TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, August 11, 2011

Home » , , , , » [TUTORIAL] Transfer Duit Alertpay ke Akaun Maybank

[TUTORIAL] Transfer Duit Alertpay ke Akaun Maybank

Sudah lama aku tidak menulis tutorial di dalam blog ini kan. Kali ini aku akan berkongsi cara-cara untuk mengeluarkan duit Alertpay ke akaun Maybank. Tutorial Transfer Duit Paypal ke Maybank Account adalah antara entri tutorial yang mendapat sambutan hangat di enjin carian. Aku gembira kerana dapat membantu mereka yang ingin mendapatkan maklumat yang berguna untuk menyelesaikan masalah mereka. Tutorial kali ini hampir sama dengan cara mengeluarkan duit Paypal ke akaun Maybank. Kenapa Maybank? Kerana bagi aku ianya mudah diintegrasikan dengan mana-mana payment gateway antarabangsa.

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri Terima bayaran ke-5 dari Microworkers dan juga Pembayaran ke-6 dari Microworkers!. Kat bawah ini aku dah senaraikan langkah-demi langkah untuk transfer duit Alertpay ke akaun Maybank. Mudah-mudahan bermanfaat. :)



1. Login masuk ke dalam akaun Alertpay korang. http://www.alertpay.com

2. Kemudian klik pada tab "withdraw"

3. Kemudian korang akan dibawa ke paparan Withdraw, klik pada "Bank Transfer" (Aku andaikan korang sudahpun Add maklumat akaun Maybank korang dalam sistem Alertpay ini.). Perhatikan juga bahawa pada bahagian "Duration" proses untuk pencairan wang dollar ke dalam akaun bank tempatan akan mengambil masa dari 4 ke 6 hari waktu bekerja.

4. Kemudian paparan "Create" seperti di bawah akan muncul. Pilih akaun bank Maybank. Isikan jumlah wang yang ingin dikeluarkan pada bahagian "Amount". Hanya masukkan nombor tanpa simbol "$". (Tips: sekiranya jumlah wang yang ingin korang keluarkan adalah sebanyak $60, masukkan amaun sebagai $60.00). Bahagian Details(Optional) korang boleh biarkan kosong. Dalam kes aku ni, aku pindahkan kesemua $81.59 ke akaun Maybank aku.

5. Kemudian korang akan dibawa ke paparan seterusnya iaitu "Confirm" untuk mengesahkan yang korang memang nak lakukan proses pemindahan duit Alertpay tersebut. Pastikan korang maklum yang caj pengeluaran yang dikenakan oleh pihak Alertpay ialah sebanyak RM15 (5kali ganda mahal daripada caj yang dikenakan oleh Paypal ok!.. huhu..) Semak betul-betul maklumat yang ada, kemudian klik button "Withdraw"

6. Paparan di bawah akan muncul sekiranya transaksi yang korang lakukan itu tadi berjaya.

7. Buat semakan dengan klik semula pada bahagian "My Account". Rekod transaksi yang berjaya korang boleh lihat seperti paparan kat bawah ni. Pada bahagian "Recent Activity", perhatikan ada satu rekod transaksi yang berstatus "Pending" bermakna proses pengeluaran wang Alertpay sedang diproses dan mungkin mengambil masa 4 ke 6 hari untuk "clear" ke dalam akaun Maybank. Tetapi kadar matawang telah ditukar kepada Ringgit Malaysia mengikut tukaran matawang semasa transaksi dilakukan. Semasa aku melakukan transaksi, $1 = RM2.91

8. Jangan lupa untuk menyemak email notifikasi yang diberikan oleh pihak Alertpay kerana jumlah sebenar wang yang korang akan terima berada di dalam email tersebut.
Jumlah sebenar : RM239.17 - RM15 = RM224.17

Ok, itulah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk keluarkan duit Alertpay ke akaun Maybank. Untuk 4 ke 6 hari waktu bekerja, aku andaikan duit tersebut akan berada dalam akaun Maybank aku pada 18 ataupun 19 Ogos ini. Pada pendapat aku, transfer duit Alertpay ni kurang sedikit kebaikannya berbanding Paypal. Dahlah caj transaksi mahal (RM15), lepas tu proses transfer duit ke akaun pun lambat. Tak macam Paypal yang hanya kenakan caj RM3 dan proses selesai dalam masa 3 ke 4 hari. Tapi satu kebaikan Alertpay ialah, kalau akaun tak verified pun boleh terima dan hantar duit Alertpay. Proses verify pun agak susah sekarang ni, kalau dulu boleh upload bil utiliti yang sama dengan nama yang didaftarkan dah boleh jadi verified member.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails