TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, August 3, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu pertama Ogos 2011

Kemaskini Nuffnang minggu pertama Ogos 2011

Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yang keempat esok harinya untuk semua yang beragama Islam. Semoga sentiasa sihat dan cergas. Minggu lalu aku terlupa nak buat kemaskini akaun Nuffnang aku untuk minggu terakhir bulan Julai. Tapi rasanya tak ada apa yang baru selain sedikit pertambahan earning untuk iklan CPC. Pertambahan dalam RM6 rasanya. Duit juga tu kan, syukur. :)

Sebenarnya entri ini aku nak publish kelmarin tapi ada sedikit masalah yang berlaku dengan sistem Nuffnang yang menyebabkan aku menghantar support ticket kepada bahagian Blogger Relation. Apa tidaknya, dengan tak semena-mena duit yang dah dikumpul sedikit-sedikit tiba-tiba ke angka RM0. Cemas juga aku, hehe.. Nasib baiklah Anne Cheah tu baik hati balas email remeh aku tu.



Sila klik gambar di atas untuk lebih jelas

 Terima kasih Nuffnang

Oh ya, aku perasan sejak 1 Ogos, iklan BE ke-50, Mamil Gold tu muncul semula di bahagian SkyScrapper blog ini. Aku yakin korang yang dapat iklan jenis expanding ads pun perasan. Kalau korang dah lupa macam mana iklan tersebut, boleh lihat gambar di bawah.
Apapun, semoga rezeki korang di bulan puasa ini berlimpah ruah dan jangan lupa amalkan kebaikan. Semoga korang masyuk selalu hendaknya di dunia blogging ini, tak kiralah korang dengan Nuffnang, Adsense, Innity, Bidvertiser, Advertlet dan banyak lagi syarikat pengiklanan online yang korang sertai. Sekian laporan ringkas kemaskini Nuffnang untuk bulan Merdeka dan bulan puasa tahun 2011 ini. Walaupun pengisian di blog semakin kurang, tapi darah blogger masih mengalir, hehe.. Jumpa lagi di entri akan datang.. :)

Artikel Sebelumnya: Salam Ramadhan

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails