TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, August 4, 2011

Home » , , , » Terima Bayaran ke-5 dari Microworkers!

Terima Bayaran ke-5 dari Microworkers!

Salam sejahtera dan berjumpa lagi kita di dalam blog Bluedianthus Dot Com. Trending untuk kategori blog sekarang ini adalah kisah isteri pemain Singapura yang melabelkan pemain Malaysia Safee Sali dan Amirul Hadi sebagai monyet dalam laman sosial twitter. Berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum mengkritik, apatah lagi kalau ianya melibatkan nama negara. Ok, aku tinggalkan kisah tu sebab ramai dah blogger buat entri sebegitu. Sudah lama aku tidak menayangkan screenshot bayaran untuk buat duit dari dunia blogging ini. Kali ini biarlah aku berkongsi keseronokan cari duit online ya. Walaupun tidaklah sebanyak otai-otai dan juga mereka yang buat duit secara underground. Kenapa aku tahu ramai yang buat duit secara underground? Sebab aku sudah mengenali orang-orang yang sedemikian rupa di dunia Internet ini. Kalau dah dapat duit 1 ke 2 ribu seminggu, memanglah LHDN bagi cukai kat diorang ni kan..hehe.. Aku ni, setakat nak makan aiskrim drumstik tu adalah.. :) Lagi satu aku nak buktikan yang buat duit dari Internet tu memang betul-betul boleh dapat.


USD $57.34 yang bermakna!

Ok, ini adalah bayaran untuk sebulan aku melakukan kerja-kerja mudah di Microworkers. Kalah bayaran Nuffnang ni. Nuffnang, lain kali bagi banyak-banyak advertorial untuk blog ini..hehe.. Bezanya, kali ini pembayaran kali ke-5 aku adalah melalui akaun AlertPay, sebab pihak Microworkers telah membuang pilihan pengeluaran wang melalui Paypal. Ada masa nanti aku akan buat tutorial bagaimana untuk mengeluarkan duit AlertPay dan mencairkannya ke akaun tempatan kita.

Untuk pengetahuan korang semua juga, aku telah menulis satu ebook khas untuk memberi panduan mengenai buat duit melalui Microworkers ini. Tapi banyak lagi yang perlu aku perbaiki dari segi pengisian dan susun atur ebook tersebut. Ini adalah ebook aku yang ketiga tetapi ebook pertama dan kedua adalah percuma dan dalam niche motivasi (yang mengikuti perkembangan blog ini dari awal tu, tahulah). Agak-agaknya, berapa yang korang sanggup bayar untuk ebook berbayar pertama aku ini ya? :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails