SEO.

5. Tak lupa juga aku mengemaskini akaun Nuffnang aku yang dah 2 minggu tak berupdate. Iklan Buffered Earning yang ke-50 iaitu Mamil Gold masih lagi berjalan dengan lancarnya di blog ini. Sejak bersama dengan Nuffnang, blog ini telah mendapat sebanyak 56 BE dan aku rasa BE ke-50 inilah yang paling lama bertahan menjadi BE. Aku tak kisah, nak letak iklan Mamil Gold ni sampai tahun depan pun aku suka, hehe.. Sayang sekali, aku tak ada kelebihan untuk mendapat advertorial untuk iklan Mamil Gold ini, selalunya blogger ibu-ibu yang akan dapat iklan advertorial untuk produk-produk macam ni, kan, kan? Rezeki masing-masing la kan. :)

6. Selain daripada itu, blog ini juga mendapat beberapa tawaran untuk bertukar Link. Bertukar link dengan PR4, siapa yang tak mahu kan. Ada lagi yang sudi nak bertukar link dengan blog ini yang sudah jauh ke laut Alexa Ranknya ni, apalagi nak kemaskini entri.

Ada lagi, waktu aku memeriksa bahagian komen, dapat lagi satu komen. Komen ni kira nak bekerjasama untuk laman peluang menjana pendapatan katanya. Entah, aku tak percaya sangat benda ni. Nantilah aku fikirkan samada nak contact Glenn ni semula atau tak. Aku ingat komen ni spam sebab masuk bahagian spam dalam IntenseDebate, tapi bila tengok headline, "Good day Bluedianthus"..bukan spam pun, lagipun masuk dalam page "Contact".
7. Aku juga telah menjadi salah seorang penaja kepada contest yang dijalankan oleh Puan Bee, dan pemenangnya telahpun diumumkan. Nampaknya aku kena hubungi 2 orang pemenang minggu hadapan untuk memberikan hadiah seperti yang aku janjikan. Nantikan saja email daripada aku ya. Tak pun aku akan hubungi Puan Bee untuk tindakan selanjutnya. Tahniah kepada semua pemenang. Aku saja yang tak berpeluang untuk menyertai contest-contest yang diadakan oleh ramai blogger.

Ok, rasanya dah panjang lebar aku berceloteh kali ini walaupun entri ini sebenarnya hanya mewakili  hanya 10% daripada kehidupan aku. Ya la, yang banyak cuma cerita di dunia online. Kisah dunia offline belum cerita lagi..hehe.. Maklumlah, lama dah tak menaip di blogger.com ini. Ini adalah entri pertama aku selepas Blogger.com ini dinaiktaraf kepada antaramuka yang lebih canggih, tahniah Blogger.com. Syabas aku ucapkan kepada pihak Blogger yang masih berusaha memperbaiki Blogger.com ini. Baru bercadang nak berpindah ke platform Wordpress, tapi sekarang ni berubah hati la pula. Hehe.. Rasanya aku akan lebih lama lagi bersama dengan Blogger.Com ini.

Akhir sekali, di bulan Syawal ini jangan lupa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Nuffnang juga telah menyahut seruan untuk berkebajikan kepada golongan yang memerlukan.TLC Promise Me kini kembali untuk musim kedua. TLC adalah singkatan bagi Truly Loving Company yang mengeluarkan produk penjagaan seisi rumah seperti gel mandian, pembersih lantai dan banyak lagi. TLC kini sedang memungut derma untuk Rumah Aman Anak-Anak Yatim untuk membiayai penyelenggaraan pendawaian elektrik dan lightning breaker system (tak pandai translate istilah ni..hehe) yang sudah 15 tahun tidak dinaiktaraf. Pembiayaan rumah anak yatim ini bergantung sepenuhnya kepada derma yang diberikan oleh orang ramai. Anggaran perbelanjaan untuk memasang sistem elektrik adalah sejumlah RM20,000.00. Bersama-samalah kita menjadi sebahagian daripada yang menyumbang untuk masa hadapan anak-anak yatim ini. Ada 2 cara kita boleh membantu iaitu menderma samada secara bank transfer, pemberian cek dan pembelian melalui iklan MilkDeal, dan yang keduanya ialah kita boleh memberitahu projek kebajikan ini kepada blogger yang lain. Barulah dapat pahala kan. Jangan lupa letak banner ini di blog korang. dapatlah juga pahala menyebarkan kebaikan. :) Boleh baca entri Nuffnang TLC Promise Me - For the Children of Rumah Aman.

p/s: Tidak lupa aku mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Jurukamera TV yang terbunuh di Somalia semasa misi kemanusiaan, alahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang bakal mendatang. Sayu hati aku melihat anak-anak dan isteri yang ditinggalkan secara mengejut. Semoga rohnya bersemadi dengan aman.

Artikel Sebelumnya: Cari Duit Online dengan TextLinkAds Susah?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails