TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, August 10, 2011

Home » , , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua Ogos 2011 dan Tips Dapat Buffered Earning

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Ogos 2011 dan Tips Dapat Buffered Earning

Salam sejahtera dan salam Ramadan untuk kawan-kawan blogger yang sedang berpuasa. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Aku mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun Nuffnang untuk minggu kedua ini. Tidak banyak yang berubah, kecuali blog ini telah mendapat Buffered Earningnya yang ke-56. Terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang yang sentiasa memberikan aku iklan BE. Walaupun blog ini ada pasang surutnya dari segi trafik, masih mampu juga mencuri BE yang ada di pasaran. Aku harapkan earning korang juga masyuk hendaknya. Pada entri kali ini juga aku akan memberikan sedikit pandangan aku mengenai Buffered Earning ini. Walaupun BE yang aku dapat taklah sebanyak otai-otai di luar sana, tapi apa yang aku pelajari sepanjang aku bersama dengan Nuffnang ini aku akan kongsikan serba sedikit untuk panduan korang. :)
BE ke-56: Celcom MTV World Stage SS


Iklan BE ke-56 ini hanya muncul beberapa kali di blog ini rasanya, sebab tak nampak lagi di blog ini. Jadi aku pun tak sempatlah nak dapatkan screenshot untuk BE ke-56 ini. Mungkin tak lama lagi nak jadi metered earning (ME) pula lepas ni. Hanya BE ke-50 a.k.a Mamil Gold ini saja yang masih setia bersama dengan blog ini. Entah sampai bila iklan ini akan berada di sini. Rasanya dah dekat 2 bulan iklan Mamil Gold ini menjadi penyeri di blog Bluedianthus Dot Com ini. Tak apalah, sampai hujung tahun pun aku tak kisah..hehe..

Tips Dapat Buffered Earning?
Sebenarnya tidak ada teknik tertentu yang aku gunakan untuk mendapatkan Buffered Earning ini. Tapi dulu aku rajin mengemaskini bahagian "Blogger bio". Sekarang aku dah tak rajin lagi dah. Kalau dapat BE, syukur. Kalau tak dapat, tak mengapa sebab tujuan asal blog ini dibangunkan bukanlah untuk menjadi mesin menjana wang. Kalau korang buat carian kat Google tu, berlambak tips yang diberikan oleh mereka yang mendapat BE ini. Melalui pemerhatian dan pembacaan aku, pihak Nuffnang hanya bertindak sebagai perantara di antara publisher (blogger) dan advertiser (pihak yang nak mengiklan). Pihak Nuffnang akan memberikan senarai blog yang mempunyai trafik yang konsisten (trafik tinggi dan tak konsisten mungkin jatuh ke senarai kedua). 

Trafik juga dibahagikan kepada beberapa Band. Aku tak pandai sangat nak terangkan. Contohnya, Band A, trafik dalam lingkungan 200 ke 300, Band B, trafik dalam lingkungan 100 ke 199, dan seterusnya. Itu adalah purata trafik dalam sehari yang diambil kira. Dari sini, pihak advertiser akan memilih blog yang dirasakan memberikan potensi atau pulangan kepada mereka. Kriteria pemilihan blog aku tak pasti tapi, asas kita kena tahulah. Contohnya, kena pastikan yang iklan Nuffnang adalah iklan utama di dalam blog, mudah dilihat dan mengikut piawaian.

Pada pendapat aku, iklan Nuffnang ini lebih kepada "brand-awareness", maksudnya nak memperkenalkan produk terbaru yang baru dikeluarkan di pasaran. Semakin lama iklan itu terpapar, maka semakin meningkatlah kesedaran akan kewujudan sesuatu produk atau servis itu. Jadi tak hairanlah iklan Prudential, AXE ataupun SK II selalu akan menggunakan Nuffnang sebagai medium pengiklanan. Pandai Nuffnang ni kan, dapat pelanggan tetap, hehe..

Sebenarnya, pihak Nuffnang tak kisah pun apa yang korang nak tulis dalam blog korang. Blog artis, blog berita, blog peribadi, blog informasi, blog perkongsian ilmu, blog motivasi, mereka tak ada masa nak baca satu-satu blog yang berdaftar dengan mereka. Ini bukan aku cakap sendiri tetapi melalui pertanyaan yang aku ajukan kepada pihak Nuffnang melalui support ticket ya. Oh...kalau begitu, nak kemaskini entri senang saja kan, Ctrl + C lepas tu, Ctrl + V. Yup, itulah bahasa mudah komputer iaitu copy and paste. Maka, jadilah blog itu blog sekadar melepaskan batuk di tangga. Kuantitinya banyak, tetapi kurang berkualiti. Ini hanyalah sekadar pendapat aku saja dan tidak ada kena mengena dengan blogger tertentu. Andai ada terkasar bahasa, ampun maaf dipinta. Belum hari raya lagi la...oh! :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails